ok even semua orang dah tau.tapi einaz tetap nak bagitahu juga.
esok adalah hari perayaan yang disambut oleh penganut hindu.bukan islam bukan iban mahupun budha..=D
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjv5PD4frObW9I3QbPx6OygM-j4srjfB4jqmmtgDJ8CR5VLZvQ390BZZkhen7k1Lwuu8WuEu_dTS93JJAd4rV8i1HllBn0HfT144fD35TBVubvTPsi9Pcm-XYF92VpNsyZXM-O7_Kq7E9xM/s320/thaipusam.jpg)
hahahha.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq1ckUilCe1j5AhQaOq0wVx-CXxh9JQDoM9wZOkEYOgbMqbeL7o4xMI2QU35_2wwjJvZmEkDbYdESoVb8a3FDJu_iCpZBXHKDJQxNTaB7fnwGfxI26l9Qwy5uzcRGwdsmK_2_l9DNEt6xI/s320/thaipusam29za.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiQWVHS0-thKA7KdZdE6hRFBTZZMwR4rhow1tXn-1nH3ZNfhlTHiIkMppBv3rg3LYY7jN9605YIVxde5JygIO3ZR7T2zwsy_oLjWA_4DmjcjcjPgT5kQ5DfCa8SrG320D6uI_LxMRFgKIz/s400/thumbnailCAR1R98V.jpg)
!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxbRAidoevGRUWHwP8sNRaijyn4G-nrCNKVXuNC5FzjfFfmm4Tpb4aU_4QzFl16N8QWjamUUEzLnrcpJMlfW2gTZmmu4uaLVWd7_F7ZQJQmV_8bDhunMny5sJ_qQBqS57ybBdd0eEH7aNa/s320/thaipusam.jpg)
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiP4q4XuXsSUA3MCv84lZq6LSvQQkMmk85rzpYMRMp63zIqXAfh8QooNTyIgq1nMVTsAHBrpkGRVXS9EY1b8gYZHMO6PbnC4CB0YS_e1mEz6RRGPLQnCfYrWfvDCmP1B2-lWZGhJF2qOLPm/s400/2213629331_e8658faf00.jpg)
Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjadj8kZnxofXavpNeDHH_0lbCnOkmkuQP-VVNHgqC1BOLV5ce0CZt4g9HBKXhCmmBAerMTKQUjCDoScRaXIkmzk-Asc3lnSQpV-bCwLbVNmwJ4K8V8XqALVQLUkQRccQTQvXuu4WPcSWJ5/s320/Thaipusam_Chris_Piercing_small.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqur7P3NckhY0EgtCFov9QXg1n4t5RQBIwn5Cp4McSR51T24JZ4XqSJ9QNzLnmGAh_zeTi4_WCgyq-WtNfLSJziKFTslNUG-WS_YTSuGTLY8MX3tXreM6zxW0GTLI8_i8WUp3zVyAnrzQo/s320/Thaipusam-Kavadi_0081.jpg)
Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp8pSlbirLmz9jQnKUg9cC-gYtzf0CYvawBnzygX87XlLRdkId2O0iyOGzkF8NanK58MG-iL4Jj4NYGwvkI9kGFdUPVOh4Y3PGFf_i1oC67jgA8jYrWkD2lNe8uoyEG6ZU-QYQI5ebKrwB/s400/p709-Penang_Malaysia-A_devotee_and_resistance_Thaipusam.jpg)
Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
OK SEKALI LAGI TERPAKSA BERHENTI DISINI.akibat terasa loya yang amat melihat gambar-gambar yang menakutkan ini..
BYE!