hai selamat hari raya ke 5 ualsss..
sebenarnya tak da mood nak update blog, sebab gaduh dengan boypgen. haha! so byk gambar dari tulis ye, ala korang bukan rajin beno pun nak baca kan?kan?
dimulakan dengan raya pertama. macam biasa, i ni orang kampung je, walaupun duduk taman tapi tetap nak cakap orang kampung, ! rumah tokmak dekat je, pagi raya lepas solat sunat raya, pergi kubur baru pergi balik kampung, tema jubah raya pertama saya yang pilih! hihih.
warna pun saya yang pilih emak hijau, erin purple, inaz merah!
ni anak sayang ayah. mana la nak dapat ayah sporting macam ni hoit sep sikit pakcik Thomas! haha
pagi raya je dapat beraya dengan adik, petang tu mana tah dia hilang, puit! namanya raya mesti hilang mak kahwin kan dia cepat. haha.
ok gambar sikit je, sebab busy makan. :)
2nd day raya tema kuning! baju ni beli online ! menyesal. dah beli pakai kan jela.. huhu :( dah toksah sedih sgt raya kan?
2nd day raya rumah kawan emak :)
tapi suka lace dekat baju ni, ramai puji cantik even tak selesa dengan jenis kain dia.
raya ke tiga tak pergi raya mana pun, asyik kau je pergi rumah orang nak jimat kuih ke apa? hahaha. Sabtu emak paksa bangun pagi tolong masa apa yang patut, call kawan semua datang, paksa hari lain tak boleh datang dah. gila kuang ajo tak? haha. tak la sebenarnya cuti sampai isnin je. huhu.
bangun pagi kemas rumah, tolong masak. biasala adik beradik tak ramai buat la sorang-sorang.
wawa ni bila dengan tok ma dia, terus senyap .
menu untuk tetamu macam biasa raya la ketupat, lemang add dengan soto nasi, sebab inaz tak suka makan soto nasi, i wat soto mee. Dari breakfast, lunch sampai dinner makan soto mee je. sedaaaapp.. haha masuk bakul angkat sendiri. Eh tak boypghen kita datang dengan family dia pun cakap sedap. haha malu bye
masuk raya ke-empat baru ada adik, so sambung beraya rumah siapa yang patut.
orang pakai kuning dia pakai kuning juga! cebuk.
yeah! memperkenalkan sikecik anak buah saya. nama dia NUR FARISHA ZARA. nama glamour wawa. baju sama polkadot dengan auntie dia la. :)
di kesempatan ni walaupun dah masuk raya ke-5 nak cakap jawo sikit
"Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin "
tak faham kan? sila la jelez haha bye. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment