Followers

Saturday, 18 February 2012

Derma darah.

assalamualaikum, eh hai ! alhamdulillah, terlaksana juga azam untuk menderma darah. kebetulan hari khamis haritu Faculty health and science At MSU ada buat kempen derma darah, mula-mula tak da niat pun nak bagi, sebab bajet sakit la konon and bila dah kena hasutan dari kawan rasa tiba-tiba ada high confident dan disebabkan ada kawan sejati ;P jadi peneman kerusi sebelah lagi la semangat tu datang. haha. ok disebakan lambakan asingment, aku kongsikan carian google ni je yer. bye


Kenapa kita perlu menderma darah? Ok, darah memainkan peranan penting dalam sistem tubuh badan kita. Tanpa darah, kita tidak akan bernyawa @ sistem badan kita akan berhenti dari berfungsi. Jadi hargailah darah kita. Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia yang amat memerlukan. Tidakkah kita ingin membantu mereka?

Dengan menderma darah, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita. Ibarat sebuah kereta yang perlu ditukar minyak pelincir bila tiba ke satu tahap yang ditetapkan bagi menjaga enjin kereta tersebut. Begitu juga dengan tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak menderma darah sekalipun, akan berlaku proses perkumuhan badan untuk pertukaran darah. Maka, alangkah baiknya kalau kita menderma darah kerana ianya dapat membantu insan yang memerlukan.

Sebenarnya, menderma darah ini boleh disamakan dengan berbekam yang merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Bezanya, berbekam kita mengeluarkan darah yang kotor. Adapun menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa manusia dengan darah yang diambil dari badan kita. Rasanya tak rugi kita menderma darah kerana ianya tidak melibatkan sebarang kos perbelanjaan malah ianya mendatangkan faedah sampingan buat kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita ingin melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kegunaan proses kemasukan Universiti, maka akan dikenakan sedikit bayaran. Adapun jika kita lakukan pemeriksaan kesihatan ini melalui Tabung Darah, ianya adalah percuma. Begitu juga keistimewaan kelas wad sekiranya kita terpaksa tinggal di hospital akibat ditimpa kemalangan. Apa pun, itu semua bukan tujuan utama kita. Yang pasti, ikhlaskan niat kita pada jalan Allah bagi membantu insan-insan yang memerlukan.

Kenapa kita tidak ingin menderma? Antara alasan-alasan yang selalu saya dengar ialah:

(1) Kami orang perempuan kurang sesuai untuk menderma darah. Betul ker? Anda perlu ingat bahawa orang perempuan la yang banyak memerlukan darah. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana, hanya orang perempuan yang melahirkan anak. Banyak kes yang kita dengar ibu-ibu yang mengandung banyak kehilangan darah. Jadi, kalau bukan kaum Hawa sendiri yang membantu, siapa lagi?

(2) Kami kurus. Kami kurang darah. Sepatutnya kami yang perlu menerima darah. Ok, anda perlu tahu bahawa kenyataan anda ini adalah salah. Sekiranya anda kurang darah, sudah tentu anda tidak akan hidup normal. Pelbagai penyakit akan menimpa anda. Kurus bukan penyebabnya. Lagi satu, anda mahukan darah? Begitu juga orang lainkan? Jadi, kenapa tidak ingin menderma? Kenapa kita hanya ingin menjadi penerima? Bukannya pemberi.

(3) Orang yang menderma darah akan jadi gemuk. Ini betul sekiranya anda tidak menjaga pemakanan anda. Untuk pengetahuan, selepas kita menderma darah, tubuh badan kita akan letih kerana kita kekurangan darah. Masa tu kita perlu kembalikan darah kita dengan makan makanan yang berprotein dan berkhasiat. Tapi, sila jaga pemakanan anda. Gemuk bukan kerana kita menderma darah tetapi kerana kita tidak jaga pemakanan kita.



jantung rasa nak gugur masa nurse datang dekat kerusi. ;D si baju sama biru sebelah tu la ayu yang orang yang pling excited nak derma, so excited dia berjangkit dengan aku .

bila nampak jarum lagi la rasa takut mak ai, tapi rupanya langsung tak sakit, kena cubit dengan emak bila kejut bangun subuh lagi sakit tau. gagaga. ;D


dan penuh kan beg tu tak lama pun, dalam lima minit je. see tak ada alasan tak ada masa untuk dermakan darah korang yang belambak tu. ;D

Sekali sekala derma darah apa salahnya kan? Buat amal lagi baik dari buat dosa hehe korang berdarah apa? Aku darah A. bangga darah A sebab bajet, nanti result pun gerenti dapat A. amin :D



1 comment:

Hanania Eedaya said...

suka baca entry awak sebab banyak info selain pengalaman awak...kalau sudi singah la blog saya...hananiaeedaya.blogspot.com