Followers

Wednesday 31 October 2012

aktiviti cuti sekolah :)

Minggu ni masuk minggu yang ke tiga my semester break, dan kurang dari tiga minggu aku akan start class, hadoi ! strees, stress mak hencik, dalam tempoh tiga minggu ni aktiviti yang sama dan berulang sampai aku habis cuti, lets start from early morning, yah matlamat aku cuti ni adalah untuk,menghabiskan puasa ganti " tertungak", "tertunda" , "termiss" tu, kalau kat Shah Alam nan hado la aku nak puasa, setan ni rajim lagi besar bila aku kat sana. that's why i really hate when i sholud go back to school T___T


 Note : entry ini sangat la pajang berjela-jela tarik nafas sayang

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
-
-
_
_
_
_
_



Hokey, di mulakan dengan alarm bingit emak kejut bangun sahur kalau tak puasa, bangun sembahyang emak kejut dari pukul  545 pagi tapi Setan kan besar kul 630 pagi baru  la mata terbukak besar tu pun lepas mak saja pancing aku, bukak tv kuat-kuat dengar ' 30 minit bersama Ustaz Don.'  OHOIYYYY, tak penah lepas ok i dengan itu ustaz sempoi..  lepas tu,


7.00 lebey sikit:  Aku akan teman emak breakfast sebelum dia pergi office, siapa yang buat breakfast? please la jangan tanya, semestinya bukan haku, sebab dari azali nya aku tak suka makan pagi, so automaticaly bukan aku yang buat. The part yang ni aku paling tak sabar sekali bila emak lambat je pergi ofice, aku mula la tanya nak dekat dua puloh empat kali dekat dia, "emak, tak pa ke lambat masuk ofice? " "eh emak dah pukul bapa ni, bukan emak masuk kul 8 ke?"  motif ?



7.45 dan ke atas : hoyeh, heaven haku hokey bila emak dah pergi kerja, sambung tido balik tanpa ganguan, actually bila emak tak kerja (wekend)  dia tak penah kacau pun nak tido lepas subuh, tapi kan tak best bila emak ada kat rumah dengan aku yang jarang balik tak spend time dengan dia, bila wekend lepas subuh aku menghabiskan masa dengan emak tengok tv, dan secara tak sengaja atau tersengaja tertido depan tv sebab?! emak bukak channel  Tanyala Ustaz tv9, ( nampak jugala aku ni ada initiative nk tgk ceramah, padahal nan hado ) lagi setan nirajim.


kroh, kroh.okay ni bunyi dengkuran tido lepas emak pergi keja tadi.. hahah



9.30 -10.30 : ikut suka hati aku la nak bangun pukul berapa kan ? ( dengan bangga nya aku rasa  bakal mak mertua tak baca kot blog aku ni ) note: dah tak ada time dah, kiranya lepas bangun je dari tido, kerja aku sebagai bibik bermula, basuh baju, kemas rumah, sidai kain, acah-acah  kemas rumah lagi, padahal rumah tak dalah sepah mana pun, sambil mata tengok tv tukar chanel sampai nak tercabut button remote. Tapi standard la pagi kan cerita dia berulang je. balik-balik aku akan tengok chanel TLC ( 707) , ok dah boring main remote, tutup tv,



12.30 noon : masak, masak, masak, hari-hari kena fikir nak makan apa!? bila aku puasa pun kena masak juga, sebab abang kesayangan nak makan sebelum dia pergi keja, kadang-kadang emak dah sediakan menu tingal nak masak je, dan aku sangat kagum dengan suri rumah tangga yang boley masak setiap hari dengan lauk yang berbeza. Fyi family aku ni adalah family yang berkejaya,( wargh sangat  la kan-_-)  memang jarang sangat masak kat rumah, bila masak pun, time semua orang ada kat rumah, kalau tak membazir je.



1.00 lebey : baru  ingat nak mandi sebab bau BADAN sedap sangat, eherm :p  sembahyang zohor, rehat penat kot jadi bibik, memang patut bibik mintak naikkan gaji. phuhh



2-3 pm : online, bloging, you tube, megeratkan silaturahim sesama manusia kata kau..


4 pm : yargh emak aku memang sangat bertuah sebab aku akan tengok tv secara non stop hanya bermula pukul 4  and this is isi intikarepap cerita yang tak pernah aku tinggal

4-5pm : pengantin untuk dijual (Prima)
5-6 : Tiara (Prima) "oh adira cantik,gebu,mulus nya kulit engkau jelez haku hokeyT___T
6-7 : impostora (Bella) 
7-8 : Julia (TV3)


Iklan kat tv3 tu  panjang yang amat kan ?! mandi tunaikan kewajipan sebagai muslim, ;D


Lepas je isyak jangan harap la aku dapat pegang remote tv, emak dah conquer dulu nak tengok master chef, takapa bagi chan malichan kat emak, kan satu hari dia keja. alo cian dia penat nak rehat juga kan?  ha acah-acah baik kan aku,  sebab apa? tunggu la dua tiga puloh minit emak baring depan tv dah terlelap. pukul 10 macam tu dah masuk bilik nak sambung tido, dengan aku, aku sekali la masuk bilik, "air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya hokey !" aku, masuk bilik bukannya tido pun, apa yang aku buat? huargh mey sini aku nak bagitau satu daripada cita-cita aku kan, nak jadi researcher sebab tu la aku suka online, online, online.  huah alasan :P


Pejam celik, pejam celik aku dari azali nya dikenali as "burung hantu" memang tak la kan tido awal rupanya dah pukul 3 pagi. so korang tau lakan kenapa aku suka tido lepas subuh kiranya kena juga cukup 7-8 jam masa tido aku,  tido time :)



Ok dah boley hembus nafas, semput..........  and that's my schedule during semester break, sangat boring kan? Ha ! itu la aku suka buat sebab bila dah start class jangan harap la aku nak pegang penyapu, kuali, tengok cerita kegemaran, bergurau dengan emak, oh akan rindu bila dah balik shah alam nanti. bye readers :)
 

Sunday 28 October 2012

Part 2- hulurkan tangan, ringankan beban

Ini adalah entry dari sambungan yang ni "part 1" (click la untuk siapa yang tak tau )aku memang tak sengaja pun nak buat part 1, part 2 ni tapi bila check folder tengok ada gambar yang tertinggal opcoz la i nak menempek kat belog kan, sebab belog ni jela harta peningalan kat cucu cicit kot-kot la kan kalau simpan dekat latop bukan ley tahan lama pun,kalau la hilang kan nangis hakuu. T___T

tak mola cerita banyak sebab da cerita dekat entry "part 1" so topup dengan gambar jela ye..


 ha ingat tak aku ada cakap kitaorang dibahagikan dengan bahagian masing-masing kan, ni geng haku, kitaonrg dikenali sebagai group wonderland huahauahau ;D gelak besaq, nak tau tak napa kitaorang kena pangil macam tu? next entry la ye.. 



 tuan rumah, terima kasih bagi pinjam selipar ye :)

 nila gambar sebelum, gambar selepas dekat sini " part 1 " :)


ni lepas kami buat kerja dalam rumah, 


 hey sexy ladies whop,whop ;)


love you ! i will miss this moment <3 font="font">

BYE READERS .

Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H

Asslamuamalaikum, eh hai korang ;D

firts of all  i just want make a wish to all dear readers and fellow blogger who celebrate Happy Eid, May Allah bless you. and may you have a joyous Eid celebration, i hope all the pilgrims return safely to their homes.. balik kampung oo balik kampung,hati girang, aku tau semua orang dan kebanyakan korang-korang yang bijak bistari mesti dah tau pun kan asal usul kenapa kita meraikan aidil adha ni ? tapi tak apa kan kalau nak kongsi hihii :)
 
 
 
  Macam ni cerita nya, aceywah pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail.


Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, I


smail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”


Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”


Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya,


 “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.



Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.


Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.






 Semoga kita lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan daripada sejarah para nabi. Wallahualam. bye see u when i see u again. love




 
 

Monday 22 October 2012

part 1- Hulurkan tangan, Ringankan beban :)


Assalamualaikum,

ha! semangat update :) merah mu bara, semangat waja. ok kali ni event untuk comunity service for subject "international business". untuk group" kami", "kitaorang" "kami semua" decide untuk buat charity membantu orang yang kurang berkemampuan. yes! bagi aku yang first time untuk charity bagai ni kan its awesome. sangat teruja dari sebelum kami datang, sehingga dijadikan heaven bagi tuan rumah ( bagi si minah propa ni cakap memang nak up je huahauahau ) alhamdulillah


 

our group leader during discussion with sir khairul



location : Kampung Nelayan, Port Klang, Selangor


 

kami dihadapan rumah, sepasang warga emas di Kampung Nelayan Klang

untuk charity ni kami dibahagikan dengan 4 group 



 1) siapa rasa dia lelaki semua dekat bahagian luar rumah, dalam hati ku berkata "pergh tak aci siut, luar tu bukan banyak keja sangat". selang beberapa minit, tengok


hokay nasib baik aku bukan lelaki hamik engkau diaorang kena tebang, pokok sebesar pokok balak! ok tipu bukan pokok balak tapi besar la.. dahlah besar, lepastu kena angkat pokok yang telah ditebang, ranting-ranting dikutip tak kira dengan daun-daun nya lagi.. kesian dey lor takpa besar pahalanya sebesar pokok tu ;)




2) yargh bahagian tengah rumah, ( bahagian aku ni ) hew,hew,, tak ada gambar sebelum tapi ni gambar selepas. 


3) bahagian dapur ni pun gambar selepas ye tuan, puan




dan yang terakhir bahgian ruang tamu. alamak aci la kan gambar selepas juga, kami di jamu oleh tuan rumah dengan kuih-muih terima kasih tuan tanah :)





dan lastly, untuk adil dan saksama kami semua kemas beramai-ramai di bahagian luar rumah



alhamdulillah, pengalaman pertama membantu orang yang tak berkemampuan dan yang tak dapat aku lupakan :)


semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur. Percayalah, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Betapa banyak yang kita bersyukur? Tepuk dada, tanyalah iman kita. and for the lastly, me wanna wish you guys Happy Eid Aidiladha to all the muslims. Siapa yang balik kampung tu, harap selamat sampai lah di tempat yang korang tuju. Biar lambat, asal selamat. Wahh gittew. Okay lah, just wanna wish you guys again, Selamat Hari Raya Aidiladha. Jangan nakal nakal tau? Hihi have a great and blessed eid, bye readers !



Trip To "Boustead Naval Shipyard"


eh hai, assalamualaikum !
sem lepas adalah sem yang paling best ! ada trip,event ada macam - macam la. untuk entry ni i with classmate join trip yeah! for subject "logistic management"

location :Boustead Naval Shipyard Lumut,Perak.






standard la bila sampai masing-masing muka beria dengar. huahuahuah! ko tengok la nanti, tengok........ grrr




yeah my beloved classmates :)



                               ha, dapat makan free lagikkk. lauk-lauk kampung lagi nyum,nyum




lagi, lagi lagi...


ha tengooook, mula la tu tak nak dengar tak boley focus dah dong.. -_-


 yang lain ni focus sebab dekat ngn madam kalau tak huahauhauahua ;D


OK la itu sahaja , see you when i see u.. bye readers :)

Sunday 21 October 2012

life as student 'propa' busy bagai -__-

 
 
 
eh hai! Assalamualaikum,
 
Omooo 2nd week on mysemester break! (jangan nk bunyi macam-macam la kan) puiyh! Lama tak update blog.This is my second entry for fourth semester at MSU,so i have 2 semester left lompat tinggi-tinggi! .So,just make it short.( LAGI NAK SHORT,EVEN TAU BLOG TERBIAR LAMA)
 
 
 ( ey ter copy pulak gambar lama, takut korang dah lupa owner blog ni. huiy,huiy :P )


 
 
eh teeeerrr lagi hahah
 
Okay ini alasan biasa seorang student. bila blog terbiar quiz! test! quiz! test! quiz. that is what i have for the whole weeks sampai blog lama terbiar, okay tu propaganda semata-mata. As my last semester result was like phuuhh ( dengusan kekecewaan disitu) tula main banyak sangat kan dah! u deserve it inaz! So,this semester I try my best to grab the best pointer .I want to make a great improvement  on my study. And this semester is killing me with dozens of assignment, almost every night I had discussion to finish up my assignment ( hoiy asyik nak propa je ko ni -__-) As far as I can see,this assignment do help me to increase the course work marks for each subjects. Alhamdulillah,compare to last semester,my marks for every test in this semester were better.Good as long as I don't fail or almost fail.I'm grateful for that. *proud of myself even tak kenal malam ke siang, siang tido malam berjaga, oh nenek si bongkok tiga..
 
 
 
 
This semester also,I get to know my classmates closer especially the guys.yarh i know i like macam sombong duduk lombong tak tegur dengan mereka, sebab ada several event yang terpaksa i combine dengan diaorang si jejaka, maka i now the guys, rasa menyesal tak kawan dari dulu sebab mereka sangat membantu especially final aritu, thanks allah ! sumpah wey, boy its better than gilrs, Learning  together, sanggup ajar aku berulang-ulang-ulang kali.( nampak gatal disitu tapi nak buat macam mana kalau diaorang tak kedekut ilmu dengan saya) Well,it take time to get knowing them ,either boys and girl. What ever it is, i learn to get more friends during my degree :)




hokay tu yang kita tunggu tadi cakap short tapi bila dah start type tak boley berhenti, until then, see you when i see you! tak promise bye bloggers, bye readers:)