Followers

Friday, 12 November 2010

class bermula. ready one to go! (:

ASSALAMUALAIKUM WBT!.Harini adalah hari pertama aku register semester akhir aku di kolej dan dapat result Alhamdulillah result yang tak disangka –sangka buah menjadi nangka walapun!. mengikut intonasi azwan haji ali tak adalah se OK semester lepas dan lepas tapi syukur sebab tak KO ;D ! eh Haiy tan srik kolej.. sampai hati tan srik kolej suruh aku register padahal aku tak puas lagi bersuka ria dekat rumah dah kena masuk kelas. Sub.sub. harini masih lagi bersenang lenang dan esok bermula la bersenang susah bersama-sama rakan sekelas.



click untuk tumbesaran gambar !

Gambar ini dilukis oleh encik bob ! class mate aku time dia rasa dah pandai sampai dah malas nak dengar lecture then dia terus lukis gambar kedudukan kami di class . cantik kan.. angguk kepala cepat kalau tak aku suruh bob sekeh! Haha tak gurau jer. Cepat cari nama dan tempat duduk aku dalam class! Cari kalau jumpa nama aku suruh bob belanja. ;D



Ok la mahu bersenang-senang bersama kawan-kawan ketika senang dan susah sebab dah sebulan lebey tak jumpa mereka. have a nice day. And selamat bercuti kepada bani! kerja baik-baik iyer dapat gaji jangan lupa ;p sedap tomyam malam tadi. Eh bukan bani jer kepada mereka yang sedang bercuti juga..

Bye!







ps: terima kasih kepada yang dah belanja makan brrk seminggu aku tidak mengeluarkan duit poket yang dah bagi hadiah tu.. nanti sayer pakai kasut, baju-baju , tudung yang cantik , beg yang selama ini sayer idam-idamkan dan terompah surau tu ;p yang dah buat kad tu akan ku frame kan. haha lagi -lagi badi sesiapa yang dah buat suprise yang tak berapa menjadi tu, haha tapi menitik peluh eh bukan air mata juga la. ;'D terima kasih banyak-banyak muah banyak-banyak kat korang !


Friday, 15 October 2010

kawan baik dan kawan jahat.

\

Assalamualaikum..

Kawan bila susah dan senang

dalam hidup aku ni aku baru jumpa two groups buddies yang aku rasa diaorang yang cuba buat hidup aku ni sentiasa tersenyum walaupun aku sememangnya suka senyum ;p

1) My devil!

Bila aku sedih diaorang ni tak pernah Tanya napa aku sedih. Tapi diaorang tahu yang aku memang tengah sedih, and Diaorang ni terus buat aku happy macam nak gila. Benda yang dia selalu buat ialah memalukan aku. Aish gila tak aku ?? bila orang lain malu kan aku and aku happy. Diaorang tak malu kan aku teruk-teruk pun. Benda yang diaorang selalu buat ialah pasang lagu kuat-kuat kalau lagu biasa-bisa tak palah ni lagu remix macam dekat club tu. * eh aku tak masuk club tapi aku tahu la ;) pastu diaorang boley berjoget kat dalam kereta si myvi hitam turbo diaorang tu sambil bukak tingkap just belah aku punya je,and joget macam orang gila and bila orang nampak jer kereta kami ni macam berlakunya gempa bumi! Shit. Malu gila bila kereta sebelah nampak aku. Walaupun malu tapi aku happy sebab masih ada orang lagi faham apa yang aku rasa tanpa perlu cakap “hey korang tak tahu ker aku tengah sedih ni.? ;p” Aku rindu sangat kat tasya,shima,shahrul,eddy ;’D naik semester ni tolong la jangan buat spoil lagi yer…..

2) my angel

Bila aku sedih dengan diaorang jer la aku boley cerita,walaupun benda tu memalukan aku, diaorang banyak support aku. Bila aku rasa down dalam class diaorang juga yang banyak membebel ;p sebab diaorang akhirnya aku sampai in final year. Sebab aku seorang yang cepat patah semangat bila ada sesuatu perkara sedih yang tiba-tiba datang dekat dalam hidup aku. Alhamdulillah allah kurniakn aku sahabat yang baik seperti mereka.


Kawan bila senang ramai,kawan bila susah jarang kita jumpa kan.

Bye!

Monday, 11 October 2010

sesi menggemukkan badan edisi kenduri kahwin ;D


Assalamualaikum buddies!
Entah!

Selamat hari isnin. Hari ni hari isnin yang kedua aku cuti maknanya aku ada lagi 4 kali isnin sebelum semester baru, maknanya aku kena habis kan kesemua masa sebelum menyesal dengan mengisi masa dengan mengikut bon*** emah ayah aku. Haha tak la gurau,gurau. Cuti ni aku hanya duduk diam-diam di rumah dan jika emak or ayah aku bersiap jer mula la Tanya. Eh nak pergi mana tu?einaz nak ikut! Haha. Kalau dulu jangan harap la aku nak ikut. Tapi tu dulu sekarang aku nak masa aku sentiasa dengan emak dan ayah aku. Masa ni la aku akan ingat sebab lepas jer dah kahwin nanti dah tak dapat da macam ni kenala ikut bon*** laki aku pulak kan. Ops gatal nya hang ni einaz, u only 21 da fikir pasal kawin.
Ahad yang semalam, Aku dengan rajin nya ikut parents ke kenduri kahwin sepupu emak aku dekat jementah segamat johor. Ala dekat jer dengan rumah aku dalam 15 minit dah sampai rumah pengantin.


Tengok muka budak pemalas yang pakai tudung yang tak bergosok dan akibatnya tekemek sana sini ;p

Memperkenal kan my driver tuan inspector shah rizal Thomas ;D


Dan bersama power puff girls! Kak ira, erin dan aku!

Pelamin dia buat kat luar, jarang kot aku tengok pelamin ada kat luar. Tema dia oren,pink! Cantik sey jarang orang buat warna ni. Striking gila gua cakap sama lu beb!

Masa untuk makan! Ada of cause la nasik minyak minyak kan,pastu daging, ada ayam masak merah, sayur apa tah! Haha and ada French fries class ko.. ;D yang penting semua lauk aku letak dalam pinggan ;) yok makan…

Driver pun kena makan baru ada tenaga kan ayah..*blink-blink kat ayah yang tengah baca blog ;p


Ok dah habis makan bagi penghadaman yang baik kami lepak-lepak dulu. ;D with superwomen pn foziah said.love you!

Sebelum balik kena la salam kaut dulu, emak aku dengan her cousin merangkap sepupu emak dan emak kepada pengantik perempua. ;D
*bagi adat johor salam kaut diamalkan,dia macam ni orang yang datang kenduri kawin tu masa dia nak salam dengan parents pengatin tu,kat gengaman tangan dia ada sampul yang berisi duit seikhlas hati dia bagi kat keluarga pengatin.

Kitaorang tak dapat pun jumpa dengan pengantin sebab kitaorang kena balik awal,encik driver kena kerja tula tugas seorang superman! Haha ampun ayah.. ;D



Dapat souvenir lagi..;D


Ok dah jom balik..

Minggu depan ada dua lagi jemputan kahwin hari sabtu dekat taman sebelah and ahad pulak dekat air mawang negeri sembilan..ada siapa-siapa lagi nak jemput pergi kenduri kawin,aku sedia berkhidmat untuk menghabiskan makanan anda. ;D

BYE!



Tuesday, 14 September 2010

Aku la bibik yang terpelajar (:

ASSALAMUALAIKUM WBT.

haiy selamat pagi muka busuk! semoga aku yang bangun pagi ni dilimpahi dengan rezeki dan aku doakan korang yang bangun pagi ni pun sama ok.. yang bangun lambat tu buat-buat la taubat hahahah. ceh padahal pagi tadi emak aku da jadi macam tarzan kejut kan aku " EINAZ BANGUNN SEMBAHYANG,DAH PUKUL BERAPA DAH NI!!" ha ambik ko sakit telinga,tapi suara ni yang aku kana rindu bila cuti dah habis T_T . ok dah-dah emo pulak pagi-pagi ni kan..Bangun pagi dengen seribu senyuman yang cuba diukirkan untuk mendapat semangat semula selepas mengalami simptom ubat batuk yang amat dasyat malam tadi,aku tidur seawal 1030 malam. dan pagi ni dengan satu kekuatan bangun pagi,pagi terus ON latop terus update blog hahah gila padahal dah set kat mind bangun tidur nak kemas rumah,basuh kain,lipat kain yang dah bertimbun macam gunung everest. haish dah macam bibik dah aku rasa. hahah tak pa kalau kita buat dengan ikhlas dapat pahala tau.. ;p ya allah, tiba-tiba aku rasa dada aku nak tercabut bila aku rasa yang aku ada satu lagi tangungjawab selepas aku menjadi bibik ni aku kena kembali ke alam nyata yang aku akan mengalami final exam isnin hadapan. ini tahun pertama aku exam lepas raya sebelum ni pengerusan kolej aku pandai jer aturkan jadual exam sebelum raya, tiba-tiba jer tahun ni aku kena exam lepas raya tak syurga langsung raya tahun ni. T_T ni aku nak tempek sikit jadual exam aku..semester ni aku just ambik enam subject.

monday - 20 september 2010 - busines law - 9-11.30 am
wednes - 23 september 2010 - english general - 9-11.30 am
friday - 24 september 2010 - islamic studies-9-11.30 am
saturday -25 september 2010 - quality management - 9-11.30 am
monday - 27 september 2010 - entrepreneurship - 2.30 - 5 pm
tuesday - 28 september 2010 - e-commerce - 2.30 - 5 pm


ha dah tengok kan. semester ni juga kesemuanya subject teori dan maksudnya cair la otak aku menghafal kan huargh.. ok relax sudah ni bukan exam SPM pun haha, ayat nak sedap kan hati jer kan. ok masa dah habis untuk online,bibik nak buat kerja yang tertanguh dulu yer. jumpa lagi eh jangan lupa doakan bibik punya final exam, nanti bibik doakan korang punya pulak ok.
sekali lagi aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang mengenali aku yang hina ini ;')



HA ni kan bibik tengah doakan ni. brkkk kenyanng nya haha.;D

BYE!

Sunday, 12 September 2010

Ucapan Hari Raya ;D



ASSALAMUALAIKUM WBT..

Aku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim ;)
semoga hari yang penuh keceriaan di dapat dikongsi bersama dengan orang tersayang..



mood: demam di hari raya T_T

harini dah masuk hari ketiga kita beraya kan..sekejap jer mana tak nya kan sepanjang dua hari aku hanya beraya di depan latop dan tv.haha bagus kaan.... jangan tiru ok saya sangat la tak sengaja sebab, yang pertama minggu depan adalah final exam huargh dan yang kedua disebabkan final exam yang sangat la dekat menjawab la aku deman exam plus.plus demam raya dan dengan itu diishitharkan saya telah di tahan di rumah tidak boleh beraya sehingga baik demam dan berakhirnya final exam.. haha


Jadi dikesempatan ini, aku selaku pemilik blog ini dengan rasa rendah dirinya ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung ataupun tidak langsung telah melakukan kesalahan kepada pembaca blog ini.terkutuk,ter ngata atau segala yang ter.ter lagi la.. secara tidak sedar aku ada menyingung mana-mana pihak. kepada Encik Muhammad Rabani si herm eherm saya yang perasan handsome tapi dia cute ;p yang sibuk nak hantar MMS gambar kat aku, cik girlfriends ku dila,ana,eva,alysa, cayok! cayok our final exam sahabat yang dirindui cik Darma, cik Balqis kapada cik housmate yang best gila, Encik Sharul Azlee yang suka cari gaduh dengan aku ;p, Encik Edan ;D, kawan sekolah rendah STAR Segamat, sekolah menengah SMAKS, rakan di kolej MSU mahupun PTPL , jiran-jiran di taman sulir ;p dan pada sesiapa yang kenal aku dengan rasa rendah dirinya, aku memohon ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.kita 0-0 yer... T_T

"Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada.."


Saya NORSYAFINAZ BINTI SHAH RIZAL THOMAS dan sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ampun maaf di pohon sekiranya ada salah silap dan TERKASAR BAHASA.

Semoga kita semua diberkati dan segalanya selamat semasa dan selepas menyambut AidilFitri
dan aku tinggal kenangan raya pertama bersama keluarga tersayang


acara bermaaf-maafan
*gambar bergegar sebab semua mengigil nak mintak maaf haha ;p











t


abang dan adeq. ;D love.



aku dan abang ngah ngok.ngek ;p

with adeq ;D


aku bersama dengan orang yang penat menjaga aku sepanjang aku demam di hari raya.
dengan kerenah aku yang merengek-rengek gedik sebab aku mengalami demam yang agak teruk. i love u mum ;'(



sedara mara dari johore ;D



hujan berkat pada raya pertama.alhamdulillah...;D


family first.



da sweet couple ;)

semoga berjumpa di aidifitri akan datang.
insyallah... ;D

ok bye!




Sunday, 15 August 2010

ragam ketika puasa.


assalamualaikum WBT..


masuk harini dah enam hari kita berpuasa.sepanjang hampir seminggu ni banyak benda yang einaz tempuhi,alhamdulillah einaz cool jer ok. even penat tapi sebagai umat islam wajib berpuasa jika tidak mendatangkan masalah sekian.haha belum habis lagi la pejam,celik,pejam,celik dah enam hari kita puasa. ni lah tiba-tiba terasa nak list kan sesuatu sepanjang bulan puasa ni ;p

1) benda paling penting adalah sahur and sepanjang I bersahur belum penah lagi bangun sendiri maksudnya ada orang yang kejutkan la! haha dasyat kan walaupun sebelum tidur awal-awal dah set alarm tapi mata ni susah la nk bukak sampai einaz dengar suara orang yang kejut kan.

and terima kasih la banyak kepada SOMEONE yang hari-hari call i bangun sahur ;)


maksudnya: ienaz ni memang susah nak bangun pagi!selagi tak ada orang yang cuba kejutkan.


2)mula pukul 9 dah keluar rumah pergi class then balik rumah sebelum pukul 6.ni lagi satu alasan padahal class paling lewat habis pukul 5 itupun hari selasa jer,hari-hari lain class paling lewat pun habis pukul 2.


maksudnya: I ni memangla tak boley tahan kalau duduk rumah, kang asyik tido jer.kurang pahala puasa daripada tido baik i buat akitiviti yang lebih kurang berfaedah seperti mengeratkan silaturahim bersama rakan-rakan hahaha ;)


3)time buka pulak! ni la paling best ni! einaz belum pernah masak.ceh macam la kalau tak puasa masak kan.haha. sepanjang 6 hari puasa ni hari-hari beli makanan kat bazaar ala biasa la orang bujang tak kosa la nak masak-masak kan.aleh-aleh makan sorang juga T_Y


maksudnya: malas masak cakap jer la kan banyak pulak alasan ;)


4) time buka versi kedua pulak! dalam enam hari ni baru sehari berbuka bersama rakan-rakan perempuan einaz.


maksudnya: tak ada maksud..saja nak bagitahu yang lebih selesa buka di rumah tapi fun kalau buka bersama beloved ;)



5)Alhamdulillah sepanjang enam hari berpuasa ni.einaz dah pergi solat terawikh sebanyak 3 hari.haha dasyat kan yang lagi tiga hari tu. einaz terlepas ops bukan la,secara jujurnya disebabkan terlebeh makan masa berbuka and sifat kemalasan pun datang la menerjah.


maksudnya:jangan makan telampau banyak jika ingin melakukan amal ibadah yer kawan-kawan ;)



ok dah lima jer la. nanti dah cukup sebulan lagi banyak kerenah yang i cuba lakukan.

selamat meneruskan ibadah puasa kawan-kawan ;)


BYE!



sambungan...



eh ini sambungan dari entry yang tertunggak haha..harap di maafkan.

even einaz rasa korang pun dah tengok dah gambar-gambar majlis pertunangan akak kat FB einaz so tak da la i nak cerita panjang-panjang kan.hanya nak memenuhi janji untuk cerita sambungan entry seminggu yang lepas.haha!



nama: Norsyahirah binti Shah Rizal Thomas & Muzaffar aka mus
tarikh:8/8/2010 (ahad)
tempat:rumah bandung, taman sulir Segamat,Johor





tada ini la hasilnya. simple jer sebab ienaz memang main tepek jer rasa sesuka hati haha ops.
ok dah penat! tongang terbalik time I pulak nak posing haha!sila la termuntah ;p



3 anak gadis Shah Rizal Thomas.
*Sama tak muka kami ;D


debar menanti cet! haha
hasil make-up dari einaz. ;)




perbincangan masa hadapan. *sedih tak dapat dengar apa diaorang ni bincangkan, disebabkan i ni pemalu tak dalah i nak sebuk duduk dekat depan dan akibatnya hambik ko nyesal tak dapat dengar huhu



hantaran dari pihak perempuan semuanya ada sebelas.and kesemuanya kami satu family yang buat sendiri tak da order ok. baru la meriah kan

and pihak lelaki membalas dengan 9 dulang hantaran berwarna biru ;)




alhamdulillah akak sah bergelar tunangan orang ;)



setelah semuanya selesai.masa untuk makan. yummy ayah just order catering dari PDRM jer.


kan senang . * ceh padahal malas nak tolong masak kat dapur then paksa suruh ayah order catering jer haha shhhh.;p




eh! EMPAT tahun ++ lagi tuan punya blog pulak ok!
AMIIN.;D



BYE!



Tuesday, 10 August 2010

bermulanya.....................

assalamualaikum WBT.

hai beb.mey sini cek nak habaq satu cerita ceq dah bertunang. ops bukan ceq la kak long ceq yang bertunang.ee kelakar la pulak bila orang johor nak speaking kedah gila buruk kan?kan?tapi nanti-nanti la i cerita ok. line tenet yang sangat lah lembab,melembabkan lagi proses untuk upload gambat yang terlampau la banyak tapi kalau nak tengok sebahagian gambar tu I dengan rajin nya dah upload kat SINI


pejam celik, pejam celik.. esok dah puasa dah di bulan Ramadhan yang mulia. Bersyukur pada yang Esa kerana diberikan nyawa untuk bertemu pada ramadhan kali ini, memberikan peluang kepada kita untuk beramal ibadah dan mengalami nikmat puasa. Jadi jangan la pagi-pagi korang buat-buat lupa nak pergi sarapan pagi di kedai mamak. Bagi yang berpuasa, jangan sahaja menahan lapar dan dahaga, tunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baik mungkin.amin..;D
tahun ni tahun yang kedua Ienaz tak dapat sambut puasa pertama dengan family sedihnya T_T kenapa la selangor ni tak cuti masa puasa pertama.kalau kat Johor cuti.tulah kelebihan johor berbanding negeri lain
later update lagi ok.puasa jangan tak puasa. ;D




selamat berpuasa kawan-kawan!

BYE!