Followers

Sunday 1 September 2013

sambutan hari raya bersama anak yatim rumah 'kesayangan'




kejadian ni jadi seminggu lepas raya, so idaknya i nk igt tarikh dia kan, kami semua satu class yang seramai 58 orang telah bekerjasama untuk meraikan hari raya bersama anak yatim rumah 'kesayangan'. anak - anak yatim ni adalah orang yang sama kitaorang sahur sama-sama. igt ke idak? tak ingat click sini ! masa majlis sambutan hari raya, part aku time ni buat air. jadi kakak buat air la time ni. huiy!
 
 

dengan ayu, zua tukang rasa air. :)

 

 ada sesi "melepak" tengok tv. tema dia santai-santai je.



 dapat duit raya la! :)

 

 dak kecik ni dari sahur aritu memang kerja bekepit je dengan eva !



merah mak ngah sangat mereka ni tau!

 

lagi bersama mereka !

 

selain daripada tu, ada sesi untuk bawak adik- adik ni jalan melawat MSU. 



masa untuk kami makan pulakkk! dap.dap.dap





kesian ayu, lapar sebab dari pagi pagi tak makan. busy katanya. 


sebahagian daripada classmate kesayangan. :)





sesi terakhir sir khairul, bagi duit raya dengan paper . suka sangat mereka :)




dan lastly gambar bersama adik-adik kesayangan, dalam kita gembira berhari raya ingatkah kita pada mereka yang masih kecil yang sudah menjadi anak yatim. sedih. bye selamat hari raya.



Saturday 17 August 2013

diet yang sihat untuk kurus yang sihat.

Hai hari ahad! penah tak korang mengalami simpton macam aku ni "perasan kurus"? dengan perasaan confident yang aku ni masih lagi pada tahap yang tak berapa nak gemuk, puasa dan raya hari tu, makan tak ingat, lapar sikit makan, lapar banyak makan, makan, makan. So akibat confident yang tinggi mengatakan aku ni kurus, semalam nampak mesin penimbang yang menjadi nightmare aku, pergila timbang. last sekali timbang berat 3-4 bulan lepas dan hasilnya. homakaaaiii.. hamik hengkau berat naik mendadak2. naik 5KG. 5KG. 5KG. sedih kau nox, terus tak da mood nak cakap dengan boygphen, boyphen ajak makan terus tak nak, tak ada benda paling menyedihkan bila berat naik mendadak2 Hoiy.. even dia cakap dia tak kisah, dia masih cakap ialss kurus, eh mana ada gemok, biasa je la yang. u macam ni pun cantik, u lagi cantik macam ni, eh u dah cantik tu. hoiy. ialsl kenal sangat ualss jaga hati lebih tau puji la macam mana pun, mesih penimbang tu telah menghancur luluh kan hati ku. ayat memang macam ni. haha.




dah lama perasan pipi semakin kembang dengan pesat, tapi masih perasan kurus lagi memang tak boley blah. 

So dengan confident yang lebih, harus la berdiet dengan cara yang sihat dan google punya google dapat tips dari ni.




1) Mulakan dengan Bismillah.
 
2) Gunakan tangan kanan bukan tangan kiri sebab syaitan akan ikut makan dan minum sekali...tak baik makan tangan kiri tau
 
3) Ambil makanan yang berhampiran supaya tak kelihatan terlalu gelojoh.
 
4) Rasulullah mengalakkan hanya mengunakan tiga jari sahaja ketika makan. 
 
5) Jangan mencela makanan. Ambil makan yang hampir dengan korang dahulu. Yang lebih baik, ambik makanan yg depan mata dulu, pastu baru kisah amik makanan yg jauh dari pandangan.
 
6) Tidak bersandar ketika makan.
 
7) Mula makan dari bahagian tepi (pinggir) pinggan supaya mendapat keberkatan makanan.
 
8) Cara Rasullullah ialah menjilat jari setelah selesai untuk mendapat keberkatan.
 
9) Baca doa selepas makan supaya makanan yang dihadam memberi kesihatan berpanjangan.
 
10) Elakkan berfikir makan semua atau apa-apa. Berpuasa bukan cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Korang perlu makan kalori yang cukup dan menguruskannya dengan bijak.
 
11) Potong buah-buahan yg korang suka dalam potongan yg kecil bagi menggantikan snek yg tidak sehat. No keropok keropok pleaseee...
 
12) Elak makan makanan ringan dari balang. Ini disebabkan korang tidak akan menyedari berapa banyak makanan telah dimasukkan ke dalam mulut
 
13) Pilihlah roti bijirin sebagai kudapan harian.
 
14) Elak makan makanan yg mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca label maklumat pemakanan sebelum makan.
 
15) Rekod semua makanan yg anda makan selama 2 minggu. Konpem korang tak percaya intake korang selama ni camne ghupanya..
.
16) Elakkan or gantikan mentega dengan mentega rendah lemak.
 
17) Rajinkan diri membawa botol air sendiri ke mana sahaja korang pergi. Ini boleh elakkan korang dari minum minuman bergas atau air manis.
 
18) Sekali sekala tu, detox la badan korang. Buangkan benda-benda yg tak baik dalam badan supaya badan sentiasa rasa fresh.
 
19) Jangan skip breakfast dan lunch. Dinner tu, amik la makanan yang ringan seperti buah-buahan.
 
20) Cari geng untuk berdiet. Sebab cara cenggini korang akan lagi semangat nak kurus sebab ade teman yg same-same semangat nak kurus.
 
21) Sebelum start diet, ambik tau tabiat buruk yg boleh rosakkan diet. contoh cam, kalo suka makan snek and malas gi gim, terbalikkanlah tabiat tu erkkk...
 
22) Banyakkan minum air kosong.
 
23) Bile makan tu, banyakkan makan sayur ye. Banyak nutrisi, kalori pun rendah.
 
24) Jangan amalkan diet waktu bekerja je, hujung minggu belasah makan banyak-banyak. cara cenggini memang salah. memang tak nama diet la. kalo nak diet, biar berlarutan sampai ke hujung minggu ye, no skip skip diet.
 
25) Buat jus buah-buahan sendiri mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting, minum tanpa gula yeeee...manis buah tu dah cukup dah untuk badan, takyah nak tambah-tambah lagi dah..
 
26) kurangkan makan salad di restoran sebab salad tu dah bercampur dengan mayonis which is, tak sehat jugak, tak diet jugak..better buat salad sendiri ye..makan saja, takyah la bersoskan mayonis...
 
27) untuk pengemar coklat, pilihlah coklat rendah lemak
.
28) Time PMS memang sedia maklum, selera makan makin menjadi-jadi. so lawan la balik dengan makan kacang almond. at least, boleh kurangkan selera makan yg menjadi-jadi tuu..
 
29) Pilihlah makan yg direbus berbanding yang digoreng, dibakar atau yang bersantan
.
30) Jadikan saderi tu sebagai snek dan teman rapat sepanjang diet,
 
31) Lagi senang kalo dapat korek dari kawan-kawan yang kurus jaga badan, tips yg diaorang amalkan.
 
32) Gunakan penyepit untuk melambatkan metabolisme makanan.
 
33) Kalo bosan dan terasa nak makan je, baik korang cari aktiviti yg keluarkan peluh dan lupakan pasal makanan.
 
34) Bile nak diet ni, tak leh stress, kang tak menjadi. kena tenang, fokus and relaks je..
35) Amalkan yogurt rendah lemak.
 
36) Tambah cili or rempah untuk meningkatkan metabolisme badan.
 
37) kurangkan makan di luar ye, seboleh-bolehnya masak la sendiri sebab kita boleh control sendiri jumlah kalori yang diambil.
 
38) Banyakkan membaca artikel mengenai diet yang sehat dan amalkan.
 
39) Tido kena cukup 6 jam dan tak lebih dari 8 jam.
 
40) Susu soya adalah alternatif yg baik daripada mengambil susu rendah lemak.
 
41) Minum teh hijau tanpa gula.
 
42) Kacang bagus untuk pembakaran lemak yg maksimum.
 
43) Gunakan tangga dari lif. Exercise la skitttt..
 
44) Kurangkan garam dalam makanan.
 
45) Jangan ade bajet untuk makanan ringan. Buangkan dari pikiran nak makan snek ke apeke. Kurang-kurang jimat duit dari perabis ke makanan ringan jee..bleh guna duit tu untuk benda lain plak...
 
46) Pisang adalah makanan diet yg paling terbaik, sebab kandungan kalium yg membantu prestasi otot dan mengawal paras air di dalam badan.
 
47) Makan secara perlahan-lahan, sebaik-baiknya kunyah sebanyak 40 kali seperti Rasullullah S.A.W.
 
48) Vitamin D akan membantu mendapatkan lebih banyak kalsium yg akan mempercepatkan lagi proses metabolisme.
 
49) Minum la teh herba dan jadikan sebagai minuman kegemaran ye walaupun tak sedap.
 
50) Minum segelas air yg ditambah dengan jus lemon skit untuk membantu meningkatkan metabolisme.




Dan ini pulak, menu diet yang boley kita ikut ye ualss.



Hari pertama
  • Anda boleh makan semua jenis buah-buahan kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilihlah yang sihat dan semula jadi (elakkan minuman bergas dan manis).
  • Jus tembikai merupakan minum yang mempunyai kalori paling rendah. Jadi, ia sangatlah digalakkan untuk minum. Selain itu, anda disarankan makan sup
  • Pengambilan nasi amat tidak digalakkan kerana nasi mengandungi jumlah karbohidrat yang sangat tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang bediet.
Hari kedua
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Anda tidak digalakkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Menu untuk sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayonis. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa tambahan.
Hari ketiga
  • Gabungkan makanan hari pertama dan hari kedua
  • Hari ketiga ni anda tak perlu ambil kentang dalam menu diet anda. Gantikan dengan benda lain.
Hari keempat
  • Untuk hari yang keempat, boleh makan pisang dan minum susu rendah lemak. Anda boleh ambil sebanyak mana yang boleh tetapi nasi tetap tidak digalakkan.
  • Sup dibenarkan ( semua jenis sup dibenarkan, tapi lebih elok kalau makan sup sayur je)
  • Ini merupakan hari yang agak berat dan tercabar tapi anda harus kuatkan semangat!
Hari kelima
  • Untuk hari yang kelima, anda bolehlah makan daging (ayam atau ikan sahaja)
  • Makan tomato segar sebanyak 6 biji (maksima)
  • Sup sayur dibenarkan (kurang lemak)
Hari keenam
  • Anda dibenarkan untuk makan stik. Segala jenis stik dibenarkan (yang halal je lah ye)
  • Sayur berdaun disarankan dalam menu.
  • Brokoli juga sangat digalakkan kerana ianya dapat mencegah kanser.
  • Anda dibenarkan untuk mengambil sup.
Hari ketujuh
  • Berita gembira untuk anda kerana anda dibenarkan untuk makan nasi TETAPI hanya beras perang dibenarkan.
  • Lengkapkan hidangan anda dengan jus buah segar tanpa gula tambahan.
  • Sup sayur, sup kentang, sup ayam boleh disertakan sekali dalam hidangan anda.
Kalau anda berjaya lakukannya untuk tujuh hari, mungkin anda dah hilang beberapa kg. Langkah pertama dah lepas, anda bolehlah cuba untuk sebulan pula. Yang penting ialah niat, semangat dan disiplin. Kalau semua itu tidak ada, anda diet macam mana pun tetap tak akan berhasil.


Dengan ketinggian aku 160 cm ni, haruslah dapatkan berat yang ideal. ials tak kahwin lagi, sila la jaga badan. phuhh. gambate! saya akan merindu mu wahai nasi, fast food, junk food. awak semua akan saya jadikan musuh paling ketat!. phsyo gila. hahaha  jom teman kita diet, bye.

Sunday 11 August 2013

Eid 2013.


hai selamat hari raya ke 5 ualsss..


sebenarnya tak da mood nak update blog, sebab gaduh dengan boypgen. haha! so byk gambar dari tulis ye, ala korang bukan rajin beno pun nak baca kan?kan?

dimulakan dengan raya pertama. macam biasa, i ni orang kampung je, walaupun duduk taman tapi tetap nak cakap orang kampung, ! rumah tokmak dekat je, pagi raya lepas solat sunat raya, pergi kubur baru pergi balik kampung, tema jubah raya pertama saya yang pilih! hihih. 



warna pun saya yang pilih emak hijau, erin purple, inaz merah!

 


 ni anak sayang ayah. mana la nak dapat ayah sporting macam ni hoit sep sikit pakcik Thomas! haha
 

pagi raya je dapat beraya dengan adik, petang tu mana tah dia hilang, puit! namanya raya mesti hilang mak kahwin kan dia cepat. haha.

ok gambar sikit je, sebab busy makan. :)


2nd day raya tema kuning! baju ni beli online ! menyesal. dah beli pakai kan jela.. huhu :( dah toksah sedih sgt raya kan? 

2nd day raya rumah kawan emak :)

 

tapi suka lace dekat baju ni, ramai puji cantik even tak selesa dengan jenis kain dia. 




raya ke tiga tak pergi raya mana pun, asyik kau je pergi rumah orang nak jimat kuih ke apa? hahaha. Sabtu emak paksa bangun pagi tolong masa apa yang patut, call kawan semua datang, paksa hari lain tak boleh datang dah. gila kuang ajo tak? haha. tak la sebenarnya cuti sampai isnin je. huhu. 


 

 bangun pagi kemas rumah, tolong masak. biasala adik beradik tak ramai buat la sorang-sorang.


 wawa ni bila dengan tok ma dia, terus senyap .


 

menu untuk tetamu macam biasa raya la ketupat, lemang add dengan soto nasi, sebab inaz tak suka makan soto nasi, i wat soto mee. Dari breakfast, lunch sampai dinner makan soto mee je. sedaaaapp.. haha masuk bakul angkat sendiri. Eh tak boypghen kita datang dengan family dia pun cakap sedap. haha malu bye


masuk raya ke-empat baru ada adik, so sambung beraya rumah siapa yang patut. 



orang pakai kuning dia pakai kuning juga! cebuk. 


yeah! memperkenalkan sikecik anak buah saya. nama dia NUR FARISHA ZARA. nama glamour wawa. baju sama polkadot dengan auntie dia la. :)


di kesempatan ni walaupun dah masuk raya ke-5  nak cakap jawo sikit

"Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin "


tak faham kan? sila la jelez  haha bye. Assalamualaikum. 
 

Sunday 4 August 2013

MELUASKAN PERNIAGAAN BERSAMA KAMI.



Kami dari Final Year student International Business dari Management & Science University (MSU) dapat membantu anda sebagai perniaga dan usahawan, mahupun perniaga online memasarkan produk mereka dengan menyewa tapak  di International Bazaar yang kami akan anjurkan pada 23-25 August 2013 di Dewan Besar MBSA, Seksyen 13 Shah Alam.

Tapak sewa yang kami tawarkan sangat strategik kerana dewan Besar MBSA ini berdekatan dengan Laman Seri Business Park Kolej, PTPL, Unisel, MSU dan Politeknik. kami juga akan menyediakan promosi untuk perniagaan anda, 


Kami bertindak mewakili peniaga untuk mendapatkan tapak niaga dari kami, kami menawarkannya kepada peniaga kecil dan usahawan yang berminat untuk turut serta dengan kadar sewa yang berpatutan dan mampu. Dengan cost hanya RM 350 + Deposit RM100 ( REFUNDABLE). Mana nak cari sewa tapak serendah harga kami untuk 3 hari. Jangan lepaskan peluang untuk meluaskan perniagaan anda.



Bagi meringankan beban kos sewa tapak, kami telah menggunakan pendekatan dengan keluasan tapak  niaga 7x14 kami juga menyediakan 1 meja 2 kerusi, lampu dan kipas.





 setelah beberapa minggu promosi dijalankan hanya tinggal 19 booth untuk di sewa.




Sekiranya anda adalah pengeluar / Pembekal atau Pemilik perniagaan produk fizikal dan ingin meluaskan pasaran, maka anda patut menyertai kami bersama  
"STYLIESTA FIESTA!"
dan boley menghubungi pihak kami 

Intan :  014-7381718
Eva : 012-5299397
Huda : 013 - 2869890  

ATAU SEBARANG PERNYATAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI 

internationalbazaar@yahoo.com
 
first come first serve !


Wednesday 24 July 2013

GOTONG-ROYONG BERSAMA CLASMATES KESAYANGAN SAYA.



Jumaat minggu lepas, kami dari student final year, Wajib organise beberapa event untuk subject GSM. Dan salah satu event adalah "Barakah Sahur Bersama Anak-Anak Yatim Kesayangan" Petaling Jaya. Entry lepas inaz ada post kan, sesiapa yang tak sempat baca boleh click sini. Segala persediaan makananan dan minuman, kami satu kelas bersama-sama sediakan untuk sesi bersahur bersama anak-anak yatim di sana. 




masa ni, dah ramai yang balik sebab, keesokkan harinya ada diantara mereka ada MUET. so tinggal la kami yang ada ni bagi menyelesaikan tanggungjawab. Tugas semua dibahagi kan dan setiap orang ada tugas masing-masing. :)



si pemotong bawang

sebenarnya tugas aku buat sup, tapi bila dah sampai sama semua macam semangat nak tolong kerja orang lain . Apa yang penting kerja sama!



masa kita orang tengah potong bawang ni, Sir Khairul datang ajar macam mana nak senang kan lagi proses pengupasan bawang putih. macam ni caranya, mula-mula letak beberapa biji bawang putih dalam bekas yang bertutup , lepas tu gonjang sekuat hati. goncang! goncang! goncang! lepas tu bukak bekas tu, hasilnya kulit bawang tu terkupas sendiri tinggal tarik je. so selamat mencuba. hihi

 
coi! zua sanggup ke kau nak makan ayam mentah tu. huhu..

 


bersama gadis si- pemerap ayam. hihi

 


 si pembuat air! Yang ni, Alang yang itu Is.

 

si pemotong sayur-sayuran.

 

si pengoreng ayam. itu Ash . yang cangkung tu Meng hihi.



 
oh ramainya si pembuat nasi ayam. nyumm :)
 
 sesi bersama Sir Anuar Sulaiman tukar try test rasa makanan. 
 
 dulu bertiga je selalu, sekarang berempat. Saya bersama Intan yang gedik, Ayu yang rupa nya seakan salina saibi, Huda yang gebu cantik tertarik !

  
Huda dengan Isma . couple of the year. selalu kan bila orang couple sesama mereka dalam class, mesti mereka akan sentiasa bekepit kehulur-hilir. dalam class buat aksi romantik depan classmate lain, mengedik sakan. tapi mereka tidak hokay! even mereka couple dalam class yang sama , langsung tak nampak kegedikan mereka. Sekian luahan tak puas hati. hahahah !


sekian dari saya gambar pasport. haha.

Monday 22 July 2013

LIFE AS FINAL STUDENT 'DEGREE IN INTERNATIONAL BUSINESS'.

bukak2 blog Einaz Shah Rizal Thomas terus lagu raya. OK iklan jap! hihi Alhamdulillah sejak terima offer latter dari MSU for progression student life as become more meaningful, Ok, I know there are a hundred thousand stories similar to mine, and yet I feel my experience with The Secret is a tad bit different. I had never heard about "The Secret" the lots of secret being a collage student. I start from November 2011 dan insyallah tak lama lagi kami semua dah nak intership! kejap je masa. Pejam celik macam biasala orang guna nak belambangkan kejap nya masa tu berlalu kan?


 

yang kanan tu eva dengan lysa, siapa baca dari dulu aku punya blog ni mesti pernah tengok kan muka makhluk cantik ni. kenal mereka dari zaman diploma sampai la sekarang.

 

Intan and ayu kenal dari 1st semester degree.  Over my time at collage, the main thing I have picked up, as a person, is to be more selective about the friends and acquaintances I make. I’m sure you can imagine how overly eager and enthused everyone is to meet you during fresher’s week, but as time goes on, you get to know people better and better, and may discover you simply do not get as people




bila dah nak hujung semester baru jumpa si cantik huda. ok tak tipu kulit dia sangat cantik hokay, jelez mak i nox.

OK moh la kita photoshoot dengan semua classmate saya yang bersama-sama mejayakan bermacam-macam event. dan event lagi event . dan paling tak sabar kesemua event yang kami buat untuk ke international trip. yeah!


mula-mula free style la konon!  i will miss the moment. :'( University or collage  is the best and sometimes most difficult time in a young person’s life. Because you’re not just getting to know hundreds of new people and a new hometown, but you’re also getting to know yourself as you develop and progress as an academic and a personality.


lagi have lots great time with them.


apa yang aku gelak pun tak tau, kan dah bagitau kalau dengan diaorang ni semua mesti tak berhenti gelak tau !


ok marila marila marila marila  bersama kita behave.

The best advice I can provide as kakak-kakak sangat for any new student is to get involved- with everything! rasa menyesal la juga tak involve dari 1st semester, No matter whether you’re mildly interested in a club or society or positively nuts about it, each new place you go and new activity you embrace gives you a chance to meet new people and grow, independently as a person. ok itu sahaj dari kakak korang ni.


Sunday 21 July 2013

BARAKAH SAHUR BERSAMA RUMAH ANAK YATIM KESAYANGAN,PJ

 hai assalamualaikum korang yang puasa atau yang tak puasa, hihi. Jumaat lepas, kami dari final year student International Business memeriahkan sahur bersama-sama Rumah Anak Yatim Kesayangan, Petaling Jaya. 









Photo: Setelah penat bertungkus lumus memotong,memasak,mengemas,membasuh. :)  #ProgramBarakahSahur #AnakYatim

gambar kami selepas penat memotong, memasak, mengemas , membasuh. yeah! semua buat bersama-sama mereka yang lain.



sila terik nafas sebab entry di penuhi dengan gambar sahaja. 





Alysa kawan saya sejak dari diploma. orang tengah sahur dia still melayan adik-adik ni. siap paksa habiskan lagi. hihi




eva juga kawan saya dari zaman diploma juga sibuk melayan. 



nama dia, Amirul dan yang lelaki melayan kerenah adik-adik lelaki kat sini. 


merasa hasil masakan sendiri. Not bad


bila dah kenyang sementara tunggu solat subuh, sesi bermesra dengan adik-adik dekat sini. 



 sesi, pebahagian sedikit sumbangan dari Sir Khairul dengan Sir Anuar.



dapat je terus buka hadiah yang kami beri. happy sangat tengok mereka suka :)

 

kakak boley tak tolong bacak kan saya upin-ipin ni. boley adik :)


dari gelap sampai jumpa matahari even kami semua penat, tapi bila melihat muka adik-adik dekat sini , kita patut rasa bersyukur yang teramat sangat, kita gembira berpuasa dengan family, tapi mereka, masih kecil tanpa di minta, sedih tanpa ibu bapa. hargai keluarga selagi mereka masih ada.

tak tau la nak describe perasaan yang macam mana bila bersama dengan adik-adik dekat sini. semoga mereka  di redhai di dunia dan akhirat. AMIN. sedikit sumbangan harap dapat memberi seribu kebahagian kepada mereka.


TERIMA LA POST TERAKHIR DARI KAKAK NI. BYE ! haha SELAMAT MENERUSKAN AMALAN DI BULAN MULIA NI.