Followers

Tuesday 30 August 2016

KEBAIKKAN SUSU KAMBING KEPADA IBU HAMIL.


Assalamualaikum, :)

Okay 1st entry yang agak berguna sebenarnya sejak kewujudan blog ni haha. Harini Einaz nak share kebaikkan susu kambing kepada wanita yang bergelar emak, ibu, mama , mummy , ummi di luar sana, 

Semua wanita yang bila dapat tau dia di sahkan hamil, pastinya menginginkan buah hatinya tumbuh dengan sihat terutama ialss haha, Alhamdulillah Einaz disahkan megandung semasa janin di usia 4 minggu, awal kan dapat detect hih alhamdulilah di kurniakan putaran haid yang normal, sebab tu bila dah dua tiga hari tak datang haid, dah megelabah hahaha

Dan lepas je tau disahkan hamil, aialss terus amik handphone baca blog megenai pregnancy, tanya orang lagi, yelah excited kan anak first hihi . Ala ualss pun sama kan? kan?kan? haha sebab wanita mengandung semua mahukan yang terbaik bagi janin yang ada didalam kandungannya lagi-lagi yang baru kali pertama disahkan mengandung.




alolo sejut mata tengok hihi, google picture :)

Dan sejak Einaz start introduce #NareenaSusuKambingMaduKurma dekat Facebook Einaz, Banyak yang bertanya-tanya, boleh ke seorang ibu yang sedang hamil minum susu kambing? Susu kambing tidak berbahaya ke bagi kesihatan si janin? oh meh sini Einaz share kan hasil dari Pembacaan di saat ku kerajinan :)

Manfaat Susu Kambing Untuk Ibu Hamil

Apabila meminumnya secara teratur, susu kambing sangat berguna dalam peningkatan kecerdasan bayi serta baik juga bagi kesihatan ibu serta kandungannya. Kandungan yang ada pada susu kambing sangatlah di perlukan bagi ibu hamil. Protein, berbagai enzim dan vitamin yang diperlukan ibu beserta kandungannya sangatlah banyak pada susu kambing ini. Selain sebagai tambahan makanan bagi bayi, ibu hamil juga akan mendapatkan manfaat lain iaini kandungan nutrisi dan gizi semasa perkembangan si janin.




Susu kambing adalah minuman sunnah ye puan-puan. 

Kenapa susu kambing dikatakan minuman sunnah? Para nabi dan rasul sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul pernah memelihara dan mengembala kambing. Susu kambing merupakan makanan pertama yg diperolehi ketika nabi diutuskan. Pada zaman Nabi Adam; Habil dan Qabil membela kambing, Nabi Ibrahim juga membela kambing. Masyarakat pada zaman Nabi Isa juga membela kambing. Hatta Nabi Muhammad SAW juga seorang pengembala dan penternak kambing.


surah yang boleh diamalkan semasa mengandung :) (ehsan google picture)


Susu kambing merupakan salah satu minuman yang sering baginda minum. Baginda Nabi SAW sangat gemar meminum susu kambing dengan tamar (al-athyabin - dua yang terbaik). Ini menunjukkan bahawa pada zaman dahulu lagi susu kambing ini dijadikan minuman para nabi dan sahabat

Okay yang ini antara kebaikan susu kambing secara saintifik pulak ye . 

  okay, yang ini Einaz baca dari Mr GOOGLE, tu sebab dia macam saintifik sikit Hihi kebaikkan susu kambing dari segi sains ye. Kenapa ramai sangat yang cakap yang susu kambing tu tinggi dengan kebaikkan selepas dikaji selidik dala susu kambing tu sendiri ada 

> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda

> Kaya dgn mineral Selenium yang paling tinggi berbanding semua jenis susu dan bertindak sebagai bahan utk membantu  sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida serta dikatakan sebagai senjata efektif  melawan kanser  Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.

  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein)* yang menjadi penyebab utama alahan seperti yg terdapat dalam susu lembu.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  • molekul lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu -proses pencernaan untuksusu kambing hanya memerlukan 20 minit sahajaberbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam


Dekat sini Einaz Boleh simpul belit kan , hahaha kebaikkan susu kambing kepada ibu hamil yang terdapat berbagai kandungan kalsium sangatlah melimpah - ruah hokay. Oleh karena itu, susu kambing juga sangatlah sesuai untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Lebih baik lagi apabila minum susu kambing sejak  mengandung, masa menyusui, sampai ke anak pun bagi susu kambing ni. Ni disebabkan ia sangat membantu memaksimakan semasa pertumbuhan si bayi, serta menjaga dan meningkatkan kekebalan tubuhnya. Kelebihan lain dari susu kambing bagi ibu yang sedang hamil ialah susu kambing ini mempunyai struktur yang sangat lembut, maka dari itu dapat mudah dicerna bagi ibu dan kandungannya, serta yang paling utama adalah tidak menimbulkan allergy. hokay. 

Selain daripada kebaikkan susu kambing ni kepada ibu mengandung ia juga
berhasiat Untuk Wanita:

  • Wanita baru berkahwin
  • Wanita mengandung   
  • Wanita baru bersalin
  • Wanita menyusukan anak
  • Wanita aktif kekal cergas
  • Wanita berusia emas

tu nanti la next entry Einaz share ye 


Semoga apa yang Einaz share ni, memberikan input yang berguna kepada ibu yang sedang hamil tu, jaga diri jaga baby dalam perut tu baik-baik ye. okay entry ini marilah sama-sama kita doa agar kandungan di pelihara sehinga harinya ,


(ehsan google picture)
AMIIN . SEE YOU NEXT ENTRY :)

4 comments:

pingcall said...

Defying sign up the error in Binance? Are you unable to perform a Binance account? If yes, take productive assistance from the well-versed professionals by making a call on Binance contact number 800-665-6722 which works around the year. The agile and adaptable executives are skilled and assist in the right direction that provides latest answers and improvement steps to reduce the error.The executives are working throughout the 365 days and make sure users don’t face any error while performing the resolutions provided by them. https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/

liza said...


Nice posting..thanks.
Ijin..info investasi lahan keluarga di San Diego Hills memorial Park bebas biaya perawatan dan kebersihan selamanya klik
Woodworking Tools best tools WOOD WORKERS

liza said...



Nice post. it is very interesting and informative. Thank you for the sharing.

Gardening Tips Gardening Advice

liza said...


I just want to say thanks for your wonderful post, it is contain a lot of knowledge and information that i needed right now. Now i need to my bolg, you can play game fun, action here :
Gardening Advice Best Advice for Sports