Followers

Friday, 14 December 2012

catatan ku.


Semua orang suka sangat bila weekend tapi sejak dua menjak replacement class pada petang jumaat sampai ke-senja, membuatkan weekend aku sangat tak best ! tak best ! tak best ! tak dapat balik kampung jumpa emak, ayah, adik, akak, abang, atok emak . Soooo sad bila genap sebulan aku dah tak balik Johor. Jadi, bila tiba je sabtu dan ahad library jela tempat melepak aku. Betul tempat lepak je, STUDY nya nan hado, sebab nak duduk dekat air cond, kat rumah sewa tak da air cond sob! sob! sangat tragis nya nasib . hover kau! suka sangat buat orang bencik dengan kau inaz. huhu


rutin aku setiap hari adalah breakfast dekat rumah, pergi kelas, balik kelas, masak, makan dekat rumah, buat kerja sekolah, tengok tv, bergosip dengan roomate, tidur ! ulang sampai kesudah T___T

sebelum delete gambar dalam handpone 'cikia' masukkan dulu dalam blog, boley gitu? ;)




 class dekat level tujuh, gayat ooo 


  

nak juga? pun boley cik intan :)


Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Burung sampai ke ladak pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup

Tuhan terserah padamu
Aku ikut maumu Tuhan
Ku catat semua
Dalam buku harian

 tesco exxxtraaa depan kolej :)



si mata keranjang versi perempuan :) hahah. ko sumpah comel doh !
 


dari kiri :  jana si mulut bechok, ayu si mulut bechoookkk . sama ea? dulik la

  


ok dah tu je catatanku kononnya. sory ea membuangkan masa anda . sayang anda sekalian. sekian :) 


publish !

Tuesday, 11 December 2012

Belagak.

krek-krek-krek. rindunya bunyi cegkerek. ok tetiba kan? hari ini seluruh selangor cuti sebab dah Sultan Selangor bagi cuti, aku cuti la. Daulat Tuanku :D ok sejak-sejak dah ada instagram ni apa yang aku buat, apa yang aku masak, apa yang aku rasa, akan beta dengan senang hati nya upload sesuka hati aku, sampai kena tegur  dengan one of my friend list. dia cakap  gambar instagram aku je penuh dekat news feed dia orang. oh i'm sowww soghy. what to do.

ada dua sebab je kenapa aku suka upload gambar.

Satu: untuk kenangan masa akan datang, tak semua gambar yang aku amik, aku simpan, dari aku delete alahai sayangnya kan ?!  jadi bila aku upload dekat instagram ke, facebook ke? blog ke? insyallah dia akan kekal selagi aku tak remove. nanti bila dah besar - dewasa - tua - tua kerepot boley la aku tengok balik zaman muda hingusan . *aku sangat berfikiran jauh hokay miahaha.

Dua: tak semua benda yang aku buat, aku bagitahu seluruh kaum keluarga kerabat aku, dan bila aku upload gambar sudah semestinya mereka tengok kan ? ke aku je yang perasan owh tidak ! sebab mereka sangat rajin coment, Yang paling penting mak aku tahu apa yang aku buat, apa yang aku makan base on picture especially kat Instagram.


 

ok jangan tanya lagi kenapa aku suka upload gambar, tak baik tau cakap aku BELAGAK, suka menunjuk sedih aku, tak ada niat pun. sob.sob lap hingus bye !



publish !




luahan hati untuk hari ini :

sekali kepercayaan yang kita beri tercalar, susahnya untuk kita membina semula kepercayaan tu, bukan sebab kita ego, sombong atau tak memberi peluang, bukan sebab kita tak nak bina semula kepercayaan tapi kita jadi lebih berhati-hati  kerana takut dilukai lagi, tapi sikap tak mampu melupakan (walaupun kita dah memaafkan kesilapan orang tu) ada kalanya menjejaskan hubungan baik so camana nak lupakan kalau parut yang ada pernah diguris oleh luka yang dalam camana nak forgive and forget ? atau ia hanya akan terubat dengan masa - so jangan sedap cakap je dah buat salah, suruh kita lupakan, cuba jadi dekat batang hidung sendiri "memafkan itu mudah tapi sukar untuk melupakan"



Sunday, 9 December 2012

Penghujung tahun 2012


Hencik Habang : U online tak?

Aku : online, kenapa?

Hencik Habang : I ada bagi something dekat FB

Aku : Hokay tak suprise pun, sedih T_____T




Tengokla ni, dia just bagi schedule yang menunjukkan kebizian dia yang teramat, ingatkan bagi lagu cinta ke? ayat cinta ke? sebab aku tau ko tak jiwang, so aku hanya mengharapkan benda yang jiwang dari engkau. hahahaha tapi nan hado nya. " takpala you, kalau you tak bagi schedule ni pun, i memang  tahu you busy dari sejak azali nya".  what to do.



Hencik Habang : U, this week u balik Segamat tak?

Aku : ermmm, tak kot, kan I ada kelas isnin sampai malam, kenapa !?

Hencik Habang : Kita pergi Sunway Lagoon nak tak sabtu ni ?

Aku : Ha yeke? yeah ! *jerit sambil lompat sampai terhantuk kepala dekat katil atas ( hilang merajuk sebab dia just bagi schedule yang tak hingin pun aku nak tengok tu )




*gedik kan? bye mestila aku teruja lebih kan, sepanjang dia dekat Shah Alam ni la kan, boley kira bapa kali dia ajak aku berjimba-jimba kalau tak library-library-library-library phuuuuh!  





 

muka budak exicited lebey kan?




go, go power rangers!




kakak dan abang-abang ni semua kawan hencik habang kita :)




masuk je sunway lagoon ni kitaorang terus pergi kat game yang tak ada kena mengena dengan air, kira nya macam outdoor la huhu..






terteling-teling kepala with kak lin :)








 ready, to go !





 

 dari mula hencik habang ni ajak aku  pergi Sunway Lagoon, aku tak habis-habis memekak cakap "u, nanti kita pergi kat jambatan gantung tu tau" ada la dalam beratus kali aku ulang benda sama, nasib baik la dia memang rajin melayan aku, kalau orang lain da kena sebiji. hahaha


dari atas jambatan gantung
'asal aku tengok muka dia ni lain macam je ?" macam kanak-kana ribena da aku tengok hahaha.





hencik habang ni ajak naik kayak, engkau ingat dapat? tak kosa haku.. hahaha
kita naik benda ni je sayang intan payung.




nampak kan muka kekanak-kanak ribena haku.


jom main lompat-lompat.


lepas main -main air kita pergi zoo. ok dah tu je ada banyak lagi gambar tapi biar jadi simpanan aku jela ye..




terima kasih ! awak cuba nak bagi kita happy walaupun awak busy, walaupun awak bawak kita dating dekat library je, walau apa pun kita dah biasa dah.  you always made my day love

 nanti kita merajuk awak bawak tempat lagi best ye. hahaha. bye



publish!

Wednesday, 5 December 2012

merampas hak orang !





Dah alang-alang on latop lepas memerah otak untuk assignment yang perlu di submit dalam masa terdekat, masih ingin lagi otak diperah untuk meluahkan perasaan ops ! sebenarnya bukan luahan perasaan ke? menunjuk perasaan ke? just nak kongsi pendapat je kot, sebagai perempuan kan kita mesti ada perasaan yang sama, tak banyak pun mesti ada sedikit perasaan seorang perempuan. "Apa, perasaan kau bila ada perempuan lain yang tercuba, tergatal, termesej, tecall, tergedik kat boyfriend korang? sakit hati kan? tipu hokay kalau tak sakit hati. "


aku selalu pesan dekat diri sendiri kalau kamu mencuri hak orang lain, kamu menyebabkan orang lain menangis, kamu menyebabkan hati orang lain terluka, kamu menyebabkan hidup orang lain kucar kacir !


dalam otak aku yang selalu sangat beremosi bila sebut pasal rampas merampas ni, ada tiga sebab je kenapa orang suka merampas hak orang lain ?

Satu  Aku benci perampas! Aku tak suka mereka rampas hak orang lain. Aku tahu, perampas ni ada banyak sebab untuk mereka merampas, sebab mereka gatal, miang dan gedik. Perangai dah macam tu,  tak tahu malu. Sanggup buat apa saja untuk kepentingan mereka sendiri sampai sanggup lukakan hati kawan sendiri or orang lain. 
 
 
Kedua sebab dia tahu dia lebih cantik atau lebih hensem dan kaya, maka dia fikir dia boleh buat apa je terhadap sesiapa pun, termasuklah merampas awek atau pakwe orang.Cis bedebah.
 
 

Ketiga, sebab mereka ni tak reti nak hormat hak orang lain. Buktinya, dia dah tahu yang orang tu dah ada girlfriend, dah ada boyfriend atau pun dah ada tunang, or dah ada wife or husband, tapi si perampas tak guna ni tetap datang menggoda dan memiangkan diri mereka dalam usaha merampas hak milik seseorang itu. Aku biasa sangat tengok benda ni.  So, memang takde tertulis pon kan hukum merampas kekasih orang. Tapi benda ni selalu terjadi. So, nak hukum macam mana?This Is Reality.



Photobucket
 ni namanya "what goes around will comes around."

ini adalah entry peringatan. sila ambil pengajaran. tak kisah la pada pakwe ke makwe ke laki orang ke bini orang ke. jangan ambil hak orang. kalau kita ambik hak orang, orang akan ambik balik hak kita. jangan rampas awek orang. jangan nak berskandal dengan tunang orang. sebab kita tak tahu nasib kita esok lusa. mungkin lagi teruk balasannya. be aware. sekian terim kasih.




 last but not least

 



 


 aku tau aku tak cantik tapi jgn ambek boypren aku! nanti aku sedey wey.pastu
nanti aku ambik balik boypren ko balik , HAHA  bye nite !



credit to blogger :) 

Saturday, 1 December 2012

Library again and again.

 Eh hai korang seminggu sekali update bila dah masuk belajar adalah satu perkembangan yang sihat, lagi sekali saya bawakan anda dari 'Perpustakaan Shah Alam' sebelah club golf seksyen 13, sangat boring hokey ! dah la weekday full of classes bila weekend pun kena mengadap buku, sangat tak cool bila couple dengan student yang bijak bestari ni -__- .  Tak apalah bila awak study, saya pun kena study juga la kan? sebab awak paksa ! hahaha bye .


cerita lain kejap ea, minggu ni masuk dua minggu aku tak jumpa emak, so al-sebab tu macam-macam penyakit datang kat aku, 'kononnya home sick' la kan ? plus dengan cuaca yang sangat tak menentu.

 

 boley dikatakan setiap hari hujan dekat shah alam ni, SPORT THE STICKER *malam tadi chelsea kalah lagi, cian awak ! haha



 ok dah balik semula cerita dekat library, kalau aku dekat shah alam ni, Library la tempat kitaorang dating, kalau tak dekat library, kat mana-mana tempat yang 'encik habang' ni boley bawak aku, asalkan dia boley settle kan keja dia dan masa yang sama dia tak tinggalkan 'haweek' dia terkontang-kanting haha! saya sangat redha sejak kita kenal sampai sekarang awak memang seorang yang sangat kuat bekerja *i love the way you are. (ok dah habis sesi bodek membodek, awak dah boley belanja saya lunch kejap lagi )



demam yang suam-suam suku membuatkan aku tido awal. Mintak maaf ye cik roommate sebab tak ada cerita sebelum tido, nanti saya da baik, kita mulakan aktiviti seperti biasa ye !





weekend  sanggup bangun awal , sebab nak cari ubat demam, *hencik habang je ubat saya nan hado aku nak makan ubat segala hahaha



 muka yang sangat pucat, eh library kat shah alam ni memang sangat sejuk ok, aku yang dah banyak kali datang ni still tak dapat adapt dengan cuaca obersea ni, nak pakai sweater, sweater tak ada. -____-.  disebabkan dekat dalam library ni terlalu sejuk, 'encik habang' saya ni konon-nya study dekat balkony luar la kan ?! tapi selepas beberapa ketika, aku rasa macam dah boring tahap hapa tengok buku, aku buat la sport check tengok 'encik habang' ni buat apa kat luar kan?










tadaaaa !!!







tengok la ni..








 engkau boley tido ! mentang-mentangla kat luar cuaca suam-suam suku, tapi cian awak, 'awak kan bagi kita pinjam sweater awak?! sebab tu la awak kena study kat lua.  phuhhh..





dekat library ni fyi, kalau nak guna 'plug' kena charge singgit untuk satu hari. ok la tu kan?

sangat selesa sweater ni, belikan satu boley tak ? haha

hokayla nak sambung buat note, 'hencik abang' dah jeling-jeling tu, pantang aku pegang laptop sekejap. hoverrr !


bye see u when i see u love u! ;D



Sunday, 25 November 2012

Be confident


hello diary, wake up early like usual, As a student, I lead a life of honesty and simplicity. By habit I get up early from bed phuuuh ! harini kelas pukul 12 noon only one hour, huarrrgh ! sangat penat hokay pergi kelas hanya untuk kelas sejam. Sangat tak berbaloi ! cis tak berbaloi kata ko? habistu tak payah pergi kelas la ye? haha.



permandangan dari kelas, tu highway apa pun aku tak tau, + stadium shah alam + stadium melawati. kelas aku biasanya tingkat 6-8 tak dala tinggi sangat kan? tapi kalau nak naik tangga huish tak dala mananya mak hencik hoiy ! sanggup lagi aku bertolak vs hempit-hempit dalam lif.


diva sangat pergi kelas ! puiyt.


semester ni aku sangat la independent sebab ?! masuk semester empat aku dengan ex-classmate dah pecah belah. huargh sedey bila kami tak sebulu memilih minor yang  tak sama,  kebanyakan mereka memilih ke International Management nak jadi CEO kat oversea letew ! finance banking dengan marketing. Oh men. sedey haku! dan tinggalah kami berdua yang memilih minor yang sama. Tak da terlintas nak pilih minor yang sama pun dengan dia ni, tapi mungkin minat kami yang sama.



mana-mana pergi berdua jela, sebab aku ni sangat la penyegan nak kawan dengan orang baru, rasa diri ini kerdil ( hoiy diam ! jangan nk poyo sangat )

tapi untuk aku berkawan 'berdua' sampai ke sudah tak da lah ken ?

aku mencari initiative untuk berfikiran "super duper positive" i try to negotiate these new classes with new people, sekarang ni kan aku diberikan tugas as secretary on my new project event dalam subject 'service maketing' dalam kelas ni tak ramai so tak dalah aku rasa segan ya ampun, untuk menjalankan tugas sebagai secretary yang angun dan mempesona haha so i try  to start up conversations with some of the people in the group especially with the guy ! oh men aku ni kan sangat pemalu? haha so this is first step.yarh ! diaorang lelaki ni sangat gentlemen sampai aku rasa dah tak sengan untuk berkomunikasi dengan mereka !  semoga paper work yang bakal aku buat, mendatangkan hasil, the first paper work on my own event  gambate ! :)

*sebenarnya bukan aku yang diva, si intan payung ni hover



mak jemah ni banyak cakap so tak dala dia heran sangat !


kan aku cakap bukan aku yang diva, si intan payung ni . hover dia pakai spec letak atas kepala masuk kelas. -___-










Photo: Break time ;)

<3 br="br">


 

“Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.”




DIAM-DIAM UBI BERISI. bye readers.


publish!


Friday, 23 November 2012

Show off rumah baru !

 haiy wasap!  saya bawakan anda dari Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam ! menemani "Encik abang adik" study kata ko,  ko khusyuk sangat study, sampai saya dipingirkan. tak apa untuk future awak, saya sanggup. (apa kena , mengena future ko dengan aku ha ? ) hahaha okay abaikan.

gambar awak kecik je hokay, jangan nk publisti sangat ;P


Minggu ni adalah minggu kedua aku masuk sekolah, dan masuk minggu kedua aku duduk dirumah baru, diantara rumah yang terbaik sejak aku zaman foundation law untiil degree ! walaupun agak mahal tapi sangat berpuas hati hokey ! sebulan RM160 termasuk bil air dan elektrik plus fully furnished ( mesin basuh, tv, peti ais, katil, dapur ) awesome kan ?!


buat masa sekarang ni aku masih belum sempat lagi bersantai, senang-lenang bersama cik housemate kat ruang tamu ni, balik kelas masuk bilik, lepak dan tidur !



 ruang diantara ruang tamu dan dapur.


cermin ajaib (abaikan tong sampah penuh dengan sampah tu )


tempat paling shurga!


 seminggu sebelum !


dah ada langsir dan alas meja la awok !



kasut buruk sejak zaman diploma, ada siapa-siapa nak belikan yang baru?  :)



kebanyakkan masa aku dihabiskan dalam bilik comel saya ! 


dan paling-paling-paling best sebab rumah aku adalah rumah bawah (ground floor) depan taman permainan lagi! tak dalah aku bazirkan lemak aku naik tangga ken? dasar telebey rajin ko ni einaz kan? what to do. T____T


tempat melepak di kala bosan argh cewah  ! hahaha :)

ok la till then ! assalamualaikum readers


publish !