Followers

Friday, 14 June 2013

dah nak kahwin da aku :)


Hai awak orang. Finally! It’s my last semester before my internship. Hopefully it’ll be the best one yet. Classes started on Monday. New semester, please!please! behave :) just for intro. 





okay back to the topic, tak dah la nak kahwin acah-acah je, Gila nak kena parang dengan ayah, kerja idak lagi, gatal nak kahwin. Tipu la sebagai perempuan yang dah 24, bila tengok kawan-kawan sebaya dah kahwin, tak jelez idak? dari mula-mula bercinta dah letak target nak kahwin bila. Aku ni jenis tak pernah terfikir nak kahwin awal. Ala relax la der! kahwin awal2 tak puas enjoy lagi. ops! tapi tu dulu la. masa sibuk nak enjoy sakan, belajar lama-lama pun tak apa, sebab time zaman belajar la ni, boley enjoy bila dah kerja nan ado nya lah! 


Sejak dah tinggalkan zaman Foundation Law, Diploma Management, masuk degree dah letak target lepas habis je belajar, kumpul harta sikit terus kahwin! yargh,targert aku kahwin umur 26 (ada dua tahun dari sekarang amin!) sebenarnya dulu pernah letak taget kahwin umur 30. hahaha! dasyat kan. sebab aku ni jenis suka kepuasan diri, nak kena ada harta sendiri, rumah, kereta, barang branded. tak nak share dengan husband. nak harta sendiri. Hover ok aku! hihi dulu pernah cakap dengan mak selagi tak mampu nak beli beg LV. TAK NAK KAHWIN! HAHAHA. okay tu dulu, bila pemikaran dah matured, semua dah berubah. perasaan nak kahwin membuak2 hokay. gatal ok bye ! ;p


dari aku zaman sekolah menengah dah ada ciri-ciri bakal husband, sampai nak cari bf terlalu memilih.  


Yang pertama-tama-tama sekali

lelaki tu mesti la melayu islam !

Hahaha. Hoi napa start da gelak. Kenapa kena ada melayu tu? kalau jawa kira melayu tak? hihi tak mintak pun ustaz tapi cukup la kalau lelaki tu dapat membimbing ak masuk ke syurga. mematuhi rukun islam dan beriman dengan rukun iman! amin :)


lelaki tu mesti la orang Johor! 


Dekat la nak balik raya katanya. cliche tak? hahaha tak kira, aku ni jenis cepat la tersangat homesick, dari zaman aku sekolah menengah dekat hostel every week mesti kena balik kg, masuk 2 minggu tak balik kg, mesti demam sampai la sekarang. teruk kan? nak wat macam mana. sebab tu kalau boley la nak orang dekat-dekat je. tak nak sorang utara, sorang selatan. sedihnya lahai bila kena bahagi kasih. hahahaha.kalu boley lagi, nak orang Segamat. ha lagi senang cerita :P


lelaki tu mesti la educated!


Amboi tak mengagak kalau macam tu kena cari profesor la . haha Yang ni memang semua menjadi idaman kan? ke tak? tapi aku memang akan cepat tergoda bila tengok orang lelaki yang pandai ni, sebab aku ni tak dalah pandai mana, bila dapat lelaki yang ada pengetahuan ni boley la top-up yang mana tak tau. One more thing, aku suka bila tanya dia, dia boley jawab. Tak dalah bila aku tanya, jawapan Entah, Tak tau, ye lakot, Pergh! boring kan?!


lelaki tu mesti la Tak Panas Baran!

  Aku ni jenis manja ala-ala . weeek muntah! tapi betul pon. Dari kecik sampai la sekarang aku pernah kena mara dengan parents boley di bilang dengan jari je. Dekat sekolah lagi tak pernah kena marah! okay ni tak tipu sebab cuba tak buat salah, sebab tak suka kena marah, So sudah menjadi kemestian ciri-ciri lelaki idaman bukan yang panas baran, sebab ak memang Tak boleh! Tak suka! dan Tak sesuai! kena marah. sebab aku kan comel Kak Ton gila ke nak marah aku? hahahahhaahhahahahahahahaha. ok stop gelak.

lelaki tu mesti la Suka Budak Kecik !

bila nampak baby mesti tersenyum, ha nampak kan kat situ bila lelaki yang suka budak-budak ni, penyayang? bila penyayang tak dala panas baran kan? ha pakej sekali. hihi.



okay jodah, ajal semua dah ketentuan apa yang boley kita buat berubah untuk jadi yang baik untuk mendapat yang terbaik. Bila dah nama manusia, takan ada yang sempurna. jangan melihat keburukkan orang lain sehingga tak nampak keburukkan diri sendiri. sekian terima kasih. 







bye sayang korang :) till end.







1 comment:

syasyah_biscuits said...

macam dah ada calon sesuai dah ni. hehe gudluck! :))