Followers

Sunday, 12 September 2010

Ucapan Hari Raya ;D



ASSALAMUALAIKUM WBT..

Aku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim ;)
semoga hari yang penuh keceriaan di dapat dikongsi bersama dengan orang tersayang..



mood: demam di hari raya T_T

harini dah masuk hari ketiga kita beraya kan..sekejap jer mana tak nya kan sepanjang dua hari aku hanya beraya di depan latop dan tv.haha bagus kaan.... jangan tiru ok saya sangat la tak sengaja sebab, yang pertama minggu depan adalah final exam huargh dan yang kedua disebabkan final exam yang sangat la dekat menjawab la aku deman exam plus.plus demam raya dan dengan itu diishitharkan saya telah di tahan di rumah tidak boleh beraya sehingga baik demam dan berakhirnya final exam.. haha


Jadi dikesempatan ini, aku selaku pemilik blog ini dengan rasa rendah dirinya ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung ataupun tidak langsung telah melakukan kesalahan kepada pembaca blog ini.terkutuk,ter ngata atau segala yang ter.ter lagi la.. secara tidak sedar aku ada menyingung mana-mana pihak. kepada Encik Muhammad Rabani si herm eherm saya yang perasan handsome tapi dia cute ;p yang sibuk nak hantar MMS gambar kat aku, cik girlfriends ku dila,ana,eva,alysa, cayok! cayok our final exam sahabat yang dirindui cik Darma, cik Balqis kapada cik housmate yang best gila, Encik Sharul Azlee yang suka cari gaduh dengan aku ;p, Encik Edan ;D, kawan sekolah rendah STAR Segamat, sekolah menengah SMAKS, rakan di kolej MSU mahupun PTPL , jiran-jiran di taman sulir ;p dan pada sesiapa yang kenal aku dengan rasa rendah dirinya, aku memohon ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.kita 0-0 yer... T_T

"Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada.."


Saya NORSYAFINAZ BINTI SHAH RIZAL THOMAS dan sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ampun maaf di pohon sekiranya ada salah silap dan TERKASAR BAHASA.

Semoga kita semua diberkati dan segalanya selamat semasa dan selepas menyambut AidilFitri
dan aku tinggal kenangan raya pertama bersama keluarga tersayang


acara bermaaf-maafan
*gambar bergegar sebab semua mengigil nak mintak maaf haha ;p











t


abang dan adeq. ;D love.



aku dan abang ngah ngok.ngek ;p

with adeq ;D


aku bersama dengan orang yang penat menjaga aku sepanjang aku demam di hari raya.
dengan kerenah aku yang merengek-rengek gedik sebab aku mengalami demam yang agak teruk. i love u mum ;'(



sedara mara dari johore ;D



hujan berkat pada raya pertama.alhamdulillah...;D


family first.



da sweet couple ;)

semoga berjumpa di aidifitri akan datang.
insyallah... ;D

ok bye!




Sunday, 15 August 2010

ragam ketika puasa.


assalamualaikum WBT..


masuk harini dah enam hari kita berpuasa.sepanjang hampir seminggu ni banyak benda yang einaz tempuhi,alhamdulillah einaz cool jer ok. even penat tapi sebagai umat islam wajib berpuasa jika tidak mendatangkan masalah sekian.haha belum habis lagi la pejam,celik,pejam,celik dah enam hari kita puasa. ni lah tiba-tiba terasa nak list kan sesuatu sepanjang bulan puasa ni ;p

1) benda paling penting adalah sahur and sepanjang I bersahur belum penah lagi bangun sendiri maksudnya ada orang yang kejutkan la! haha dasyat kan walaupun sebelum tidur awal-awal dah set alarm tapi mata ni susah la nk bukak sampai einaz dengar suara orang yang kejut kan.

and terima kasih la banyak kepada SOMEONE yang hari-hari call i bangun sahur ;)


maksudnya: ienaz ni memang susah nak bangun pagi!selagi tak ada orang yang cuba kejutkan.


2)mula pukul 9 dah keluar rumah pergi class then balik rumah sebelum pukul 6.ni lagi satu alasan padahal class paling lewat habis pukul 5 itupun hari selasa jer,hari-hari lain class paling lewat pun habis pukul 2.


maksudnya: I ni memangla tak boley tahan kalau duduk rumah, kang asyik tido jer.kurang pahala puasa daripada tido baik i buat akitiviti yang lebih kurang berfaedah seperti mengeratkan silaturahim bersama rakan-rakan hahaha ;)


3)time buka pulak! ni la paling best ni! einaz belum pernah masak.ceh macam la kalau tak puasa masak kan.haha. sepanjang 6 hari puasa ni hari-hari beli makanan kat bazaar ala biasa la orang bujang tak kosa la nak masak-masak kan.aleh-aleh makan sorang juga T_Y


maksudnya: malas masak cakap jer la kan banyak pulak alasan ;)


4) time buka versi kedua pulak! dalam enam hari ni baru sehari berbuka bersama rakan-rakan perempuan einaz.


maksudnya: tak ada maksud..saja nak bagitahu yang lebih selesa buka di rumah tapi fun kalau buka bersama beloved ;)



5)Alhamdulillah sepanjang enam hari berpuasa ni.einaz dah pergi solat terawikh sebanyak 3 hari.haha dasyat kan yang lagi tiga hari tu. einaz terlepas ops bukan la,secara jujurnya disebabkan terlebeh makan masa berbuka and sifat kemalasan pun datang la menerjah.


maksudnya:jangan makan telampau banyak jika ingin melakukan amal ibadah yer kawan-kawan ;)



ok dah lima jer la. nanti dah cukup sebulan lagi banyak kerenah yang i cuba lakukan.

selamat meneruskan ibadah puasa kawan-kawan ;)


BYE!



sambungan...



eh ini sambungan dari entry yang tertunggak haha..harap di maafkan.

even einaz rasa korang pun dah tengok dah gambar-gambar majlis pertunangan akak kat FB einaz so tak da la i nak cerita panjang-panjang kan.hanya nak memenuhi janji untuk cerita sambungan entry seminggu yang lepas.haha!



nama: Norsyahirah binti Shah Rizal Thomas & Muzaffar aka mus
tarikh:8/8/2010 (ahad)
tempat:rumah bandung, taman sulir Segamat,Johor





tada ini la hasilnya. simple jer sebab ienaz memang main tepek jer rasa sesuka hati haha ops.
ok dah penat! tongang terbalik time I pulak nak posing haha!sila la termuntah ;p



3 anak gadis Shah Rizal Thomas.
*Sama tak muka kami ;D


debar menanti cet! haha
hasil make-up dari einaz. ;)




perbincangan masa hadapan. *sedih tak dapat dengar apa diaorang ni bincangkan, disebabkan i ni pemalu tak dalah i nak sebuk duduk dekat depan dan akibatnya hambik ko nyesal tak dapat dengar huhu



hantaran dari pihak perempuan semuanya ada sebelas.and kesemuanya kami satu family yang buat sendiri tak da order ok. baru la meriah kan

and pihak lelaki membalas dengan 9 dulang hantaran berwarna biru ;)




alhamdulillah akak sah bergelar tunangan orang ;)



setelah semuanya selesai.masa untuk makan. yummy ayah just order catering dari PDRM jer.


kan senang . * ceh padahal malas nak tolong masak kat dapur then paksa suruh ayah order catering jer haha shhhh.;p




eh! EMPAT tahun ++ lagi tuan punya blog pulak ok!
AMIIN.;D



BYE!



Tuesday, 10 August 2010

bermulanya.....................

assalamualaikum WBT.

hai beb.mey sini cek nak habaq satu cerita ceq dah bertunang. ops bukan ceq la kak long ceq yang bertunang.ee kelakar la pulak bila orang johor nak speaking kedah gila buruk kan?kan?tapi nanti-nanti la i cerita ok. line tenet yang sangat lah lembab,melembabkan lagi proses untuk upload gambat yang terlampau la banyak tapi kalau nak tengok sebahagian gambar tu I dengan rajin nya dah upload kat SINI


pejam celik, pejam celik.. esok dah puasa dah di bulan Ramadhan yang mulia. Bersyukur pada yang Esa kerana diberikan nyawa untuk bertemu pada ramadhan kali ini, memberikan peluang kepada kita untuk beramal ibadah dan mengalami nikmat puasa. Jadi jangan la pagi-pagi korang buat-buat lupa nak pergi sarapan pagi di kedai mamak. Bagi yang berpuasa, jangan sahaja menahan lapar dan dahaga, tunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baik mungkin.amin..;D
tahun ni tahun yang kedua Ienaz tak dapat sambut puasa pertama dengan family sedihnya T_T kenapa la selangor ni tak cuti masa puasa pertama.kalau kat Johor cuti.tulah kelebihan johor berbanding negeri lain
later update lagi ok.puasa jangan tak puasa. ;D




selamat berpuasa kawan-kawan!

BYE!

Saturday, 27 March 2010

jangan salah kan pengunting rambut.

mood:baru bangun dari katil terus duduk atas lantai dan menyarap sebab terasa sakit hati!.maybe dengan berada pada kedudukan lain hati akan terasa tenang??;'(tapi tak pun..menyarap di lantai dan terus type di ruangan edit post untuk postkan n3 yang tertunggak walaupun hati rasa sakit sangat dan berharap juga selepas ini akan dapat tido dengan lena tanpa air mata lagi.hope so.


baru juga post kan entry ke facebook dengan tajuk

"aku benci dengan orang yang bernama lelaki"

nk tengok tak???click kat sini.
banyak feedback.malas nk coment..apa yang einaz maksud kan tidak terniat dengan apa yang ienaz fikirkan.hanya luahan semata-mata.bye!

bye hanya untuk stop dari EMO!.
sekarang einaz kembali ke normal..try ok...

einaz nak cerita ni..einaz baru lepas potong rambut..bagi kekasih-kekasih einaz di facebook dan membaca blog ienaz maybe dah tahu..ada cerita sebenanya kenapa einaz potong rambut ni..
tapi macam malas jer nak type sebab mood baru kembali ke tahap normal..sapa nak tahu silala ke ruangan coment di bawah ni jer hahaha..then insyallah einaz akan jawab.

1)apa yang ienaz rasa selepas potong rambut??
einaz: AKU MENYESAL POTONG RAMBUT!!.sebab korang tengok la gambar bawah ni..




ada orang cakap macam CIK PONTIANAK! huhu dahla einaz post n3 tgh mlm ni huhuh..
meremang seketika..
ayat nk sedap kan hati:maybe cahaya pencahayaan yang terlebey tula nmpk muka einaz macam cik pon
dan efect dia terus kerambut..


macam askar jepun hahah..
ayat nak sedap kan hati:askar mana boleh rambut panjang kan?kan?


lagi ramai yang coment"lagi better rambut einaz yang dulu"
ini la yang ienaz lemah ni..menjatuh kan semangat betul la..
huhuh..

tapi takpalah
ayat nak sedap kan hati:rambut ni kan boleh panjang lagi..ley la wat style lain pulak
asyik buat rambut yang sama jer kan..kita perlukan perubahan..=D
ingat tak readers sekalian,,einaz cakap nak buat perubahan.??
haha ini baru yang pertama la..
ada lagi perubahan yang einaz nk buat..
tunggu ek...


ps:mood semakin ok, selepas mendengar lagu di blog ni berulang-ulang kali sehingga einaz habis type.


BYE!

Tuesday, 16 March 2010

perempuan kehormatan lelaki???tapi bukan nak cerita pasal tu..nak cerita pasal orang ni..

"perempuan kerhormatan lelaki'


bukan aku yang cakap tapi mamat kat bawah ni yang cakap ops bukan nama dia mamat la,nama dia???erm apa entah.nanti aku cerita eik sekarang ni aku nak bagitahu,aku rasa aku patut buat sesuatu supaya aku boleh memberhentikan tabiat makan tanpa henti,hari ni jerk dah lima kali aku makan.aku pun tak tahu napa aku boleh jadi kuat makan,nak kata tak baca bismillah.alhamdulillah aku tak pernah lupa nak baca,erm mungkin aku nak melupakan sesuatu dan dengan makan aku boleh melupakan sesuatu tu??? ;'(mungkin juga walaupun tak sepenuhnya,dan akhirnya dengan sikap rasional nyer aku berfikir sebelum aku jadi seperti ini.


ops tak ni kalau aku terlebey makan masa aku kecik cenonet.



hargh yang ini baru betul,sebelum aku menghabiskan duit aku ker london weight management baik aku berhenti makan!!!..

dan untuk megurangkan makan aku buat la perkara-perkara seperti menaikkan meter elektrik ayah ku dengan menghadap lappy sampai lebam!!

back to the story.
ok macam kena ringkas kan jer sebab macam dan terlebeh membebel.
aku on YM.sebab mukabuku buat hal.kalau tak jangan harap.

blah.blah.blah*means aku tengah pendekkan cerita la ni.huhu
chat dengan seorang mamat*ok i think i know he name "Muhammad Iqram"

aku:apa maksud perempuan kehormatan lelaki??
then that boy pun bagitahula.. blah.blah.blah..
panjang gila ok dia cerita..

aku bukanya nak cerita apa maksud perempuan kehormatan lelaki,cukup la dia bagitahu aku sorang.hahaha .tak pun nanti next n3 aku cerita.insyallah.
aku cuma nak bagitahu yang dia menyenangkan aku.yer sangat menyenangkan,dia jer cerita dari awal sampai akhir..even ada juga la dia tanya aku itu ini..
aku punyer tulisan boleh dikira.and this is really first time aku chat dengan lelaki yang tak berhenti cakap macam tu.ok sedikit terhibur...;')
aku harap lepas ni ada manusia di chatting YM seperti ini..


kalau nak baca sila la double click kat gambar tu..



ps:tak suka dengan ym ni tapi untuk melupakan perkara yang patut untuk dilupakan,terpaksa menyukainya...;')aku harap mamat ni tak baca blog aku hahaha.



**aku da cuba,dan harini dia menyakiti hati ku lagi sekian TERIMA KASIH.

BYE!

Sunday, 14 March 2010

apabila keadaan yang memaksa dan terpaksa .

time mood on 2.06 am: menekan dalam keadaan yang terpaksa dan memaksa diri aku untuk tetap menekan keyboard ni ;'(





terlajak perahu boleh di undur.
terlajak kata ?? lu fikir la sendiri.


tapi tak boleh nak salah kan orang yang terlajak kata tu sebab kadang-kadang mesti ada sebab,kenapa dia boleh terlajak kata sampai dia nak undur kan balik kata-kata yang diucapkan tu.
maybe sebab masa dia ungkapkan kata-kata tu,ada orang yang buat dia marah sampi dia terpaksa berkata sedemikian rupa.dan akhirya sehingga dia ter ops"napala aku boleh cakap macam tu kan"kan best kalau apa yang aku cakap kan tu boleh di delete.

hadoiy sudah melalot tahap gaban..
sebab jantung,paru-paru.buah pinggang and boleh dikatakan satu anggota badan aku ni sedang mengalami keterancat sebab???adalah sebabnyer.
aku tak nk dikatakan mulut tempayan.walapun banyak kali aku tengok tempayan rumah nenek aku tu mana ada mulut"peribahasa ni tak logik!

selama 4 bulan lebih berasa di semester yang ker 3.akhirnya berjaya juga aku tempuhi.
ya allah semester ini juga la banyak aku tempuhi perkara yang pahit dan semakin pahit.
sehingga hari ini sahabat busuk ku even dia seharum bunga kasturi sanggup membuat satu entry khas di blog nya hanya untuk aku. einaz thomas my dearie friend :)




eva rakan yang sanggup membuat mulut muncung seperti itik sama macam aku!;)


sem ini kami seperti "apa yang kau dapat itula aku dapat' haha;)



ok sekarang masih berada dalam keadaan yang aku sungguh hipokrit memberitahu yang
aku ok.
yer aku ok la jangan risau.
wey,aku ok la..

and terpaksa memberitahu yang aku ada date lain..sorry la tak dapat nk keluar dengan kau.
hurm padahal masih selubung dibawah selimut masam dan masih menekup muka dengan bantal pahit!;'(

up:
eva aqila abu jalil.

OK BYE!