Followers

Monday 20 February 2012

pantai.

lagi dua minggu final exam. yikes first result mid term yang sangat menghampakan tak sama macam result zaman diploma,cis kenapa suka bandingkan degree dengan diploma einaz? its totally different la. come on past its past just do it your best in final im always thinking might be crying right now about something really sad that happened. What ever happened, happened. It’s over now. Forget about it, its the past.,and who cares about the past? but i cant just forget about it it not just the past it’s the present and the Future sad dan untuk menghilangkan kesedihancry mr future sanggup temankan ke tempat yang paling rasa dapat hilangkan stress "pantai" “I have always loved the beach. The smell of the salty water, the wind in my face, the gentle roar of the waves all combine to create a sense of peace and calm.” allah ciptakan sesuatu dengan indahnya.


location : pantai kelebang, Melaka.

pasir yang halus :

copie form fb einaz :P

Cinta ibarat pasir..
Makin digenggam makin menghilang..makin sikit tersisa..
Kalau dibiarkan terbuka di tapak tangan kita, ianya akan kekal ..
Bila da dibiarkan terbuka, jangan pulak dibawa berlari..
Takut nanti ianya akan jatuh juga sikit-sikit. Pepandai la korang nak jaga pasir tu jangan bagi hilang dalam gengaman


puitis tak ? tak faham ? macam ni la sebenarnya ( yeah Google search please) :P


"Here's my heart and soul, please grind them into hamburger, and enjoy.

jalan sikit pasir masuk dalam kasut. lepas ni bila nak jalan kat tepi pantai sila pakai boot :P

keindahan yang membuatkan sesiapa sahaja yang dalam kesedihan akan tenang dan gembira, termasuk aku ;D


Only one thing has to change for us to know happiness in our lives, where we focus our attention.


the happiest in my life when someone made my day. love you :) party

p/s sekarang suka sangat baca quotes yang boley motivate kan diri. life anda love can made my day happy. need focus on my final exam, try harder and smart than before. doakan sayer ye. BYE korang,


Saturday 18 February 2012

Derma darah.

assalamualaikum, eh hai ! alhamdulillah, terlaksana juga azam untuk menderma darah. kebetulan hari khamis haritu Faculty health and science At MSU ada buat kempen derma darah, mula-mula tak da niat pun nak bagi, sebab bajet sakit la konon and bila dah kena hasutan dari kawan rasa tiba-tiba ada high confident dan disebabkan ada kawan sejati ;P jadi peneman kerusi sebelah lagi la semangat tu datang. haha. ok disebakan lambakan asingment, aku kongsikan carian google ni je yer. bye


Kenapa kita perlu menderma darah? Ok, darah memainkan peranan penting dalam sistem tubuh badan kita. Tanpa darah, kita tidak akan bernyawa @ sistem badan kita akan berhenti dari berfungsi. Jadi hargailah darah kita. Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia yang amat memerlukan. Tidakkah kita ingin membantu mereka?

Dengan menderma darah, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita. Ibarat sebuah kereta yang perlu ditukar minyak pelincir bila tiba ke satu tahap yang ditetapkan bagi menjaga enjin kereta tersebut. Begitu juga dengan tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak menderma darah sekalipun, akan berlaku proses perkumuhan badan untuk pertukaran darah. Maka, alangkah baiknya kalau kita menderma darah kerana ianya dapat membantu insan yang memerlukan.

Sebenarnya, menderma darah ini boleh disamakan dengan berbekam yang merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Bezanya, berbekam kita mengeluarkan darah yang kotor. Adapun menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa manusia dengan darah yang diambil dari badan kita. Rasanya tak rugi kita menderma darah kerana ianya tidak melibatkan sebarang kos perbelanjaan malah ianya mendatangkan faedah sampingan buat kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita ingin melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kegunaan proses kemasukan Universiti, maka akan dikenakan sedikit bayaran. Adapun jika kita lakukan pemeriksaan kesihatan ini melalui Tabung Darah, ianya adalah percuma. Begitu juga keistimewaan kelas wad sekiranya kita terpaksa tinggal di hospital akibat ditimpa kemalangan. Apa pun, itu semua bukan tujuan utama kita. Yang pasti, ikhlaskan niat kita pada jalan Allah bagi membantu insan-insan yang memerlukan.

Kenapa kita tidak ingin menderma? Antara alasan-alasan yang selalu saya dengar ialah:

(1) Kami orang perempuan kurang sesuai untuk menderma darah. Betul ker? Anda perlu ingat bahawa orang perempuan la yang banyak memerlukan darah. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana, hanya orang perempuan yang melahirkan anak. Banyak kes yang kita dengar ibu-ibu yang mengandung banyak kehilangan darah. Jadi, kalau bukan kaum Hawa sendiri yang membantu, siapa lagi?

(2) Kami kurus. Kami kurang darah. Sepatutnya kami yang perlu menerima darah. Ok, anda perlu tahu bahawa kenyataan anda ini adalah salah. Sekiranya anda kurang darah, sudah tentu anda tidak akan hidup normal. Pelbagai penyakit akan menimpa anda. Kurus bukan penyebabnya. Lagi satu, anda mahukan darah? Begitu juga orang lainkan? Jadi, kenapa tidak ingin menderma? Kenapa kita hanya ingin menjadi penerima? Bukannya pemberi.

(3) Orang yang menderma darah akan jadi gemuk. Ini betul sekiranya anda tidak menjaga pemakanan anda. Untuk pengetahuan, selepas kita menderma darah, tubuh badan kita akan letih kerana kita kekurangan darah. Masa tu kita perlu kembalikan darah kita dengan makan makanan yang berprotein dan berkhasiat. Tapi, sila jaga pemakanan anda. Gemuk bukan kerana kita menderma darah tetapi kerana kita tidak jaga pemakanan kita.



jantung rasa nak gugur masa nurse datang dekat kerusi. ;D si baju sama biru sebelah tu la ayu yang orang yang pling excited nak derma, so excited dia berjangkit dengan aku .

bila nampak jarum lagi la rasa takut mak ai, tapi rupanya langsung tak sakit, kena cubit dengan emak bila kejut bangun subuh lagi sakit tau. gagaga. ;D


dan penuh kan beg tu tak lama pun, dalam lima minit je. see tak ada alasan tak ada masa untuk dermakan darah korang yang belambak tu. ;D

Sekali sekala derma darah apa salahnya kan? Buat amal lagi baik dari buat dosa hehe korang berdarah apa? Aku darah A. bangga darah A sebab bajet, nanti result pun gerenti dapat A. amin :D



Saturday 4 February 2012

tuala wanita diperbuat daripada bahan kitar semula punca banyak penyakit membawa maut.

setiap hari jumaat student dari fbmp MSU , wajib datang ke kelas entrepreneurship, walau pun sama wajib seperti class yang lain-lain tapi aku selalu skip ke kelas ni, sebab bajet dah penah ambik masa diploma dulu dah kira bijak bistari so tak payah la masuk lagi padahal class ni di create untuk business student seperti aku, TEtapi jumaat lepas aku terajin datang, dan dengan kerajinan tu aku dapat information yang sangat-sangat la penting untuk aku dan wanita-wanita sekalian. Aku dapat, Aku share, Korang baca okay sebab mencegah dari perkara yang semua orang tak nak iaitu penyakit yang datang nya dari rahim atau bahasa kiasan dalam class, prof cakap yang berada dia bawah dan hanya perempuan je ada anugerah tak ternilai tu. Iaitu penyakit yang bermula dari pad ataupun tuala wanita.


Korang tau tak macam macamana pad yang korang pakai setiap bulan tu diproses ?


pad yang dikenali sebagai tuala wanita tu sebenarnya diperbuat daripada bahan kitar semula seperti kertas buangan, kotak dan pulpa kayu. gelikan? barang yang telah digunakan pastu diproses dan dengan kita sedar kita gunakan untuk mengalas mahkota kita, kalau difikirkan balik barang kitar semula tu sememangnya tersembunyi bakteria dan kuman merbahaya. Kesemua bahan ini digunakan untuk menghasilkan tuala wanita di mana ia akan dilembutkan seterusnya melalui proses pelunturan berklorin. perlu korang ingat ! Semasa melalui proses inilah terhasilnya bahan kimia iaitu DIOKSIN. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang dan digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970.

apak kena mengena rahim dan pad ? check it out.



korang tahu tak bahayanya dioksin tu? dan bagaimana dioksin meresap kedalam rahim?


Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas.(kebanyakkan pada yang berada di pasaran bukan diperbuat daripada kapas) Gas toksid yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Darah haid akan mengalir keluar dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan.Dioksin akan diserap kedalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup fallopio. Tanpa disedaritoksin ini berkumpul di dalam rahim dan akhirnya mendatangkan pelbagai masalah kepada si pemakai seperti jangkitan kuman, cyst, fibroid rahim dan yang paling digeruni KANSER RAHIM, KANSER OVARI. dan banyak lagi penyakit datang dari rahim kita. ya allah takutnya.. mintak dilindungi jika kita boley mecegah daripada penyakit ini.


kalau korang perasan dalam paper or magazine dah banyak cerita pasal pad yang banyak mendatangkan keburukkan,tapi dalam kita tak sedar kita memang tak ambil peduli. Disebabkan ketidakpekaan kita sebagi pengguna, kita tertipu dengan barang yang kita beli, sebab tula penyakit datang dalam diri kita, dan boleh merosakkan tubuh badan dan paling teruk menyebabkan penyakit didalam diam dan tidak kita sedar. pepatah melayu cakap kalau duit kita simpan "lama-lama jadi bukit" tapi kalau simpan racun dalam badan kita "sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. tak caya tengok ni ...



Tapi segala penyakit tu semua boleh dijegah dengan ?


100% kapas semula jadi, bukan seperti pad yang korang pakai sekarang yang diperbuat daripada bahan kita semula dan menyebabkan banyak penyakit yang merbahaya. terlalu banyak kebaikkan dari pad ni berbanding pad yang lain. yang paling penting pad sahaja yang diluluskan dan dapat Pengesahan Saintifik.

Ramuan
Kajian Saintifik
Lignin
Dr. Alexander G. Schauss, PhD. Lignin adalah sejenis serat makanan yang bermutu dan kuasa anti-pengoksidaannya amat kuat. Ia berupaya mencegah kanser dan berkesan meningkatkan tahap metabolisma gula darah serta mengawal tahap kolesterol.
Oligosakarida
British Journal of Nutrition (2002) Oligosakarida berupaya meningkatkan populasi bakteria baik (Lactobacillus spp. & Bifidobacterium spp.) dalam usus.
Klorofil Alfalfa
Dr. Garnett Chaney (Kajian Universiti Stanford) Klorofil alfalfa berkesan menyembuhkan 80% ulser peptik.
Aloe Vera
Dr. Reuben Titus Aloe vera membantu proses detosifikasi badan dan mengawalatur proses metabolisma badan.
Gandum
American Journal of Lifestyle Medicine (2008) Kajian membuktikan bahawa gandum membantu menurunkan berat badan dan menahan kelaparan.

korang da nampakkan banyakkan ramuan herba dalam pad ni yang boleh anda membantu dalam mencegah penyakit?


kebaikkan, faedah ,perbezaan pad ni dengan pad yang lain, kegunaan lain pad ni? macamana nak dapat pad ni? sambungannya next entry, dan bila aku dah masuk next class ;)

perkara yang diutamakan adalah menyampaikan sesuatu perkara yang baik kepada orang ramai sembil berniaga.


ps: segala information diambil dari several blog ilmiah dan di combine jadi entry ni ... tak salah kan kita kongsi-kongsi.. thanks guys !