Followers

Thursday, 17 March 2011

ini antara kita dan awak .



ini antara kita dan awak .



Awak,


Tiap-tiap hari kita sms awk, call awak.. dulu awak suka kita selalu sms, call awak.. Tak puas dengar suara kita katanya awak. Tapi sekarang awak rasa sedikit rimas, mungkin awak sibuk dengan kehidupan.. Kita sms awak bukan nak ganggu awak selalu cuma kita nak awak tau kita selalu ingat awak..



Awak,


Kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini. Bukan kita nak awasi gerakan awak, tapi kita terlebih bimbang. Katakanlah awak masih sms kita masa kat tempat A, tapi bila kat tempat B awak tak sms kita, so kita tau awak ada masalah kat situ.. Kalau awak rimas, takpelah.. Kita tak mintak dah buat macam tu.. Kita tau awak pandai jaga diri..



Awak,


Kita suka tengok awak pakai elok-elok, Kita selalu tegur awak pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok awak smart je, Kita bukan paksa awak pakai songkok pakai jubah, Kita tau awak tak rimas bila kita cakap pasal ni, Tapi kita tak reti baca hati awak.. Awak kena la terus terang ngan kita yer.



Awak,


Kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan-kawan awak, tapi jangan la keluar melepak sampai 3,4 pagi, Kita suka kalau kawan-kawan awak cakap awak dapat girlfriends yang jaga awak elok-elok, Awak nak keluar, keluar je la. Kita tak kisah, Kita tau awak pandai jaga diri..



Awak,


Kita selalu marah-marah awak.. Adakalanya kita tertenking awak.. Mungkin kita terluka ngan kata-kata atau perbuatan awak.. Kita tau 90% perempuan tak suka ditenking, tapi kita tak pernah selitkan rasa benci dalam marah kita kat awak.. Kita janji dah tak tenking-tenking awak.. Kita lebih pedulikan sayang kita kat awak dari tenkingan tu..



Awak,


Kita suka cakap banyak-banyak, cerita itu cerita ini ngan awak.. Maaf la kalau buat awak rimas.. Tapi kita suka borak ngan orang yang kita sayang.. Suka awak tau apa yang kita tau..Dulu awak selalu nangis-nangis sebab rindu nak dengar suara kita..


Awak,


Awak jangan la segan nak suruh kita ubah itu dan ubah ini, Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan. Kita tak kisah pun, Tapi kita kisah kalau awak suruh kita berubah jadi kaki clubbing ke.. Itu bukan cara kita, Apa-apa perubahan ke arah kebaikan kita ikut, kita suka.. Kita pun manusia biasa jugak.. Banyak kekurangan.. Kata orang, kita takkan nampak kekurangan diri kita melainkan orang disekeliling kita.. Maybe ada kebenarannya..


Awak,


Maybe awak kurang percaya kepada janji. Tapi awak kena percaya kepada kita, Kita akan tunaikan janji yang kita taburkan selama ni.. Cuma lambat atau sekejap saja. Kita tak nak hiris tangan sampai berdarah semata-mata nak tunjuk betapa ikhlasnya janji kita, cukup saja awak percaya dari air muka kita dan air mata kita..





"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


Sesungguhnya wanita dan airmata tidak dapat dipisahkan.. jangan sia-siakan airmata yang mengalir dengan hal yang tidak diberkati.. jagalah kesucian airmatamu





dah habis baca boley like and coment sekali.
terima kasih daun keladi,kalau sudi datang la lagi.

6 comments:

Z. Hisham said...

Ermm... menarik... so touching...

Anonymous said...

betuahnya dpt pompuan cmni..haish
einaz ad ciri2 spt di atas ke??..:)

kamen raider said...

pandainya susun kata-kata..
bila baca cm sedeh pon ada..
sya stuju apa yang einaz tulis airmata bukan tok mengalir dengan perkara-perkara yang x sepatutunya

yok said...

berbahagialah jadi seorang yang bernama hawa :) nice entri . hai awak :O

Redbloodsnow said...

eee sebak lak akak bc. word yg di highlight kaler biru tu soo powerful! :)

NuR 'aQiLaH said...

nak share :D