Followers

Friday 29 January 2010

esok adalah hari yang menakutkan bagi mereka yang penakut seperti saya!=D

ada pada dengan hari esok???






ok even semua orang dah tau.tapi einaz tetap nak bagitahu juga.

selamat hari thaipusam

esok adalah hari perayaan yang disambut oleh penganut hindu.bukan islam bukan iban mahupun budha..=D

ok mari kita kembali ke subject yang paling digemari ramai.
hahahha.
hari ini dalam sejarah:

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.


Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.



Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.




ok time ni la yang menakutkan ni!!
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.




tapi yang ni lagi takut!!.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.



Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya.


Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.









OK SEKALI LAGI TERPAKSA BERHENTI DISINI.akibat terasa loya yang amat melihat gambar-gambar yang menakutkan ini..


BYE!

Friday 22 January 2010

inalillahiwainalilahirojiun. :-I

cik alysa okasyi and cik einaz IChigo

apa yang penting kerajsama!
apa yang penting ker jasama!


time tengah sedap tido memekak jerk ONE THE PAT ni..*lagu untuk ringtone masej(poyo)

cik alysa: einaz ko ok?ko nangis tak?

*dengan mata tak yang tak berapa nak terbukak reply la juga.

cik einaz:aku ok jer..napa ko tanya macam tu..??

*dengan sepantas kilatnya dia reply

cik alysa:sultan johor kan mangkat,ko tak nangis ker??wawawawa.=D

ok napa eik cik alysa bagi mesej macam tu??sebab einaz truly johorian.perlula dia kipochi mesej kat einaz macam tu..

berita terkini:

Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas
dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April
1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong kelapan.


untuk berita lebih lanjut click kat sini...
al fatihah buat

Sultan Johor,
Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

*rakyat jelata di johor berkabung selama 7 hari Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.


BYE!



Thursday 21 January 2010

kenapa orang GEMUK,dan orang yang RASA DIA GEMUK, perlu berdiet??

ps:ok firstly ienaz nak minta ampun dan maaf bukan bermaksud nak menyingung mana-mana pihak entry ini sekadar ap yang kita lihat,apa yang kita dengar,apa yang kita rasa dan mungkin terjadi di sekeliling kita mahupun diri kita sendiri.

ok back to the topic..
einaz nak kongsi tips ops bukan nak kongsi story disebabkan einaz sekarang ini sedang berdiet disebabkan juga badan einaz yang sudah naik segala diameter bahasa kurang manisnya GEMUK.ok gemuk ker??=p

Kebanyakan wanita sangat perihatin tentang makan minum, takut gemuk. Selalu gemuk dikaitkan dengan "tak cantik" *padahal gemuk dikaitkan dengan tak sihat.Bak kata sesetengah orang ' Give a lady an inch the whole house go on diet '

permpuan yang berbadan besar ni juga sering menjadi perbualan ramai:

1) einaz dan cik bunga-bunga tengah lepak-lepak kat hohaa cafe dan kami berdiri bersebelahan dengan lelaki macho*agak gatal disni=p
dan tidak sengaja mendengar perbualan mereka selepas cik perempuan*yang tak dekenali lalu dihadapan kami dan hadapan mereka juga.

ps:lelaki pun suka bergosip ok.

encik lelaki 1: hahaha.pergh muka da boleh blah da
encik lelaki 2:wak lu,muka kalau da boleh blah tak pala sekali pandang bawah MAK AIT!!.lemak berkumpul terjojol sana, sini da tau badan macam tu pergi pinjam baju adik dia yang umur 10 tahun tubuat apa??ker dah tak mampu nak beli baju saiz sendiri hahaha*okay sangat pedih juga ayat dia disini.
encik lelaki 1: dah tu buat malu jer dah la pakai tudung pulak tu *ok terasa disini

ok no coment next....


2)tengok la gambar-gambar kat bawah ni.
fikir-fikir kan da renung-renung kan.=D
kenapa mereka* perempuan berbadan besar termasuk einaz =p rasa membuak-buak nak diet

.ok kesian terpaksa di pinggirkan.


tapi gambar bawah ini lain pulak.
orang yang memang tak berapa nak gemuk pun jelaous dengan orang yang sekutunya..
APA KES??



ps:bersyukur la dengan apa yang di kurniakan allah.jaga sebaik-baik nyer segala pemberian yang telah diberikannya..berdiet bukan untuk orang lain tapi untuk kesihatan.*dalam hati jealous juga tengok orang yang ramping-ramping ni sebab tu rasa nak diet.OPS.;-I

go!go!DIET GIRLS..

BYE!

segala perasaan yang terpendam hanya boleh terpendam sampai bila-bila.

ok diri mula terasa yang tidak perlu mendengar nasihat orang lain..
tak sampai dua hari blog einaz di PRIVATE kan.
nafsu bergelora nak update.
hahaha..
maaf.

ok dah la selama einaz mendiam kan diri einaz,menjelajah banyak blog yang menjadi bahan kutukan.*ok mula mengerti bahawasanya bukan senang orang yang mempunyai blog ini untuk mempertahankan blog dia..sehingga merasakan yang blog kepunyaan sendiri pun terpaksa disekat-sekat segala percakapan yang hendak diluahkan. untuk menjaga hati ramai pihak.sedangkan blog ini digunakan sebagai cara untuk berkongsi segala perasaan kepada orang lain.

sekarang ini hanya IBU tempat ku mengadu segala kesakitan ini
NO MORE BLOG

my mum said:
einaz tak semua kawan yang ingin berkawan dengan kita mempunyai sifat seperti kita,
so terima dia sedanya..
einaz said:
walaupun einaz sakit sangat berkawan dengan dia?
my mum said:
einaz sabar ye sayang..kita pun tak sesempurna mana..mana tahu masih ramai lagi yang sakit berkawan dengan kita dalam kita tak sedar..
einaz said:
ok..T_T hanya mampu menangis sehingga kehabisan kredit..



from now belajar erti sabar,sabar,sabar..T_T dalam hati allah yang tahu.

YA allah berikan la aku kekuatan untuk aku tempuhi segala dugaan yang kau berikan untuk aku menjadi hamba mu yang sabar..T_T

ok that's so enough..try harder to make a big smile..
*tadi test power value myspace einaz WOOOOOOWW...=D



korang nak test segala value laman web anda??just

Thursday 14 January 2010

saya berada seperti di SYORGA.*macam tau jer syurga tu macam mana kan??taula sebab ustazah pernah cerita..=D


OK .
ok.
ok.
ok.

stop say ok.

ok.

stop it einaz.

ok la hihih..
einaz nak just nak ucapkAN
SELAMAT HARI JUMAAT!.

hari jumaat ini yang membawa seribu kebahagiaan moga kekal sehingga bila-bila AMIN.



bangun pagi seperti biasa..harini einaz bangun dengan rasa macam nak melompat tinggi-tinggi pun adala sebabnyer.=p
siap-siap nak pergi class..
harini rasa AMAN sekali
napa eik??
alhamdulillah einaz da lama sangat tak rasa seperti ni.
readers sekalian pun mesti dah naik meluat asyik baca n3 einaz dalam kesedihan jer kan?kan?
ok tak ada lagi buat hari ini.

kebahagian di kongsi bersama-sama BUNGA-BUNGA SUCI di class.


kat depan coridor class pun jadi ok .siap duduk bersimpuh lagi nokkk.=D
ok tak menjadi perkara pelik langsung bila student duduk di coridor class sebab kolej kami ni sangat berjimat cermat untuk mengeluarkan modal untuk menyediakan tempat menunggu..
haha..baik kan kolej einaz.

dah confius da nak tengok camera yang mana satu ni.??
eyt napa gambar kami bertiga jer ni??
mana cik dilla and cik alysa?
*telah dibuang daerah sebab tak pakai baju kurung plain seperti kami.
lalalallala..


apa ni tongeng-tongeng?hahah..
*kat account department teman cik anna cayang bayar yuran kolej.
kaya wookk dari engkau bagi kolej duit baik engkau belanja aku makan .nyum.

ni mey einaz nak bagitahu:
tadi kat kolej einaz nak jakun ni ada wat presentation for MALAYSIAN BOOK OF RECORDS.faculty apa entah yang anjurkan*einaz adala student yang sangat tidak menjaga tepi kain orang hahaha. si einaz tak tahu apa-apa.
diaorang wat kuih ONE MALAYSIAN.*masuk jerk pintu kolej terus bau kuih muih.
ala tak dapat nak snap la tadi.sangat kelam kabut nak balik sebab einaz rasa tak sabar nak bali rumah.kalu youls nak tengok berita tv3 malam ni eik...mesti ada.


k la masa yang sangat sesuai ienaz nak kemas rumah yang dah macam sarang tikus.hahah.sebab bila einaz rasa macam nk kemas rumah jer terus rasa macam tak ada mood..sebab teeeeeeetttt..*** so terpaksa la time mood seperti hari ini.lalalala


ps:tak salah kan kegembiraan kita dikongsi bersama kerana masih ramai lagi yang cuba membuat kita menangis..

BYE!

da mati..


cik einaz hanya mampu tersenyum..


apakah riaksi yang anda boley buat apabila??

dialog:

A:wey b,mana D? *D ITU ADALAH ANDA..
B:ada kat dalam bilik.
C:da mati
D:isht ko ni..*memperbetulkan apa yang si C cakap tadi..



BYE!

Tuesday 12 January 2010

tak sampai 1 hari 24 jam

okey disebabkan harini einaz memang membuang masa di rumah.
einaz telah berjaya menyiapakan asingment.toturial.latihan dan sewaktu dengannya...
huraiy mokcik berjaya ...tapi alangkah bagusnyer jika itu semua realiti....T_T
hahaha sangat bertuah jika saya seperti itu duduk rumah dan meyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai..
tapi apa yang berlaku adalah einaz berjaya..

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

✿◕‿◕✿

bersalin kan blog ini.
dari kulit yang lama menjadi kulit yang baru..
hahah tipah tertipu,tipu tertipah


blog 1 hari 24 jam yang lalu.
KEHITAMAN.
KECELARUAN.
KETIDAKTAHUAN.
KEBENCIAN.*tak da kena mengena.
KECOMELAN la gambar yang kat belakang tu hihi=p



blog sekarang.
lu coment la sendiri.
nanti cakap puji diri sendiri lak..=p

ok just simple,einaz tak berapa reti sangat nak edit-edit bagai ni.
apa yang ienaz tau tu la einaz mampu buat..


BYE!