Followers

Thursday 27 June 2013

Lelaki panas baran. Not my taste!

assalamualaikum, hari jumaat yang penuh barakah :)

 

 muka aku ni ada macam muka panas baran tak? hahaha. 


aku selalu berdoa. harap harap suami aku nanti bukanlah terdiri daripada jenis yang panas baran. aku bukan terlalu memilih. aku cuma nak kan lelaki yang sayang dan kasih pada aku. marahnya dikawal. aku tak nak lelaki yang mudah menghamburkan kemarahannya sesuka hati.teeetttt...

ok. mukadimah karangan versi spm. dulu kemain failed lagi buat karangan.

haha. umm. cakap pasal panas baran ni. aku cuma nak kongsi dengan korang cara-cara mengenali lelaki yang panas baran ni. Aku bukan prejudis terhadap orang macam ni cuma aku berapa tak suka je sikap tu.Sebenarnya totally tak suka and susah nak terima lelaki panas baran ni, dengan sifat aku yang sememangnya tak boley kena tengking. Nak tegur boley, tapi dengan cara yang betul la. ada beberapa way kita nak kenalpasti sama ada lelaki tu panas barak ke idak? moh la kita.


1) datang lambat masa dating / terpaksa tunggu GF siap.

ni bukan taktik kanak-kanak. cuba lah korang kalau keluar. korang terlambat kan diri dalam 10- 15 minit. cuba korang tengok ape yang dia akan cakap?  kalau dia marah korang macam korang buat jenayah antarabangsa. sah! lelaki tu memang panas baran. Chill la, standard la tu kan lambat sikit, nak marah tu tak salah, tapi tegur dengan cara yang halus kan boley? tak boley? memang tak kan ada perempuan la tahan dengan engkau. puit!


2) mintak ajar sesuatu

ni pun sama. korang mintak dia ajar sesuatu. bila dia mengajar sambil ayat-ayat tak sedap keluar dari mulut dia. sah!. memang dia panas baran. Contohnya : "Haih. benda ni pun tak reti lagi? tu lah banyak sangat makan semut, aku ajar kali ni kalau kau lupa lagi. Nahas!" - err. ok. menakutkan!! lagi-lagi orang macam aku ni tak habis2 tanya, dan suka sangat bertanya. dapat laki yang panas baran. asyik kena maki la jawab nya kan? HUhU


3) layan anak buah / adik korang.
ko tengok dia layan budak kecik macamana, kalau muka dia jelas jelas tunjuk muka benci, menyampah kat bebudak. memang sah! korang kena pikir. esok esok kalau korang da kawin. da ade anak. nah! macamana lah nasib anak korang nanti! penting n hokay!


4) cemburu ikut nafsu.

yang ni memang. kalau kau mengomen facebook dengan budak umur 13 tahun pun dia nak cemburu sampai tumbuk tumbuk dinding. baik toksah. selalunya lelaki panas baran akan cemburu dengan benda yang kecik-kecik dan remeh. contohnya. dekat kedai makan. waiter datang ambik order. si awek " bang bagi mee lakna 2, air sirap limau 2". senyum mesra dekat waiter. waiter blah dari situ. si pakwe pun bersuara " amboi. kemain lagi senyum. panggil abg2 pulak tu". habistu, nak sombong muka masam macam cacing kerawet? herghh! teeeettt!.


ok. banyak lagi sebenarnya cara nak tengok orang panas baran ni. masa jem kat jalan raya. masa bayar dekat cashier yang lembap bila punch barang kat kaunter. masa kena tegur bila buat silap. haishh. semua tu boleh tengok dia panas baran ke tak.

err. aku malas nak bagi contoh bebanyak. takut ade yang terasa. nahas aku.

tapi kan. lain orang lain taste jugak kot. bukan semua orang tak suka laki panas baran ni. buktinya. ramai je yang kawin dengan lelaki kategori panas baran ni. bahagia je. mungkin si isteri ade rahsia camne nak sejukkan hati lelaki panas baran ni. huhu. 
  

SAY HAi TO MY SWAG !
 
 

1 comment:

alicia narin shah said...

Salam... bf aku pn pns baran..bt slh cket.. dy punye lenting...mcm d0se besa sgt... bile buat dy mrh...dy maki kaw2 habis..smpai lupe kite ni sape.... 1 kali kite saketkn hati dy...begande dy lagi2 sakitkn hati kite... tp bf aku ni kelaka org nye..bile dy melawak...pecah pr0t hbes..dy la pghib0r kdg tu..pnyayang pn ye... tp kne lebih bhati2 sgt2 dgn bf ni. bile time dy marah..bia kn dy ambek mase dy dulu.. kite jgn desak jgn push jgn ganggu.. nanti kluar prangai singe mengand0ng die...garang tuuu... mase mule2 bcinte dulu...ade la perasan cket..tp aku bt xtaw je.. dah hampey 1 tahun bcinte..mak aiiii.....grg mcm singe lap0 woii....jgn men2...ni dah 3 tahun bcinte..baran tu mmg tetap ade..tp kite jgn bt hal... aku ingat lagi..aku penah s0und die..aku ckp...dalam badan die tu byk jin syaitan....grg sgt.. die ok klau kite xbt hal..jge hati dy baik2 sperti die jge hati kite..