Followers

Tuesday 14 September 2010

Aku la bibik yang terpelajar (:

ASSALAMUALAIKUM WBT.

haiy selamat pagi muka busuk! semoga aku yang bangun pagi ni dilimpahi dengan rezeki dan aku doakan korang yang bangun pagi ni pun sama ok.. yang bangun lambat tu buat-buat la taubat hahahah. ceh padahal pagi tadi emak aku da jadi macam tarzan kejut kan aku " EINAZ BANGUNN SEMBAHYANG,DAH PUKUL BERAPA DAH NI!!" ha ambik ko sakit telinga,tapi suara ni yang aku kana rindu bila cuti dah habis T_T . ok dah-dah emo pulak pagi-pagi ni kan..Bangun pagi dengen seribu senyuman yang cuba diukirkan untuk mendapat semangat semula selepas mengalami simptom ubat batuk yang amat dasyat malam tadi,aku tidur seawal 1030 malam. dan pagi ni dengan satu kekuatan bangun pagi,pagi terus ON latop terus update blog hahah gila padahal dah set kat mind bangun tidur nak kemas rumah,basuh kain,lipat kain yang dah bertimbun macam gunung everest. haish dah macam bibik dah aku rasa. hahah tak pa kalau kita buat dengan ikhlas dapat pahala tau.. ;p ya allah, tiba-tiba aku rasa dada aku nak tercabut bila aku rasa yang aku ada satu lagi tangungjawab selepas aku menjadi bibik ni aku kena kembali ke alam nyata yang aku akan mengalami final exam isnin hadapan. ini tahun pertama aku exam lepas raya sebelum ni pengerusan kolej aku pandai jer aturkan jadual exam sebelum raya, tiba-tiba jer tahun ni aku kena exam lepas raya tak syurga langsung raya tahun ni. T_T ni aku nak tempek sikit jadual exam aku..semester ni aku just ambik enam subject.

monday - 20 september 2010 - busines law - 9-11.30 am
wednes - 23 september 2010 - english general - 9-11.30 am
friday - 24 september 2010 - islamic studies-9-11.30 am
saturday -25 september 2010 - quality management - 9-11.30 am
monday - 27 september 2010 - entrepreneurship - 2.30 - 5 pm
tuesday - 28 september 2010 - e-commerce - 2.30 - 5 pm


ha dah tengok kan. semester ni juga kesemuanya subject teori dan maksudnya cair la otak aku menghafal kan huargh.. ok relax sudah ni bukan exam SPM pun haha, ayat nak sedap kan hati jer kan. ok masa dah habis untuk online,bibik nak buat kerja yang tertanguh dulu yer. jumpa lagi eh jangan lupa doakan bibik punya final exam, nanti bibik doakan korang punya pulak ok.
sekali lagi aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang mengenali aku yang hina ini ;')



HA ni kan bibik tengah doakan ni. brkkk kenyanng nya haha.;D

BYE!

Sunday 12 September 2010

Ucapan Hari Raya ;D



ASSALAMUALAIKUM WBT..

Aku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim ;)
semoga hari yang penuh keceriaan di dapat dikongsi bersama dengan orang tersayang..



mood: demam di hari raya T_T

harini dah masuk hari ketiga kita beraya kan..sekejap jer mana tak nya kan sepanjang dua hari aku hanya beraya di depan latop dan tv.haha bagus kaan.... jangan tiru ok saya sangat la tak sengaja sebab, yang pertama minggu depan adalah final exam huargh dan yang kedua disebabkan final exam yang sangat la dekat menjawab la aku deman exam plus.plus demam raya dan dengan itu diishitharkan saya telah di tahan di rumah tidak boleh beraya sehingga baik demam dan berakhirnya final exam.. haha


Jadi dikesempatan ini, aku selaku pemilik blog ini dengan rasa rendah dirinya ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung ataupun tidak langsung telah melakukan kesalahan kepada pembaca blog ini.terkutuk,ter ngata atau segala yang ter.ter lagi la.. secara tidak sedar aku ada menyingung mana-mana pihak. kepada Encik Muhammad Rabani si herm eherm saya yang perasan handsome tapi dia cute ;p yang sibuk nak hantar MMS gambar kat aku, cik girlfriends ku dila,ana,eva,alysa, cayok! cayok our final exam sahabat yang dirindui cik Darma, cik Balqis kapada cik housmate yang best gila, Encik Sharul Azlee yang suka cari gaduh dengan aku ;p, Encik Edan ;D, kawan sekolah rendah STAR Segamat, sekolah menengah SMAKS, rakan di kolej MSU mahupun PTPL , jiran-jiran di taman sulir ;p dan pada sesiapa yang kenal aku dengan rasa rendah dirinya, aku memohon ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.kita 0-0 yer... T_T

"Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada.."


Saya NORSYAFINAZ BINTI SHAH RIZAL THOMAS dan sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ampun maaf di pohon sekiranya ada salah silap dan TERKASAR BAHASA.

Semoga kita semua diberkati dan segalanya selamat semasa dan selepas menyambut AidilFitri
dan aku tinggal kenangan raya pertama bersama keluarga tersayang


acara bermaaf-maafan
*gambar bergegar sebab semua mengigil nak mintak maaf haha ;p











t


abang dan adeq. ;D love.



aku dan abang ngah ngok.ngek ;p

with adeq ;D


aku bersama dengan orang yang penat menjaga aku sepanjang aku demam di hari raya.
dengan kerenah aku yang merengek-rengek gedik sebab aku mengalami demam yang agak teruk. i love u mum ;'(



sedara mara dari johore ;D



hujan berkat pada raya pertama.alhamdulillah...;D


family first.



da sweet couple ;)

semoga berjumpa di aidifitri akan datang.
insyallah... ;D

ok bye!