Followers

Friday 26 August 2011

upside down .


Minggu ni genap la sebulan aku jadi penganggur dan lagi 16 hari aku akan kembali ke sekolah harian, dalam tempoh aku bersenang - lenang situasi bila bangun pagi, lepas sembahyang subuh mesti aku masuk bilik emak tengok dia tengah siap nak pergi kerja dan hari - hari la aku tanya soalan yang sama, "emak, tak penat ke pergi kerja ? bila mak nak pencen ?" yer tu la soalan yang boleh dikatakan setiap hari aku tanya dekat emak and aku yang terlebey bijak ni yang sedia dah tau jawapan, "einaz kalau mak tak kerja macamana nak bagi einaz duit belanja masa nak sambung study nanti nak belikan einaz apa tu nama dia yang einaz selalu pakai tu ? pashmina ? "( ya emak aku adalah orang paling happy dengan perubahan aku, kalau boley setiap kali jumpa kedai tudung mesti dia nak belikan untuk aku. huk T_T, ya allah dia adalah salah seorang pendorong untuk aku)



*sambung balik..
Omaikkk aku tak tau la jawapan tu releven ke tak lagi, setahu aku dalam adik beradik aku ni, aku sorang jer study ipts yang sememangnya menyusahkan emak ayah keluarkan duit macam air, akak dengan abang aku dah kerja, opcoz mak dah tak tanggung diaorang lagi, lagi kena bagi duit dekat emak adalah . hahaha :P adik perempuan aku?masih belajar ipta. dan dia la salah seorang makhluk tuhan aku tengok paling berjimat dan dia tak dah la guna banyak duit macam aku, aku tahu jawapan yang dia bagi tu sangat tak releven untuk aku yang dah besaq ni.



Aku tahu emak kerja sekadar mengisi masa lapang, kalau dia tak kerja mesti dia tinggal sorang dekat rumah, mesti emak boring kan ? kesian emak, kalau dia kerja kat tempat kerja dia ada ramai ofice mate tak dalah emak rasa sunyi kan tapi lepas aku sambung belajar nanti kesian emak tinggal sorang. Kerja aku yang menjadi routine harian, emak kena buat balik, tak ada siapa tolong masakan bila emak balik kerja, tak ada orang tolong kemas dapur, mop ruang tamu hari - hari, vacumm bilik emak (emak memang seorang yang sangat pembersih) paling sedih tak da siapa tunggu depan pintu sambut mak balik kerja, okay dah mula rasa serba salah untuk 16 hari yang akan datang ;( (emak rasa tak macam mana einaz rasa ? )erm ..



ouh rupanya dah panjang dah aku merapu aku just nak share kan mood masih lagi tak tentu arah. Sebab orang yang kita sayang kadang-kadang membuatkan kita susah nak buat pilihan even pilihan yang kita buat dah tetap. Ya Allah berikan la aku ketenangan ;'( bye korang , selamat bersahur ya .





kisah langsir dan asap .

yes , sedaya upaya udpate blog lagi, kan dah nak raya ni opcoz la blog ni akan di tinggalkan tak lama lagi. Semua keja kemas mengemas rumah perlu disiapkan sebelum hari ahad, huraiy eksaited dah dua tahun tak balik kg, pergh padahal kg sekangkang kera jer, orang bisik pun boleh dengar (okay bulan puasa tak baik tipu) sebab apa tak balik kampung dua tahun ? owh biasa la atok mak @nenek aku ni memang kilang membuat anak, anak dia ada sembilan orang and every year ada turn, atok mak aku ni gilir - gilir balik rumah anak - anak dia dari paklong aku sampai pak usu, So tahun ni setelah rumah atuk aku yang telah renovate harus la atok mak eksaited lebey nak raya dekat rumah dia sendiri kan. So tahun ni dapat la raya dekat kampung sendiri. wargh intro panjang jela.



entry ni aku nak cerita pasal langsir jer sebenanya dekat fb aku dah update pasal aku geram gila dengan bibik jiran rumah aku dia boley pulak bakar sampah . ok tu takpalah kan even kawasan taman mana la boley bakar sampah, tapi boley pulak dia bakar sampah time aku dah sidai langsir yang tebal gaban tu, okay aku rasa aku berkongsi rasa dengan jiran-jiran yang lain, sebab aku tengok kebanyakkan jiran - jirang aku semua stok tengah basuh kain langsir. ok dah la entry lepas baru jer cerita pasal sabar, so sabarlaka cik einaz ya kalau rajin basuh la balik kalau tak pun sembur jer febrezz apa susah . huhu.




tengok la kepanjangan dah ketebalan langsir tu. Pn Foziah lepas ni kalau nak buat langsir yang nipis-nipis pun okay juga kot kan? tak dalah tangan einaz ni keremm masa nak sidai langsir tu ..


langsir rumah aku ni style lama. ala yang kena letak satu-satu penyangkuk tu. (macam dalam gambar) masa nak bukak penyankuk tu laju la aku cabut dari kain langsir, tengok masa nk pasang langsir nanti. hohoh. lagi satu kalau ikut kerajinan aku ni la kumpul-kumpul langsir terus sumbat dalam mesin basuh, tapi emak aku ni omaik cerewwet siap suruh rendam dulu semalaman. haish .. ok la mau sambung balik mengemas ;) babye . eh selamat berbuka ya korang.

Thursday 25 August 2011

Man shabara zhafira


Assalamualaikum hai korang selamat hari jumaat, alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 26 kan? lagi beberapa hari je nak raya. Alhamdullilah tahun ni juga sekali lagi aku dapat beraya dengan hok.hik. hachumm . (aku punyer style bedeherm memang macam ni ) setelah penceraian kami ( hoiy jgn nak bercerai sgt la kan )setelah setahun mencari haluan masing - masing but kami still kawan macam biasa cuma tak dah status in relationship la. Ok itu setahun yang dulu finally kami. apa ek? alah malas la nak cakap. ( siapa cakap kalau dah clash tak boley nak couple balik ?wargh ini hint )



Dalam masa setahun ni satu benda yang aku cuba lagi untuk belajar iaitu SOD.ALIF.BA.RA . SABAR. Manusia semua berubah kan?
apa yang kita jangkakan dulu tak sama dengan sekarang, dulu kita kenal orang tu lain tapi sekarang dia banyak dah berubah tapi jika perubahan tu mendatangkan kebaikkan tak salah kan tapi jangan la perubahan drastik sampai orang lain sakit hati dengan perubahan yang dibuat tu hihi. Sekarang aku kena belajar terima sedanya, itu sakit tapi cuba. dan aku harap perubahan yang jadi dekat aku tak da yang sakit hati ya, well kita kan manusia. OK dah - dah bye .



ya kesabaran yang tinggi perlu ada hokeyyy. hari jumaat ni aku nak kongsi ayat al-quran mengenai orang yang bersabar.

من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين} (( البقرة : 155 )) وقال تعالى : }إنما يوفى
الصابرون أجرهم بغير حساب{ ((الزمر: 10 )) وقال تعالى: }ولمن صبر وغفر إن ذلك لمن عزم
الأمور{ ((الشورى : 43 )) وقال تعالى: }استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين{ ((محمد
31 )) والآيات في الأمر بالصبر وبيان فضله كثيرة معروفة. :

Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu."
(ali-lmran:200)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)
Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah
termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." (as-Syura: 43)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 153)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui
siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang
bersabar." (Muhammad: 31)





Man shabara zhafira
"maksudnya siapa yang bersabar akan beruntung"




p/s:eh korang nampak tak blog aku dah salin kulit, salin kulit untuk hari raya cewah , haha sebenarnya tak lama lagi blog ni akan terbegkalai sebelum dia terbengkalai aku salin kan dia kulit dulu biaq dia tak dalah kelihatan usang . ok dah bai.




Tuesday 23 August 2011

Thursday 18 August 2011

in love .

Assalamualaikum, dah lama tak buat karangan milik hati kan ? here we go :P lepas putus cinta dulu, I was looking for a fresh start. I was looking to put the past behind me, lantak la orang nak cakap apa pun aku dah penat dengar cerita sampah sebab mereka tak boley lihat dengan kesenangan yang orang ada. Sekarang jangan peduli lagi dengan mereka yang suka cakap seperti sampah.


After one year, and I was determined that one relationship in particular would remain boxed up in the past, and off this site. Then, something happened or rather, someone happened ;) It was something I’d never bargained on, and it was something I wasn’t really ready for. I’d only just put the past in the past, and suddenly, this something new meant that I had to consider it all again im in love again dan sebenarnya kan dah lama dah terjadi tapi cheq malu nak habaq hihi .



kalau boley aku dah tak nak rasa putus cinta :P I feel terrible for being so broken, but past experience has taught me not to get too close. It’s taught me to build walls, to block people out, and not to trust. haha padan muka aku sampai semua orang sound aku sombong, belagak ,but it’s taught me to hide, and to cry, and to pretend. Sakit kot cakap kita OK padahal tak pun, hipokrit sangat but satu kelebihan aku adalah I can hide everything from most people, I’m good at hiding, and I’m a pro at secrets. owh itu cerita dulu , kenapa la aku suka sangat mengungkit kesian orang sekeliling tau, tak baik la einaz ni. So now “Breathe, let go, and move on”, then so can I. It might take a little while, but I’m confident that I couldn’t have asked for anyone who could treat me better, or be more understanding. Not many people could be this patient, this wonderful. Alhamdulillah Thanks Allah.


ok stop that karangan first, alhamdulillah dah nak masuk ramadhan yang ke 18 dah kan, kejap jer dah nak habis puasa lepas tu raya lepastu habis la masa untuk aku bersenang lenang , membesar kan pipi - lengan dan perut sebab ? sebab ni la .



dah dapat offer dari masa habis diploma, tapi hati batu ni keras tak nak sambung lagi. Sampai bila kan ? so decide nak tak nak i just accept this offer. ( nampak alamat tu ? saja tak nak gedik hitam kan sebab nak suruh korang hantar kad raya ! )


sedih sebenarnya, 1st choice aku pilih cost Marketing. hope so dapat tukar tawaran ni masa register nanti . doakan einaz ya . terima kasih sudi layan cik hati. BYE ;D






Monday 15 August 2011

1st time cerita pasal puasa .


Puasa yang ke 16 dah kan? semakin banyak lagu raya keluar dekat radio, orang rasa happy tapi napa aku rasa sedih ya? erm. (Semalam kan, ya ni cerita semalam biasala aku punya cerita postpond punyer cerita tak da cerita fresh dari ladang haha) Ok sambung balik dalam pukul 5 petang orang tengah lawan -lawan bunyi pung - pang - pung - pang (kuali bertemu sudip) dan masa tu juga la aku dekat dapur tengah potong -potong bawang dan sewaktunya, emak call cakap tak payah masak sebab ayah nak belanja makan, hoyeyyy. Macam tau - tau jer perut Einaz tak berapa nak sihat masa tu kan. Dengan gumbira hati nya untuk puasa yang ke 15(semalam) aku tak payah masak. ok cut the short .


Pergi makan dekat area Restoran Seri Manis dekat depan Petronas Buluh Kasap, kalau orang Segamat tau la tempat ni kan. Ayah dah reserved tempat ni awal - awal, masa pukul 7.15 kitaorang sampai makanan dah sedia ada, masa tu pun dah ramai dah orang duduk menanguk depan makanan. Ha tu la siapa suruh datang awal - awal kan dah kena tungu. :p Sampai jer aku yang eksaited lebey ni apa lagi laju-laju aku letak nasi dalam pinggan. kami pergi berempat je ayah, emak, dengan Kak ira. Bagi Zon III Johore buka pukul 7.24pm. Selamat berbuka. Jemput makan . ;)



tak dala pulak aku nk snap gambar makanan kan, perut dah mengeletik mintak isi lupa terus nak snap. Tapi tak pa ni gambar masa aku pergi makan dekat Melaka dulu, ala sama jer lauk peberet ayah yang mesti ada. tapi dekat Seri Manis ni lagi sedap. ;D


Tengok la budak Einaz ni amik banyak - banyak lagi kan tak habis. :P padahal makan berulamkan air. tabiat la, orang cakap lama - lama perut ley buncit . tak nak tapi dah nama pun tabiat nak buat macamana susah wooow nak tinggal kan.



masa tengah makan aku teringat la yang cousin aku dari serawak ada add aku dekat FB , sexy woow, haha ( takpala dia chirstian apa adahal ) masa ni ni aku khuyuk dengar ayah cerita pasal asal - usul waris walak dekat serawak, paling aku ketawa tak ingat dia paling bangga sebab dekat kampung dia sorang jer ada SPM dan dapat pergi Inggeris School Sarikei (masa tu tak panggil spm, ayah ada cakap tadi tapi aku tak ingat) kiranya dia yang paling pandai dekat kampung dia, sebab tu masa aku balik kampung dulu, diaorang sambut kitaorang datang macam sambut menteri datang. hahaha kelakar tak? bangga gila ayah aku ada SPM je kot ? (oiy tak baik la ketawa kan ayah sendiri, dulu - dulu lagi la dekat pedalaman tempat ayah aku tinggal, masa tu kira otai la tu ada SPM ) aku tau ayah mesti rindu keluarga dia dekat sana ;'( . cian ayah takpala nanti einaz ada banyak duit einaz bawak satu kampung ayah kita buat kampung dekat sebelah taman kita ni ya ayah :P kalau aku la kan, tak jumpa family seminggu tu paling lama la, boley pengsann wooooww ..





sebab ? sebab aku anak manja ! hahah tak dalah manja sangat. Bukan - bukan lagi satu sebab diaorang yamg tak boley anak - anak dia jauh dalam keadaan yang lama, Bila tiba jer hari jumaat mesti tanya kami adik beradik balik ke tidak, kalau tak ada benda nak buat kami diwajibkan balik! walaupun dikira membazir, tapi, biarla duit ayah kan ? ayah ? angguk la tukan ?;p




Tuan Shah Rizal Thomas dengan akak, eh tiba - tiba rasa sedih , lepas ni akak dah nak kahwin la . ala... ;'(

p/s : alamak qualiti gambar yang kekuningan plus guna camera hp emak je. gambar ni semua tak edit pun. So korang terpaksa la tengok gambar buruk ni :)

ok la korang selamat menjalani ibadah puasa yang ke 16 ya. assalamualaikum. bai .

Thursday 11 August 2011

Al - Kisahnya ..

Firstly aku nak bagitahu yang entri ni sekadar nak cari kawan - kawan sekolah aku yang lama - lama - lama - lama dah tak jumpa especially dari sekolah rendah dengan sekolah menengah. So kepada yang rasa mcam tak kenal aku tu, rasanya tak payah baca la kot. Eh, eh bukan nak halau la tapi takut membazirkan masa korang jer. hokhok. Secondly, aku betul - betul nak mintak maaf kalau ada antara korang yang dah add dekat 2ND FB EINAZ and aku tak dapat nak approve, bukan apa? aku tak nak la jadi macam 1ST FB EINAZ , full dengan majoriti orang yang aku tak kenal. tapi orang yang aku tak kenal la paling peramah, kalau boley setiap saat nak tegur . hahah. So Einaz decide untuk tapis -tapis siapa yang add einaz untuk second account fb tu dengan cara tu la einaz dapat cari- cari kawan yang terpisah . cewah. its quality not quantity, tapi memang niat aku nak cari kawan - kawan yang da lama tak jumpa even kawan baik sendiri yang hilang terutama masa einaz sekolah rendah.


ala gambar pecah - pecah la baru nak suruh korang teka, aku yang mana. Ok dah tak payah nak teka sangat lakan, einaz duduk budak ketiga paling kiri sekali. comel tak? comel tak? :p masa dulu - dulu sekolah rendah aku la paling pameeesss kat segamat, sebab antara - antara sekolah rendah di segamat Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) paling banyak student dapat 5 A termasuk aku :P ok ada unsur riak di sini.


Meningkat alam kedewasaan aku telah dianak tiri kan oleh emak - ayah sendiri serta dipaksa untuk bersekolah diasrama dan jadi pak arab, hari - hari kau, aku nangis tepi public phone cakap sengut - sengut nangis nak balik rumah tak nak sekolah dekat situ. mana tak nya kejutan subject academic jer dah dekat lapan, bahasa arab lagi dah nak dekat 10. dalam satu tahun kena amik sekurang -kurang nya 20 subject. Tapi takpa - takpa, lama-lama aku ikhlas juga belajar bahasa al-quran tu ;'). Bila ingat - ingat balik rasa rindu masa sekolah menengah dulu banyak kenangan. haha ok dah macam diary la pulak tapi untuk sekolah menengah einaz dah jumpa kebanyakkan kawan - kawan lama, actually tak semua lagi tapi lepas einaz upload gambar lama masa sekolah menengah ramai pulak yang inteprame tau. Alhamdullillah rindu sangat dekat diaorang. haihs pehal entri kali ni rasa macam baku semacam jer . haha ok la .


dalam gambar ni pulak, einaz duduk paling kanan sekali, muka gengster tak? masa ni form 3 ( 2004 ) aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama (ARAB) Al-Khairiah Segamat Johor .


gambar masa last spm dulu tahun 2006. dulu pesyen kot amik gambr macam ni . hahha ketawa sendiri.


p.s : kalau la ada antara korang yang rasa penah cam muka einaz yang dari dulu tembam tak berubah ni ley la add einaz dekat sini . assalamualaikum . bai..

empty.

lirik dari lagu di blog .

mungkin ku tak bisa menyatakan
apa yang terintas di benakku
bukan kerana ku tak mencinta
cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
kerna aku takut kehilangan dia
kerna aku takut dia kan pergi
meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
apa yang terukir dalam hatinya
jalan mana yang harus ku datangi
agar terlerai kusut ini

tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu.





alhamdulillah puasa yang ke 12 . ok bai asslamualaikum .


Wednesday 10 August 2011

Eh, aku benci betul tengok perempuan nangis .

Lelaki benci + menyampah + meluat tengok perempuan menangis ? Yeke ? erm entahla aku ni perempuan kalau nak tau nanti kita buat survey kat kaum adam ni , lelaki pun satu Kalau nak cakap benci pun..agak agak laa tengok la keadaan samaada perempuan tu menagis kegedikkan atau nangis kesedihan. Tak baik benci benci perempuan menangis, sebab dengan cara tu je la perempuan ni dapat luah perasaan diorang yang terpendam tu tau bukan dia nak buat - buat nangis , dia takkan nangis kalau tak ada benda yang menyakitkan hati dia , even salah dia sendiri so jangan la suka - suki nak benci dengan perempuan yang kuat nangis ni .





Aku pernah dengar lelaki cakap macam ni "Eh, aku menyampah betul tengok perempuan nangis - nangis ni".

perempuan yang menangis bila hati dia betul betul tersentuh dengan sesebuah perkara tu. Kalau sekental dan sekuat mana hati perempuan tu, dia akan menangis jua. Selagi perempuan tu tahu handle sesebuah perkara tu, selagi dia kental dan semangat dia masih kuat, dia takkan menangis punya. Tapi, air matanya tetap akan jatuh bila dia betul betul tak tahan dan perlukan seseorang untuk berkongsi perasaan. dan jangan marah kalau lelaki yang sampai hati cakap macam ni , perempaun tu dah tak nak cerita masalah dia dekat si lelaki tu ! nak buat apa cerita dekat orang yang menyampah tengok perempuan nangis , baik cerita dekat orang yang betul-betul ikhlas nak dengar masalah si perempuan ni kan ?


Siyesly, aku teringin nak tau sebagai lelaki, apa perasaan korang bila tengok perempuan menangis ? Korang rasa benci ke, nyampah ke, meluat ke ? tolong la bagitahu aku . And kalau korang pulak, sebagai seorang perempuan, bila lelaki cakap macam ayat kat atas tu..apa perasaan korang? pun juga boley bagitahu. bye . asslamualaikum .


thanks to this blog silampuneon

Tuesday 9 August 2011

Wordless Wednesday : Orang yang sama tetapi hasil yang berlainan .

cuba perhatikan dua gambar dibawah apa yang beza ya ?



si muka lebar


si muka slim.

Sunday 7 August 2011

Entry khas untuk si Pipi Tembam ,


Seperti Einaz !


JANGAN risau jika pipi anda tembam atau chubby! Memang ramai orang berusaha mengecilkan pipi tembam kerana terasa gemuk. Namun sebenarnya orang yang berpipi tembam harus rasa lega kerana pipi tembam itu akan menjadikan anda kelihatan muda. Tebalnya lapisan lemak di pipi akan memberi kesan wajah yang bulat. Namun lemak di wajah membuatkan orang tidak mudah mengalami kulit berkedut dan kantung mata tidak mudah mengendur. Jika lemak di sekitar mulut banyak, maka kerutan yang timbul ketika ketawa tidak mudah terbentuk.


Hasil kajian yang telah disiarkan dalam jurnal Plastic and Reconstructive Surgery menunjukkan hasil yang cukup mengejutkan. Lemak terutama yang terdapat di pipi dapat mencegah kedut dan membuatkan wajah tampak lebih muda. Kajian diketuai oleh Dr. Bahman Guyuron dari Case Western Reserve University di Cleveland ini menganalisis foto wajah 186 pasangan kembar seiras. Hasil kajian menunjukkan bahawa genetik dan faktor lingkungan memiliki pengaruh besar pada seberapa cepat munculnya kedut dan faktor penuaan pada wajah.


"Pasangan kembar ini bermanfaat dalam kajian penuaan kerana si kembar memliki genetik yang 'diprogram' dengan usia yang sama, sehingga perbezaan penampilan pada pasangan kembar dapat memberikan petunjuk tentang faktor lingkungan dan gaya hidup," kata Dr Bahman Guyuron, Ketua Jabatan Bedah Plastik di University Hospitals of Cleveland dan Case Western Reserve University.


Pengkaji mengemukakan teori bahawa lemak terutama di bahagian pipi dapat menangguhkan kedutan. Teori ini dikuatkan dengan hasil kajian pada pasangan kembar yang berusia di atas 55 tahun. Memiliki BMI 8 poin lebih tinggi pada usia di atas 55 tahun membuat salah satu pasangan kembar menjadi jauh kelihatan lebih muda.


Namun Dr Guyuron tidak mencadangkan supaya orang ramai menambah berat badan hanya kerana ingin kelihatan muda. Selain berat badan dan BMI, gaya hidup sihat sangat penting buat menjaga wajah agar tetap kelihatan muda.


horaiiiiy.. ceq dah tak kisah sekarang, orang nak kata muka cheq besaq macam pipi doraemon. Sebab pipi cheq yang besaq ni la membuatkan cheq kelihatan awet muda tau, ang ada ?

korang yang pipi kurus ni mesti jelez kan? kan? :P dan korang mesti rasa nak lebar kan pipi macam cheq, tak dapat den nak tolong. Sebab faktor genetik juga punca muka anda tembam. Tak caya? hah tengok ni.


alolololo, geram gila tengok pipi dia kan? rasa macam nak cium puloh ribu kali. Cousin paling bongsu aku, HANIS! hasil benih Mak usu dan Pak usu aku yang lahir pada berat 3.6 1/2 kg dengan kelebaran pipi luar biasa dari pipi baby yang lain. Tahniah diucapkan. ;D



dan cousin aku hasil daripada anak Pak utih dan Mak utih aku NURUL BASHIRAH . Pipi yang semakin melayut . cian ko asyik kena cubit jer kan . ok la untuk perkembangan pipi yang sihat saya perlu tidur . bye korang asalamualaikum and selamat bersahur untuk puasa yang ker lapan ;D


Thursday 4 August 2011

bila orang jakun dapat barang -_-

Dulu masa mula - mula dapat laptop (masa tu pun laptop baru-baru sampai kat maleyysia) rasa jakun yang amat. Rasa macam dua puloh onam jam mau duduk, terbaring, tertiarap depan laptop. Padahal masa tu yang tau main game solitaire jer, bila dah upgrade sikit pandai la main game Aladdin, sampai dah berpuloh kali menang game tu pun tak jemu nak main lagi. Yang aku rasa paling membangakan emak ayah aku, sampai dia rasa tak rugi belikan laptop untuk anak dia. Bila balik kampung sepanjang masa ada jer assignment kena buat, sampai sanggup bawak balik segala assignment.Tapi sekarang bila ada assignment time tu dah set up dalam kepala otak nak balik kampung jangan diharap la, say babye jela to assignment . Wargh sini aku nak cerita kan yang bertapa taksub nyer aku bila mula-mula dulu dapat laptop dulu tau . -_-


Sama juga bagi mengingatkan kembali kenangan semasa pertama kali dapat laptop adalah webcam! senyum sorang - sorang depan webcam, Buat-buat ketawa padahal tak ada apa benda pun yang kelakar, buat ala-ala muka orang menangis, muka nak cebik - cebik, bibir herut sana - sini. Sebab kau sorang jer rasa ko cun, ala- ala comel ambik gambar macam tu. haish . tak caya ? tengok ni .




ha motif amik gambar macam ni ? apahal-lah lu minah, masa ni dah kul 5.00 pm da, potang da tu ha, masih leh tersengeh - sengeh depan cam. Puasa - puasa juga bang.. takkan nak buat muka letih sebab nak bagitahu kat semua orang yang '"wey ko tak nampak muka aku, muka penat ni? aku puasa tau" -_-


macam ni la muka orang yang puasa, tapi kenapa macam muka orang nak tahan erk - erk - erk


ha ni muka da bajet santun - Ayu Raudhah da. Eh bukan aku yang cakap, orang yang comment dalam pesbook lepas aku upload gambar ni ha yang cakap. Mana selit muka aku ngan Ayu Raudhah pun aku tak tau la . haha


muka nak kena penampo pun boley buat depan cam kalau ko nak . ;D



stand-by lipat tudung bulat - bulat ok dah boley nyanyi "bulat kecil , bula kecil , bulat la besar . sayang mama , sayang papa , sayang semua " motif ? nak bagitahu kat semua orang yang bertapa bulatnyer muka hakkku .. -_-


OK Last sekali yer aku janji yang ni gambar yang last . T_T depan cam nak tunjuk yang wallpaper hanphonde mestila letak gambar yang terbaiikkk woook .. eh yer ker ? -_-

ok la SELAMAT BERPUASA UNTUK HARI YANG KELIMA , babye . assalamualaikum korang . ;D


Wednesday 3 August 2011

macamana rasa nasi minyak ?

Uit rasa nasi minyak tu kan, macam ko makan nasi, amik minyak masak cap parang masuk dalam mulut, then bila rasa dah sebati then telan. Ha macam tu la rasa nasi minyak? bertapa lama nya aku tak makan nasi minyak sampai lupa dah rasa dia macam mana, haish tak lama lagi dapat la den makan nasi minyak ;'D uit korang , update tengah malam, alhamdulillah dah nak masuk puasa yang keempat dah. Rasa macam baru semalam jer puasa, excited bangun sahur pun masih terasa lagi, sampai tak boley tidur. Akibatnyer mata terus melilau search web butik pengantin, eherm - eherm tak lama lagi ada orang tu dah nak naik pelamin da. huraiyy . excited nyer ! ^___*

tema dah ditetapkan , iaitu colorful ! haha. ko ingat badut nak kahwin ala-ala colorful disneyland ? tema dah tetap yea ! warna yang meriah lor. merah , hitam , putih .. tapi display baju pengantin dekat atas tu , bukan tuan punyer badan , tapi pemilik Romzy studio owner .

Link
cantiknyer warna baju ni kan juga dari romzy studio owner .

untuk baju nikah, pemilik badan nak menggunakan tema warna silver . auuuuwww , paling excited bakal pengatin memerintahkan satu rumah dah dicat dengan warna silver . ;'D


selak - selak album owner ni . terus tepikat dengan warna pink ! cantiknyer.. cair dolll..
OWH awal ashaari . (tiba-tiba sebab malam tadi dekat rancangan FUUHH dia pakai baju melayu warna pink . -_-)


tapi bila difikirkan balik, kalau aku sorang minat warna pink , encik future suka ker kalau dia nak sarung warna pink ? sebagai pelindung bagi encik future tidak terlalu kelihatan terlalu jambu , purple campur pink pun boley ;D . pandai kan romzy studio ni match kan warna . purple pun warna kegemaran hakkuuuuu .

warna putih bersih . huyoo paling best tengok la meleret-leret ko dia punyer kain .. ;D
sesuai untuk akad nikah, cantiknyer bila dia gabungkan dengan warna siler kan ..

walawey , perstime aku tgk warna baju pengantin yang buat orang tidur tak lena , mandi tak basah selepas pergi ker weeding pasangan pengantin yang pakai baju ni . turquoise mix to gold . nakkkkk pakai time raya . boley ? hahaha
Link
haku yang berdebar lagi dua bulan , Insyallah doakan yang tebaik yer . Paling best kad jemputan yang direnovate (pun boley) dari aku adalah lain dari yang lain hokey .. siap gaduh -gaduh lagi nak buat kad ni . padahal kad jer , last-last orang buang juga . haip warning siapa dah dapat kad tu sila jangan buang . sentap den . haha nak tengok ? tunggu ;D dah - dah pergi tidur . esok nak bersahur . bai korang. Asalamualaikum .


p/s : gambar dari ROMZY STUDIO

Tuesday 2 August 2011

Puasa DULU dan Puasa SEKARANG .

sengetkan kepala kekanan .

lagi berapa jam jer nak masuk waktu berbuka ! Betapa bestnya dapat berpuasa dengan family kan? tahun ni tahun pertama aku bebas dari aktiviti sebagai seorang student , ya allah bahagia yer la hai .. Banyak bezanya berpuasa diperantauan jika nak dibandingkan dengan rumah sendiri, bersama keluarga tercinta. Bagi aku keadaan puasa dulu budak-budak dengan keadaan berpuasa sekarang sangatlah berbeza.. Dulu semuanya mak ayah yang buat.. sekarang semua sendiri-sendri. Sebelum tu cuba tengok drama kat bawah ni mesti sama macam korang dulu-dulu kan ? ke sekarang pun sama camtu gak :D

budak-budak dibulan puasa

Budak-budak memang macam ni kan.. hehe..

——————————————————- SAHUR ——————————————————-

Dulu…
Bangun je dah terhidang makanan depan mata tinggal cuci muka, basuh tangan pastu makan je.. abis makan, tinggal, dah ada orang yang akan basuhkan pinggan mangkuk.. air minum pun mak dah boh siap-siap dalam cawan, letak dekat dengan sue lagi.. ish!3.. anak raja btol kan.. :)

Sekarang…..
Malam-malam siapkan apa yang patut. kunci jam 5 pagi bangun, panaskan lauk pauk , makan.. siap makan basuh pinggan mangkuk, periuk belanga yang dah guna tu. pastu solat, dah abis solat sambung tido balik kalau hari cuti.. kalau hari ada kelas buat apa-apa yang patut sementara tunggu time pergi class .. tido takut susah lak nak celik mata.. banyak keja kena buat kan?.. maklumlah hidup bujang, merantau lagi tu.. berdiri atas kaki sendiri la jawabnye.. huhu..

ragam bersahur

punye la liat nak bangun sahur.. tak kira dulu ke sekarang ke.. sume sama.. ngantuk yang amat.. :D

————————————————— BERBUKA —————————————————

Dulu…
Petang-petang tolong mak buat kuih.. pastu sampai masa hidangkan makanan.. lauk pauk, kuih muih, air punye la banyak.. berjenis-jenis perisa.. dah masuk waktu berbuka 1st skali tibai air.. fuhh.. hilang dahaga.. pastu kena marah sebab tak makan kurma dulu.. hehe.. tak suke la makan buah kurma, tak best.. dah abis makan, terbongkang, kenyang.. bruuppp!! :)

Sekarang…..
Penat balik kelas tak hilang lagi.. dah kena masak.. nak beli kat bazar ramadhan takde yang berkenan.. sama je.. beli kuih je kat sana.. kadang-kadang tu beli air.. hari-hari kena fikir nak masak ape.. yela, bukan terer pun bab masak memasak ni.. kalau chef tu takpe la.. macam-macam resepi ada dalam kepala die.. tinggal masak je..

Berbuka dengan kurma.. (dah makan dah sekarang ni, siap buat macam buah-buahan biasa pulun 1 plastik makan.. :D) makan kuih sebiji , pastu baru la makan nasi, lauk 1 jenis je huhu.. sedihkan ? nak masak banyak malas, penat. makan jela ape yang ada, paling banyak pun buat 2 jenis lauk je.. bersederhana orang cakap.. Alhamdulillah.. janji kenyang ye tak ?

————————————————– LEPAS TU? ————————————————–

Dulu…
Tak pergi tarawih dah.. macam-macam alasan bagi.. hik3.. budak-budak, biasa la kan.. bagi alasan penat, tapi lepas mak ayah dah kuar ke masjid, main tak ingat dunia larat pula kan.. hehe.. main bunga api.. besstt.. Dah penat main, masuk umah.. lepak tengok tv sampai tertido.. :D

Sekarang…..
Bila dah siap makan, bersiap-siap ke masjid, solat tarawih plak.. takde alasan dah.. memang wajib gi kalau takde aral melintang.. Alhamdulillah.. insaf akhirnya.. hehe.. balik dari tarawih lepak tengok tv sambil-sambil sediakan bahan untuk sahur esoknya pula.. tapi bujang-bujang ni bersahur time rasa nak bersahur je.. biasa makan siap-siap dah sebelum tido patut la perut buncit.. jimat masa.. (cakap jela malas nak bangun.. hu3)

ragam semasa solat sunat tarawih

Korang yang mana satu time tengah tarawih tu? :)

Gitulah cite nye.. tak best sangat pun.. korang lak camne? kalau yang dapat berpuasa dengan family mesti best kan.. so, hargai family korang ketika ianya masih berada disisi korang.. Berhati-hati dijalanraya masa balik kampung nanti, ingatlah orang yang tersayang.. :)




p/s : I’d like to take this opportunity to wish all fellow Muslims a blessed month of Ramadhan. May Allah grant us the will & patience needed.

THANKS TO ONE OF BLOGGER ! ;D