Followers

Monday 11 October 2010

sesi menggemukkan badan edisi kenduri kahwin ;D


Assalamualaikum buddies!
Entah!

Selamat hari isnin. Hari ni hari isnin yang kedua aku cuti maknanya aku ada lagi 4 kali isnin sebelum semester baru, maknanya aku kena habis kan kesemua masa sebelum menyesal dengan mengisi masa dengan mengikut bon*** emah ayah aku. Haha tak la gurau,gurau. Cuti ni aku hanya duduk diam-diam di rumah dan jika emak or ayah aku bersiap jer mula la Tanya. Eh nak pergi mana tu?einaz nak ikut! Haha. Kalau dulu jangan harap la aku nak ikut. Tapi tu dulu sekarang aku nak masa aku sentiasa dengan emak dan ayah aku. Masa ni la aku akan ingat sebab lepas jer dah kahwin nanti dah tak dapat da macam ni kenala ikut bon*** laki aku pulak kan. Ops gatal nya hang ni einaz, u only 21 da fikir pasal kawin.
Ahad yang semalam, Aku dengan rajin nya ikut parents ke kenduri kahwin sepupu emak aku dekat jementah segamat johor. Ala dekat jer dengan rumah aku dalam 15 minit dah sampai rumah pengantin.


Tengok muka budak pemalas yang pakai tudung yang tak bergosok dan akibatnya tekemek sana sini ;p

Memperkenal kan my driver tuan inspector shah rizal Thomas ;D


Dan bersama power puff girls! Kak ira, erin dan aku!

Pelamin dia buat kat luar, jarang kot aku tengok pelamin ada kat luar. Tema dia oren,pink! Cantik sey jarang orang buat warna ni. Striking gila gua cakap sama lu beb!

Masa untuk makan! Ada of cause la nasik minyak minyak kan,pastu daging, ada ayam masak merah, sayur apa tah! Haha and ada French fries class ko.. ;D yang penting semua lauk aku letak dalam pinggan ;) yok makan…

Driver pun kena makan baru ada tenaga kan ayah..*blink-blink kat ayah yang tengah baca blog ;p


Ok dah habis makan bagi penghadaman yang baik kami lepak-lepak dulu. ;D with superwomen pn foziah said.love you!

Sebelum balik kena la salam kaut dulu, emak aku dengan her cousin merangkap sepupu emak dan emak kepada pengantik perempua. ;D
*bagi adat johor salam kaut diamalkan,dia macam ni orang yang datang kenduri kawin tu masa dia nak salam dengan parents pengatin tu,kat gengaman tangan dia ada sampul yang berisi duit seikhlas hati dia bagi kat keluarga pengatin.

Kitaorang tak dapat pun jumpa dengan pengantin sebab kitaorang kena balik awal,encik driver kena kerja tula tugas seorang superman! Haha ampun ayah.. ;D



Dapat souvenir lagi..;D


Ok dah jom balik..

Minggu depan ada dua lagi jemputan kahwin hari sabtu dekat taman sebelah and ahad pulak dekat air mawang negeri sembilan..ada siapa-siapa lagi nak jemput pergi kenduri kawin,aku sedia berkhidmat untuk menghabiskan makanan anda. ;D

BYE!



3 comments:

cikCOKLET:) said...

bestnya pegi kenduri..lma tak mkn nasi mninyak. sedap! kan kan. :)

Eyda Sheyda said...

seronok dpt hadir majlis kawin kan.. tp ntah bila la dpt jadi pengantin d majlis perkawinan.. heheheheh

Leya said...

alala u comel ok <33