Followers

Wednesday, 22 September 2010

tips mengenal orang tu dah berpunya ker belum ;D



Assalamualaikum wbt….ha ambik ko panjang title aku. ;)

Mood: petang yang redup,tak panas sangat tak la sejuk sangat, manaip dalam keadaan tengah meniarap di atas katil bercadarkan kotak-kotak pink sambil tangan kanan pegang roti gardenia coklat kismis dan ditemani lagu Celine Dion . lAYANnnnn… ;;D

Ha,arini aku tak nak cerita pasal aku, sebab aku pun tak tahu nak cerita apa lagi pasal aku, lagi-lagi cerita sedih,sedih aku pun dah naik sedih juga dengar cerita sedih aku ni, actually aku baru jer pas dengar problem dari kawan aku yang gila ni,ops aku dah mintak izin kat dia yang aku nak post pasal cerita dia, tapi bukan pasal problem dia. Yang itu nanti aku cerita. korang nak tahu dia boley pulak cakap “kalau ko nak cerita pasal aku boley, tapi boley ko letak la gambar aku sekali??” ha memang tak la, aku nak mengumpat pasal ko,pastu aku nak letak gambar ko, kan tak pasal-pasal aku yang kena saman. Member aku yang seorang ni, memang la sangat slumber gila, orang cakap apa pun dia wat tak tau jer. Yang dia tahu dia memang tak penah nak buat masalah dengan orang, itu yang dia rasa la tu pasal la minah sorang ni cool gila la. Aku rasa dalam diri dia langsung tak ada masalah. Wargh best jerk kan. Dari luar kita Nampak orang tu ok jer tapi dalam hati dia siapa yang tahu ceh, berfalsampah pulak aku kan. ;p aku kawan dengan dia tak dalah lama and tak adalah baru sangat adalah dalam tiga tahun sejak aku further study kat collage kat shah alam ni, even aku bukan dari satu cost yang sama dengan dia, aku pun tak ingat macam mana aku ley kenal minah sorang ni. Tapi dengan dia ni la aku banyak sangat cerita problem aku. Aku trust kat dia sebab aku tahu apa yang aku cerita, dia tak pernah nak ingat. Haram betul member aku sorang ni kan. Ha! macam dah panjang sangat da introduction aku ni, kalau orang yang mark essay aku ni mesti awal-awal dia reject sebab dah telalu panjang sangat haha.

Ha! cerita ni berlaku sehari sebelum semalam, maksudnya kelmarin la kan, aku saja jerla nak lepak kat rumah sewa member aku ni sebab aku rasa aku dah lama gila tak sembang dengan dia maklum la aku sebagai “bibik” asyik sibuk jer buat kerja rumah then sibuk la nak jadi “bibik terpelajar” siap buat final exam lagi ok. So terabai la member sampai ada yang merajuk ha sebelum aku ditinggalkan oleh member aku yang kuat merajuk ni aku dengan rajin dan terpaksa nyer tidur rumah member aku ni siap bawak bantal, selimut lagi. Hati kawan perlu la jaga juga kan lagi-lagi tengah tak ada boyfriends, kawan la teman yang jadi peneman sekarang ni. ha kantoi sudah tak ada boyfriends baru nak cari kawan.Haha. tak adalah aku tak la sejahat tu,

Bermula la bila dah jumpa kaki sembang , pung pang , bang bong .cerita itu ini. tapi aku bukan nak cerita pasal cerita itu ini, pung pang , bang bong tu, korang pun bukan nak tahu sangat pun, macam ni cerita dia, bila aku tengah cerita itu ini, pung pang , bang bong. Member aku ni dari tadi kat tangan dia hanpdhone tak pernah lepas. Kadang-kadang geram pulak aku , tengah cerita baik punya dia boleh jadi blur tak tahu aku cerita pasal apa kan. Siap boley cakap “eh ko cakap apa tadi” itu ok lagi, yang tak boleh tahan bila aku cerita pasal lain di boley masuk cerita lain. Yerla time aku sibuk cerita dia pun sibuk reply mesej dari encik bee dia. Mana nak dengar cerita aku, mana nak reply mesej kan. Aku pun apa lagi sound la. “Wey ko nak dengar tak aku cerita ni, ni aku tengah sedap cerita ko tak yah la main mesej, sambung-sambung jer la kejap lagi, lepas aku balik ker kan.dah la jauh-jauh aku datang ni*ceh padahal rumah dia sebelah taman aku jer kan” Haha ayat aku ada ayat macam ala-ala ayat merajuk tak. Al-maklum la sejak aku jadi single mingle ni aku dah tak adalah jadi macam member aku yang sorang ni handphone kat tangan 24 hours .samapai kan ayah aku siap sound “einaz sejak tak ada boyfriends ni tak pernah nak angkat ayah call” yerlah kadang-kadang aku pun lupa aku letak kat mana handphone aku, aku jadi terlupa la kejap memang la adat orang tengah “in love” ni kan mana boley kena tinggal seminit pun. Macam la dulu-dulu aku tak macam ni kan . kalau boley tidur pun nak mesej. Hahah tengok gambar lepas. Maksud aku gambar suatu ketika dulu masa aku pun tengah “in love” hihi *malu lak pulak nak cerita ;p. Betul juga, aku nak marah member aku pun tak jadi teringat kisah dulu kala, orang kata percintaan jarak jauh, macam member aku dengan Encik Bee dia dan aku dengan ex Encik Bee aku. Cerita kami sama jer. Sorang kat utara yang sorang lagi kat selatan. Tapi aku dekat Shah Alam dia kat Pahang mana datang utara nya haha.

Ini kisah saya dan dia* ex boyfie..cerita dulu-dulu zaman nenek moyang tok adam tapi nama tok saya Said bukan Adam ;D

Gambar dicuri dari lappy my ex BOYFIE nama dia BANI eh bukan BANI ISRAEL tu, BANI saya baik, BANI ISRAEL tu jahat. ;p

sila lihat arrow yang berwarna merah ok.remind again. SILA LIHAT ARROW YANG BERWARNA MERAH!!

Ha tengah berlagak jambu pakai payung pink tapi berdiri kat corridor ada atap pun sempat nak reply mesej lagi. Gila betul mereka berdua ni. Kalau tak reply menjawab ko kena tuduh tengah dating dengan perempuan lain. Eh tapi aku tak macam tu kan bani. u memang tak pernah lambat reply mesej i. I tak paksa u reply pun,u je yang rajin nak reply mesej i. ha Nampak sangat ayat “i tak paksa” tu ayat aku tipu.hahah. *ada macam ayat bodek tak.

Aku rindu sangat zaman-zaman si dia diploma dulu, sebab kawan-kawan si dia best gila. Termasuk kawan- kawan perempuan si dia. Dan sampai sekarang aku masih lagi keep in touch dengan kawan si dia, kan ira??..*salah seorang kawan perempuan bani masa dia zaman diploma walaupun masa tu dah lama berlalu.. Tapi sekarang dia berada di zaman degree. Dulu lain, sekarang lagi la dah lain. Tak bestnyer yang sekarang ni.. member-member dia semua dah lain, tak macam member yang dulu. Tak best! ;’(

HATI aku pun gedik nak cakap: “U, boley tak u pergi balik zaman diploma,dan tak masuk zaman degree kalau tak mesti kita tak jadi macam ni dan I pun tak kan blah,blah,blah **** kan u..” huhu T_T

Tapi masa tak kan dapat berulang lagi so please back to a real life einaz. T_T *kesat air mata tu, jangan nangis ok. kan einaz baik hihi. ;p

Ha best jerkan tengok dia bersama member-member dia..aku rasa aku boley sebut nama setiap orang member-member bani ni ;D

Eh macam dah lari dari tajuk la pulak..

Sorry * sambil buat muka bersalah.ter emo pulak..huhu

Ok, ok sambung balik………


Dulu…..Semua kawan-kawan dia aku kenal. Sebab aku ni memang penyebuk sikit Tanya itu siapa bee? Yang ni pulak siapa? Dan si bani pulak memang rajin sangat nak layan aku yang memang busybody ni. Padahal diaorang ni tak ada kena mengena pun dengan aku. Tak apala at least aku kena la member –member dia kan. Itu dulu.;’(

Masa dulu juga bani ni jarang sangat nak ambik gambar dengan perempuan sampai dalam hati aku cakap eh boyfriends aku ni gay boy ker? Tapi Alhamdulillah, dulu bani pandai jaga hati aku, dia tahu apa yang aku tak suka, girlfriends mana tak jiwa kacau bila tengok boyfriends dia ambik gambar dengan perempuan lain, lagi-lagi la bila gambar perempuan tu tersendeng-sendeng kat boyfriends kita.. so menjawab jerla dia ambik gabar dengan member lelaki-lelaki dia.eh apa aku merepek ni.. haha..

Ok dah habis da, eh actually ada banyak lagi gambar tapi malas la aku nek belek satu-satu tengok ada tak handphone kat tangan bani. Ha tapi Betul tak aku cakap ?? handphone tak lepas dari tangan orang yang “in love” ni. Tapi tak semua la Cuma kebanyakkan nya macam ni la kan. Kalau nak tahu tanda-tanda orang tengah “in love” ni boleh dijadikan sumber rujukan, so gadis-gadis sekalian jika ternampak mamat yang sibuk dengan hanpdhone yang tak lepas dari tangan mereka dan mereka ini tak sedar diri! nak mengurat anda, sila jauhi mereka jika anda tidak mahu di chop sebagai perampas. Di ulang sekali lagi PERAMPAS!Sebab sifat perampas ni akan dikenakan hukuman “makian” yang agak teruk jika girlfriends kepada mamat yang mengurat anda ini dapat tahu dan lebih teruk lagi bila si girlfriends dapat detect anda pasti rambut anda juga akan menjadi botak akibat tarikan yang agak kuat dan bagi mereka yang bertudung, sila jangan terkejut bila tengok muka anda di cermin ada kesan lebaman di muka hasil tumbukan geram kerana anda dah tahu tanda-tanda mereka ini sudah berpunya tetapi masih mahu lagi mendekati mereka. Jaga-jaga ;p

Ok sekian sudah cerita aku. Actually aku tak tahu apa yang aku melalut ni aku just rindu jer keadaan orang yang tengah “in love” ni dan aku jealous gila tengok member aku yang aku cerita kat atas tadi tu, bukan jealous sebab dia asyik mesej dengan Encik Bee dia Cuma jealous dengan kebahagiaan dia bersama Encik Bee dia. Semoga kekal akhir hayat. Aminnnn ;D

Counting a day. Can’t wait. Tunguu next entry … ;D


BYE!

No comments: