Followers

Saturday, 27 March 2010

jangan salah kan pengunting rambut.

mood:baru bangun dari katil terus duduk atas lantai dan menyarap sebab terasa sakit hati!.maybe dengan berada pada kedudukan lain hati akan terasa tenang??;'(tapi tak pun..menyarap di lantai dan terus type di ruangan edit post untuk postkan n3 yang tertunggak walaupun hati rasa sakit sangat dan berharap juga selepas ini akan dapat tido dengan lena tanpa air mata lagi.hope so.


baru juga post kan entry ke facebook dengan tajuk

"aku benci dengan orang yang bernama lelaki"

nk tengok tak???click kat sini.
banyak feedback.malas nk coment..apa yang einaz maksud kan tidak terniat dengan apa yang ienaz fikirkan.hanya luahan semata-mata.bye!

bye hanya untuk stop dari EMO!.
sekarang einaz kembali ke normal..try ok...

einaz nak cerita ni..einaz baru lepas potong rambut..bagi kekasih-kekasih einaz di facebook dan membaca blog ienaz maybe dah tahu..ada cerita sebenanya kenapa einaz potong rambut ni..
tapi macam malas jer nak type sebab mood baru kembali ke tahap normal..sapa nak tahu silala ke ruangan coment di bawah ni jer hahaha..then insyallah einaz akan jawab.

1)apa yang ienaz rasa selepas potong rambut??
einaz: AKU MENYESAL POTONG RAMBUT!!.sebab korang tengok la gambar bawah ni..




ada orang cakap macam CIK PONTIANAK! huhu dahla einaz post n3 tgh mlm ni huhuh..
meremang seketika..
ayat nk sedap kan hati:maybe cahaya pencahayaan yang terlebey tula nmpk muka einaz macam cik pon
dan efect dia terus kerambut..


macam askar jepun hahah..
ayat nak sedap kan hati:askar mana boleh rambut panjang kan?kan?


lagi ramai yang coment"lagi better rambut einaz yang dulu"
ini la yang ienaz lemah ni..menjatuh kan semangat betul la..
huhuh..

tapi takpalah
ayat nak sedap kan hati:rambut ni kan boleh panjang lagi..ley la wat style lain pulak
asyik buat rambut yang sama jer kan..kita perlukan perubahan..=D
ingat tak readers sekalian,,einaz cakap nak buat perubahan.??
haha ini baru yang pertama la..
ada lagi perubahan yang einaz nk buat..
tunggu ek...


ps:mood semakin ok, selepas mendengar lagu di blog ni berulang-ulang kali sehingga einaz habis type.


BYE!

Tuesday, 16 March 2010

perempuan kehormatan lelaki???tapi bukan nak cerita pasal tu..nak cerita pasal orang ni..

"perempuan kerhormatan lelaki'


bukan aku yang cakap tapi mamat kat bawah ni yang cakap ops bukan nama dia mamat la,nama dia???erm apa entah.nanti aku cerita eik sekarang ni aku nak bagitahu,aku rasa aku patut buat sesuatu supaya aku boleh memberhentikan tabiat makan tanpa henti,hari ni jerk dah lima kali aku makan.aku pun tak tahu napa aku boleh jadi kuat makan,nak kata tak baca bismillah.alhamdulillah aku tak pernah lupa nak baca,erm mungkin aku nak melupakan sesuatu dan dengan makan aku boleh melupakan sesuatu tu??? ;'(mungkin juga walaupun tak sepenuhnya,dan akhirnya dengan sikap rasional nyer aku berfikir sebelum aku jadi seperti ini.


ops tak ni kalau aku terlebey makan masa aku kecik cenonet.



hargh yang ini baru betul,sebelum aku menghabiskan duit aku ker london weight management baik aku berhenti makan!!!..

dan untuk megurangkan makan aku buat la perkara-perkara seperti menaikkan meter elektrik ayah ku dengan menghadap lappy sampai lebam!!

back to the story.
ok macam kena ringkas kan jer sebab macam dan terlebeh membebel.
aku on YM.sebab mukabuku buat hal.kalau tak jangan harap.

blah.blah.blah*means aku tengah pendekkan cerita la ni.huhu
chat dengan seorang mamat*ok i think i know he name "Muhammad Iqram"

aku:apa maksud perempuan kehormatan lelaki??
then that boy pun bagitahula.. blah.blah.blah..
panjang gila ok dia cerita..

aku bukanya nak cerita apa maksud perempuan kehormatan lelaki,cukup la dia bagitahu aku sorang.hahaha .tak pun nanti next n3 aku cerita.insyallah.
aku cuma nak bagitahu yang dia menyenangkan aku.yer sangat menyenangkan,dia jer cerita dari awal sampai akhir..even ada juga la dia tanya aku itu ini..
aku punyer tulisan boleh dikira.and this is really first time aku chat dengan lelaki yang tak berhenti cakap macam tu.ok sedikit terhibur...;')
aku harap lepas ni ada manusia di chatting YM seperti ini..


kalau nak baca sila la double click kat gambar tu..



ps:tak suka dengan ym ni tapi untuk melupakan perkara yang patut untuk dilupakan,terpaksa menyukainya...;')aku harap mamat ni tak baca blog aku hahaha.



**aku da cuba,dan harini dia menyakiti hati ku lagi sekian TERIMA KASIH.

BYE!

Sunday, 14 March 2010

apabila keadaan yang memaksa dan terpaksa .

time mood on 2.06 am: menekan dalam keadaan yang terpaksa dan memaksa diri aku untuk tetap menekan keyboard ni ;'(





terlajak perahu boleh di undur.
terlajak kata ?? lu fikir la sendiri.


tapi tak boleh nak salah kan orang yang terlajak kata tu sebab kadang-kadang mesti ada sebab,kenapa dia boleh terlajak kata sampai dia nak undur kan balik kata-kata yang diucapkan tu.
maybe sebab masa dia ungkapkan kata-kata tu,ada orang yang buat dia marah sampi dia terpaksa berkata sedemikian rupa.dan akhirya sehingga dia ter ops"napala aku boleh cakap macam tu kan"kan best kalau apa yang aku cakap kan tu boleh di delete.

hadoiy sudah melalot tahap gaban..
sebab jantung,paru-paru.buah pinggang and boleh dikatakan satu anggota badan aku ni sedang mengalami keterancat sebab???adalah sebabnyer.
aku tak nk dikatakan mulut tempayan.walapun banyak kali aku tengok tempayan rumah nenek aku tu mana ada mulut"peribahasa ni tak logik!

selama 4 bulan lebih berasa di semester yang ker 3.akhirnya berjaya juga aku tempuhi.
ya allah semester ini juga la banyak aku tempuhi perkara yang pahit dan semakin pahit.
sehingga hari ini sahabat busuk ku even dia seharum bunga kasturi sanggup membuat satu entry khas di blog nya hanya untuk aku. einaz thomas my dearie friend :)




eva rakan yang sanggup membuat mulut muncung seperti itik sama macam aku!;)


sem ini kami seperti "apa yang kau dapat itula aku dapat' haha;)



ok sekarang masih berada dalam keadaan yang aku sungguh hipokrit memberitahu yang
aku ok.
yer aku ok la jangan risau.
wey,aku ok la..

and terpaksa memberitahu yang aku ada date lain..sorry la tak dapat nk keluar dengan kau.
hurm padahal masih selubung dibawah selimut masam dan masih menekup muka dengan bantal pahit!;'(

up:
eva aqila abu jalil.

OK BYE!



Wednesday, 17 February 2010

rindu kat student nakal ni!




you'ls should listen this song.

nak dengar??click kat tajuk lagu itu.


adakah kucing ini yang bercanda di malam indah??hihi

the lipstick-bercanda di malam indah


dan apabila lagu ni telah di inggeris kan da di nyanyi kan oleh
student yang cute.
student yang cakap nyer ala-ala mat kelantan
kedengaran suara teacher said "louder!
cangini la jadi dia.. ;)


te lipstick-bercanda di malam indah english version

dan saya sangat merindui zaman persekolahan itu.



bye!mahu date sama encik kumbang kuncup.
later update lagi eik.





bobye!!

Saturday, 13 February 2010

mengalami penyakit perut..123456789...count the day.

guerrkkk.
cuba teka bunyi ap??
tok sah susah-susah nak teka,einaz bagitahu jer la sebab korang pun takkan tahu tu bunyi apa....
ni la bunyi perut einaz la..haha *ketawa dengan perasaan tak malu
sekarang jam yang baru tukar battery menunjukkan 1.27 pm.
kenapa la perut ni nak bunyi time ni.nila penayakit yang perut yang sedang einaz alami ;p
dengan perasaan yang sememangnya tak malu teks encik kumbang

me: u kat mna ni???kalau u kat luo belikan mee goreng eik *mengunakan bahasa johor sebab einaz dah ada kat johor haha.

bani:ok,tapi kalau lambat tak tahu eik..*disini dia kelihatan kejam sebab mebiarkan einaz kelaparan

me:ok tak apa but i nak mee goreng yang panas tau.*ayat perintah.=p

sekarang einaz masih lagi menunggu mee goreng..=)




tiba-tiba jer teringat.

1234567891011121314151617181920'

penat sudah mengira.
no 1 sampai 20..
nombor berikut adalah bilangan hari einaz tak membuka.menjengah.mahupun membaca blog-blog disebabkan terlalu sebuk menHAPPY kan diri sebelum final exam.
later update iek.tak sabar ni nak kongsi and nak bagitahu perubahan yang gila drastik sejak pindah ker RUMAH BARU ingat tak einaz penah cita.ala macam terlebey malas la pulak nak cerita balik kan...nak tahu cita tu click kat sini pun boleh juga..

napa kena letak muka yang macam terlebey cahaya ni??ini adalah tanda-tanda cahaya peringatan kepada aku la! tak reti-reti haha


sekarang tiba masa nya untuk mengurangkanya disebabkan final yang tinggal lagi 2 minggu jerk..takut nyer*napa bila dah nak final baru nak takut eik =p lu fikir la sendiri.hihi

OK BYE!


OPS belum lagi bye!
lupa lak nak wish
SELAMAT TAHUN BARU CINA
kepada sesiapa yang menyambut.

*tak suka bunyi mercun.napa tiba jer perayaan kena dengar bunyi mercun!!!T_T





Friday, 29 January 2010

esok adalah hari yang menakutkan bagi mereka yang penakut seperti saya!=D

ada pada dengan hari esok???






ok even semua orang dah tau.tapi einaz tetap nak bagitahu juga.

selamat hari thaipusam

esok adalah hari perayaan yang disambut oleh penganut hindu.bukan islam bukan iban mahupun budha..=D

ok mari kita kembali ke subject yang paling digemari ramai.
hahahha.
hari ini dalam sejarah:

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.


Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.



Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.




ok time ni la yang menakutkan ni!!
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.




tapi yang ni lagi takut!!.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.



Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya.


Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.









OK SEKALI LAGI TERPAKSA BERHENTI DISINI.akibat terasa loya yang amat melihat gambar-gambar yang menakutkan ini..


BYE!

Friday, 22 January 2010

inalillahiwainalilahirojiun. :-I

cik alysa okasyi and cik einaz IChigo

apa yang penting kerajsama!
apa yang penting ker jasama!


time tengah sedap tido memekak jerk ONE THE PAT ni..*lagu untuk ringtone masej(poyo)

cik alysa: einaz ko ok?ko nangis tak?

*dengan mata tak yang tak berapa nak terbukak reply la juga.

cik einaz:aku ok jer..napa ko tanya macam tu..??

*dengan sepantas kilatnya dia reply

cik alysa:sultan johor kan mangkat,ko tak nangis ker??wawawawa.=D

ok napa eik cik alysa bagi mesej macam tu??sebab einaz truly johorian.perlula dia kipochi mesej kat einaz macam tu..

berita terkini:

Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas
dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April
1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong kelapan.


untuk berita lebih lanjut click kat sini...
al fatihah buat

Sultan Johor,
Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

*rakyat jelata di johor berkabung selama 7 hari Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.


BYE!



Thursday, 21 January 2010

kenapa orang GEMUK,dan orang yang RASA DIA GEMUK, perlu berdiet??

ps:ok firstly ienaz nak minta ampun dan maaf bukan bermaksud nak menyingung mana-mana pihak entry ini sekadar ap yang kita lihat,apa yang kita dengar,apa yang kita rasa dan mungkin terjadi di sekeliling kita mahupun diri kita sendiri.

ok back to the topic..
einaz nak kongsi tips ops bukan nak kongsi story disebabkan einaz sekarang ini sedang berdiet disebabkan juga badan einaz yang sudah naik segala diameter bahasa kurang manisnya GEMUK.ok gemuk ker??=p

Kebanyakan wanita sangat perihatin tentang makan minum, takut gemuk. Selalu gemuk dikaitkan dengan "tak cantik" *padahal gemuk dikaitkan dengan tak sihat.Bak kata sesetengah orang ' Give a lady an inch the whole house go on diet '

permpuan yang berbadan besar ni juga sering menjadi perbualan ramai:

1) einaz dan cik bunga-bunga tengah lepak-lepak kat hohaa cafe dan kami berdiri bersebelahan dengan lelaki macho*agak gatal disni=p
dan tidak sengaja mendengar perbualan mereka selepas cik perempuan*yang tak dekenali lalu dihadapan kami dan hadapan mereka juga.

ps:lelaki pun suka bergosip ok.

encik lelaki 1: hahaha.pergh muka da boleh blah da
encik lelaki 2:wak lu,muka kalau da boleh blah tak pala sekali pandang bawah MAK AIT!!.lemak berkumpul terjojol sana, sini da tau badan macam tu pergi pinjam baju adik dia yang umur 10 tahun tubuat apa??ker dah tak mampu nak beli baju saiz sendiri hahaha*okay sangat pedih juga ayat dia disini.
encik lelaki 1: dah tu buat malu jer dah la pakai tudung pulak tu *ok terasa disini

ok no coment next....


2)tengok la gambar-gambar kat bawah ni.
fikir-fikir kan da renung-renung kan.=D
kenapa mereka* perempuan berbadan besar termasuk einaz =p rasa membuak-buak nak diet

.ok kesian terpaksa di pinggirkan.


tapi gambar bawah ini lain pulak.
orang yang memang tak berapa nak gemuk pun jelaous dengan orang yang sekutunya..
APA KES??



ps:bersyukur la dengan apa yang di kurniakan allah.jaga sebaik-baik nyer segala pemberian yang telah diberikannya..berdiet bukan untuk orang lain tapi untuk kesihatan.*dalam hati jealous juga tengok orang yang ramping-ramping ni sebab tu rasa nak diet.OPS.;-I

go!go!DIET GIRLS..

BYE!