Followers

Sunday, 12 April 2020

BERUBAH UNTUK KEBAIKKAN



Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.

“Susahla nak berubah…..”

“Saya dah cuba, TAPI……”

“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”

“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”

Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut?

Tu persoalannya.

Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.

Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.

Moga kita dapat amal!

****

1) MELAZIMI TAUBAT.


Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.

Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.

Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Amacam? Bolehkan?

2) JAGA SOLAT 5 WAKTU


Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.

Serius, kalau orang tanya saya:

“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya akan jawab:

“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”

Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.

3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.


Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.

Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a)Ada yang mengheret kita ke syurga.
b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!

Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:

“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)

Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:

“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”

Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:

“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”

So, saya saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke, TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke, apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru kau akan jadi kuat! 

Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!

Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.

4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.

Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.

Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.

 Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.

Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.

Ini namanya “memanipulasikan syaitan”

5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.


Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…

Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!

“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”

Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.  Setiap hari:

Istighfar 100 kali.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.
Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.

Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!

Sungguh!

And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?

Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:

"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia. Andai jodoh bla bla bla..."

Apa daaa... Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.

***

Copyright : TARBIAH SENTAP

Sunday, 29 March 2020

POSTING YANG TAK BERILIMIAH


BERJUMPA KITA LAGI SELANG 10 MINIT DARI LAST ENTRY, eh dari dulu blog ni memang sejenis syiok sendiri tak pernah la yang berilmiah haha. So kalini masih mengekalkan concept yang sama. setelah scroll berkali2 (gambar shiok sendiri yang terbaik) saja jela nak tunjuk muka owner blog ni takut ada yang lupa.


1)



2)EH , EH ye ye masih pakai braces tahun bila tah nak bukak.



3) GAMBAR GEGAR NI KAU CAKAP YANG TERBAIK ? APOOO.



Setelah upload baru perasan style tudung sama je padahal gambar semua dari bulan2 yang berbeza, gila tak tak fashionable langsung. deeeerrrrr!




MOMMY ANAK DUA.

ASSALAMUALAIKUM, LAST ENTRY ON 23TH JANUARY 2016 .


Dan harini 30/3/2020 baru kita update (shame on you) haha. Last entry Inaz bagitau yang dah selamat menjadi Isteri kepada seorang Town Planner dan setelah 3 tahun berlalu. Alhamdulillah sudah menjadi mommy kepada 2 orang Putra, yes! PANTAS haha. 




Anak pertama kami Putra Khair Irfan Bin Asnawi dilahirkan pada 16.1.17 which is our anniversary date (16.1.16) the lucky son dan anak kedua kami, juga Putra bertapa happy nya daddy sebab masih geng dia, Putra Hael Arryan dilahirkan pada 25.11.18 (november babies like mommy)

Okay just singgah nak buang habuk je dekat blog ni, jumpa lagi Insyallah baby yang ke 7 haha.

Tuesday, 30 August 2016

KEBAIKKAN SUSU KAMBING KEPADA IBU HAMIL.


Assalamualaikum, :)

Okay 1st entry yang agak berguna sebenarnya sejak kewujudan blog ni haha. Harini Einaz nak share kebaikkan susu kambing kepada wanita yang bergelar emak, ibu, mama , mummy , ummi di luar sana, 

Semua wanita yang bila dapat tau dia di sahkan hamil, pastinya menginginkan buah hatinya tumbuh dengan sihat terutama ialss haha, Alhamdulillah Einaz disahkan megandung semasa janin di usia 4 minggu, awal kan dapat detect hih alhamdulilah di kurniakan putaran haid yang normal, sebab tu bila dah dua tiga hari tak datang haid, dah megelabah hahaha

Dan lepas je tau disahkan hamil, aialss terus amik handphone baca blog megenai pregnancy, tanya orang lagi, yelah excited kan anak first hihi . Ala ualss pun sama kan? kan?kan? haha sebab wanita mengandung semua mahukan yang terbaik bagi janin yang ada didalam kandungannya lagi-lagi yang baru kali pertama disahkan mengandung.




alolo sejut mata tengok hihi, google picture :)

Dan sejak Einaz start introduce #NareenaSusuKambingMaduKurma dekat Facebook Einaz, Banyak yang bertanya-tanya, boleh ke seorang ibu yang sedang hamil minum susu kambing? Susu kambing tidak berbahaya ke bagi kesihatan si janin? oh meh sini Einaz share kan hasil dari Pembacaan di saat ku kerajinan :)

Manfaat Susu Kambing Untuk Ibu Hamil

Apabila meminumnya secara teratur, susu kambing sangat berguna dalam peningkatan kecerdasan bayi serta baik juga bagi kesihatan ibu serta kandungannya. Kandungan yang ada pada susu kambing sangatlah di perlukan bagi ibu hamil. Protein, berbagai enzim dan vitamin yang diperlukan ibu beserta kandungannya sangatlah banyak pada susu kambing ini. Selain sebagai tambahan makanan bagi bayi, ibu hamil juga akan mendapatkan manfaat lain iaini kandungan nutrisi dan gizi semasa perkembangan si janin.




Susu kambing adalah minuman sunnah ye puan-puan. 

Kenapa susu kambing dikatakan minuman sunnah? Para nabi dan rasul sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul pernah memelihara dan mengembala kambing. Susu kambing merupakan makanan pertama yg diperolehi ketika nabi diutuskan. Pada zaman Nabi Adam; Habil dan Qabil membela kambing, Nabi Ibrahim juga membela kambing. Masyarakat pada zaman Nabi Isa juga membela kambing. Hatta Nabi Muhammad SAW juga seorang pengembala dan penternak kambing.


surah yang boleh diamalkan semasa mengandung :) (ehsan google picture)


Susu kambing merupakan salah satu minuman yang sering baginda minum. Baginda Nabi SAW sangat gemar meminum susu kambing dengan tamar (al-athyabin - dua yang terbaik). Ini menunjukkan bahawa pada zaman dahulu lagi susu kambing ini dijadikan minuman para nabi dan sahabat

Okay yang ini antara kebaikan susu kambing secara saintifik pulak ye . 

  okay, yang ini Einaz baca dari Mr GOOGLE, tu sebab dia macam saintifik sikit Hihi kebaikkan susu kambing dari segi sains ye. Kenapa ramai sangat yang cakap yang susu kambing tu tinggi dengan kebaikkan selepas dikaji selidik dala susu kambing tu sendiri ada 

> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda

> Kaya dgn mineral Selenium yang paling tinggi berbanding semua jenis susu dan bertindak sebagai bahan utk membantu  sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida serta dikatakan sebagai senjata efektif  melawan kanser  Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.

  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein)* yang menjadi penyebab utama alahan seperti yg terdapat dalam susu lembu.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  • molekul lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu -proses pencernaan untuksusu kambing hanya memerlukan 20 minit sahajaberbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam


Dekat sini Einaz Boleh simpul belit kan , hahaha kebaikkan susu kambing kepada ibu hamil yang terdapat berbagai kandungan kalsium sangatlah melimpah - ruah hokay. Oleh karena itu, susu kambing juga sangatlah sesuai untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Lebih baik lagi apabila minum susu kambing sejak  mengandung, masa menyusui, sampai ke anak pun bagi susu kambing ni. Ni disebabkan ia sangat membantu memaksimakan semasa pertumbuhan si bayi, serta menjaga dan meningkatkan kekebalan tubuhnya. Kelebihan lain dari susu kambing bagi ibu yang sedang hamil ialah susu kambing ini mempunyai struktur yang sangat lembut, maka dari itu dapat mudah dicerna bagi ibu dan kandungannya, serta yang paling utama adalah tidak menimbulkan allergy. hokay. 

Selain daripada kebaikkan susu kambing ni kepada ibu mengandung ia juga
berhasiat Untuk Wanita:

  • Wanita baru berkahwin
  • Wanita mengandung   
  • Wanita baru bersalin
  • Wanita menyusukan anak
  • Wanita aktif kekal cergas
  • Wanita berusia emas

tu nanti la next entry Einaz share ye 


Semoga apa yang Einaz share ni, memberikan input yang berguna kepada ibu yang sedang hamil tu, jaga diri jaga baby dalam perut tu baik-baik ye. okay entry ini marilah sama-sama kita doa agar kandungan di pelihara sehinga harinya ,


(ehsan google picture)
AMIIN . SEE YOU NEXT ENTRY :)

Monday, 29 August 2016

Business Dan Personal Life.

Assalamualaikum, 

Terkezut tengok pageview untuk entry sebelum ni, ingat tak ada orang nak masuk dah blog usang ni hihi bukan senang nak update blog, setelah 3 tahun tinggalkan, ada idea tapi, cara menyampaian dia susah nak diluahkan hokay, hahaha sebenarnya 7 TAHUN lepas blog ni dicipta untuk personal life, so segala aktiviti yang rajin nak ceritakan mengikut mood adalah 100% mengenai life aku sendiri. tapi tu dulu la ye.

TAPI DISEBABKAN ! dua tiga minggu ni sejak mula dengan business #SusuKambingKurmaMadu nanti akan di selit kan juga dengan input berguna mengenai business yang inaz buat dan ofcoz personal life ye :)


1 ) BUSINESS

SUSU KAMBING KURMA MADU BY NAREENA :)


2) PERSONAL LIFE

gambar 1st time pakai tudung dengan boyfriend, Alhamdulilah sekarang dah jadi husband .

MACAM BIASA LA see you next entry :)
muah ciked. 

Tuesday, 23 August 2016

Saya Kembali !

Assalamualaikum, wujud lagi rupanya blog ni, semalam try la nak bukak blog nasib ingat email dengan pasword lama maka terhasil entry yang pertama selepas 3 tahun untuk last entry, tak percaya cer try scroll entry bawah ni, then tengok last tarikh update blog. hahah! habis bersawang sudah. dalam tiga tahun macam2 dah berubah siapa yang pernah follow/silent reader  blog einaz ni, yang masih ingat cerita lama inaz, saya sudah tidak seperti dulu lagi, 

1-Sudah tidak meluahkan perasaan putus cinta/sakit hati dekat blog! childish sangat. HAHA dulu banyak cerita student life student kan? sekarang? 


2- TIDAK LAGI bergelar student MSU, graduate January 2015



28/1/2015  MENJADI TUNANGAN ORANG :)
Rindu gigi taring tu, kenapa rindu ? mana pergi gigi taring tu nanti kita cerita next entry ye.


Dan FINALLY. Tarikh keramat 16/1/16 . sah bergelar wife kepada Asnawi Bin Muhamad Taib. dan insyallah soon kami dah nak bergelar Father & Mother, doakan dipermudahkan ye.



hahaha. lain kan cerita dulu, banyak dah berubah. Nanti einaz throwback sikit2, doa-doakan la rajin update seperti dulu, rindu nak berblogging sebenarnya. 


SEE YOU NEXT ENTRY YE, Insyallah :)

Sunday, 1 September 2013

sambutan hari raya bersama anak yatim rumah 'kesayangan'




kejadian ni jadi seminggu lepas raya, so idaknya i nk igt tarikh dia kan, kami semua satu class yang seramai 58 orang telah bekerjasama untuk meraikan hari raya bersama anak yatim rumah 'kesayangan'. anak - anak yatim ni adalah orang yang sama kitaorang sahur sama-sama. igt ke idak? tak ingat click sini ! masa majlis sambutan hari raya, part aku time ni buat air. jadi kakak buat air la time ni. huiy!
 
 

dengan ayu, zua tukang rasa air. :)

 

 ada sesi "melepak" tengok tv. tema dia santai-santai je.



 dapat duit raya la! :)

 

 dak kecik ni dari sahur aritu memang kerja bekepit je dengan eva !



merah mak ngah sangat mereka ni tau!

 

lagi bersama mereka !

 

selain daripada tu, ada sesi untuk bawak adik- adik ni jalan melawat MSU. 



masa untuk kami makan pulakkk! dap.dap.dap





kesian ayu, lapar sebab dari pagi pagi tak makan. busy katanya. 


sebahagian daripada classmate kesayangan. :)





sesi terakhir sir khairul, bagi duit raya dengan paper . suka sangat mereka :)




dan lastly gambar bersama adik-adik kesayangan, dalam kita gembira berhari raya ingatkah kita pada mereka yang masih kecil yang sudah menjadi anak yatim. sedih. bye selamat hari raya.