Followers

Tuesday, 15 March 2011

dah cuti empat hari baru terkial nak update blog .

i realised i've lost the touch and not in the moOd to blog again I just spend one weeks at my home sweet home for my last semester break, so it was a shortest semester break for me. haiy korang ! dah nak empat hari cuti baru nak tekinja- kinja update blog kan. sory la yer seperti biasa bila aku dah cuti mahulah aku akan jadi bibik sepenuh masa kat rumah. bila dah jadi bibik korang rasa bibik boley ker online - online ni ? apa ? boley ? mey sini aku nk jadi bibik yang boley pesbuk ni. yang lain nyer antara aku dengan bibik korang tu, aku jadi bibik tanpa gaji. haha tak pa hati mahu ikhlas maaaa..



harini baru rasa berkempatan nak check it out blog . rasa seperti katak di bawah tempurung bila lama tak online ni biasala bibik memang selalu menjadi seperti. pergh gebang lebey, uru ara kat semua orang yang aku memang gadis malayu terakhir duduk rumah buat kerja rumah padahal, balas dendam Most of the time I just sleep, makan(lunch), then sleep again then makan(dinner) then sleep again. Memang I sudah immune with THIS wrong timing semester break. hahah.



ok la bila dah cuti panjang, tingal sorang - sorang dekat rumah means ayah, emak , akak, abang pergi kerja kena la tinggal sorang kat rumah then masa nak kemas - kemas folder kat lapytop ni ternampak gambar semasa menjadi gadis ayu memakai tundung bawal.. i like . teringin juga . teringin apa ? ala teringin yang kat bawah ni la, nak jadi macam kat gambar bawah ni , macam dulu -dulu. sekarang pun boley apa nak jadi ? ala boleyker ? boleyla.....






adik aku nama dia erin tapi dia lebey suka orang panggil dia nisa' tapi dalam family aku memang panggil dia nama erin. erin + einaz . tapi dalam gambar ni erin yang pakai tundung bawal . kira ok la tu . muka kami kan sama. cuba bayangkan aku pakai tudung tu. gerenti sama ;))


masa ni semester awal . ayu. bukan aku yang ayu . nama budak kecik sebelah aku ni ayu. ;pp






masa ni pulak ada event . 1st time kena dikir barat. kena pakai baju kemeja warna putih dah tudung warna hitam dan rambut berwarna hitam dan bagi sesiapa yang rambut dia tak bapa hitam. sila hitam kan. haha










masa ni pulak gambar lepas SPM . empat tahun lepas. tua nya aku. huhu




gambar terkini. raya tahun lepas :)) sangat terikini kan ? kan ?






last sekali gambar ni masa akak kesayangan tunang tema dia arabic style :PP







lagi sekali last. even tak pakai tundung bawal tapi suka gambar ni. semunya menutup aurat tanpa dipaksa walaupun semasa event ni, semua student yang bergelar muslimah wajib menutup aurat sepenuhnya .

ok la dah habis da. tepuk tangan . babye
*
*
*
*
*
*
*
*


pesanan hati :*** haish, aku memang benci lelaki yang suka marah - marah perempuan ni. kalau kaki aku jahat la , memang dah kena kat muka orang lelaki yang suka hati dia maki perempuan. macam la kena bayar kalau nak cakap elok - elok !!!






dah habis baca boley like and coment sekali
terima kasih daun keladi,kalau sudi datang la lagi.

Tuesday, 8 March 2011

OPEN TO EXCHANGE YOUR LINK !

korang akan nampak dua benda :


satu : header blog yang ketinggalan zaman dah di delete . ada siapa-siapa nak buatkan header aku yang baru ? "double kenyit -kenyit mata " ;; P. Partly because I get bored with the same old. sadis kan. biasa la orang yang tak pandai edit , maka tercipta la belog sekangkang kera ni.



dua : url blog sudah bertukar kepada nama sendiri . iaitu
http://einazshahrizalthomas.blogspot.com/ . dengan adanya link aku yang baru ni, aku rasa nak bertukar - tukar link dengan korang boley ? Sesiapa pun boleh exchange link. korang semua dialu-alukan, lagi awak - awak yang dah sudi follow blog einaz, tiada syarat yang dikenakan, cukup cukup sekadar kita ber-exchange link . sayer tengok blog awak, awak tengok blog sayer . kalau ada sesiapa rasa nak bertukar link , nak blog korang menempek di side blog einaz shah rizal thomas. sila la tempek link korang kat coment di bawah iyer !


remind again ! sila tinggalkan link anda di coment untuk entry ini sahaja ;)


I hope i like the new theme and layout . padahal rasa macam sama jer macam dulu. If anything looks strange, please let me know. And thank you for reading! sayer budak tua baru belajar ;))




dah habis baca boley like and coment sekali.
terima kasih daun keladi,kalau sudi datang la lagi.

Tuesday, 8 February 2011

korang tanya ? aku jawab la pasal 2nd facebook .



eh kau ni einaz , bajet artis la , kau ingat kau hot sangat , nak kata cantik , bibik rumah aku lagi comel dari kau tak pasal - pasal sampai ada 2nd account , eh jangan la cakap macam tu . menangis sebulan kalau korang cakap aku macam tu , * reti menangis jer kau ni , cengeng betul la. korang dengar la apa aku nak cakap ni , jangan la judge aku sebelum korang dengar apa yang aku cakap ni. kenapa aku buat 2nd account facebook ? dan soalan-soalan yang orang tanya mengenai 2nd facebook aku ?




kenapa buat 2nd acc ?

dalam 1st acc aku , kebanyakkan friends list aku lebih ramai yang aku tak kenal dari aku kenal . lagi sebab ramai stalker aku. sub.sub

memang fb ni untuk kita kenal dengan orang yang kita tak penah kenal ker ?

aah memang la cik mat, cik tipah oiy. tapi bagi pendapat aku la, kalau kita ada friends ribu - raban pun kalau orang bagi coment orang buzz kat im kita , tak reply nak buat apa kan.


betul ker bukan ada sebab lain ?

korang ni suka la fikir bukan - bukan ! iyer, tak ada sebab lain pun . haha. "PP

dah tu kenapa dulu main approve jer ?

haish manusia pun ada silap, dulu memang la aku main approve jer . sebab orang dah add aku approve jer la kan. nanti cakap sombong. itu dulu la...

dah tu kenapa ? tak guna 1st acc then delete jer orang yang tak berkenaan ?

ayoo apa perasaan korang kalau korang da add seseorang tu, then dia approve , tapi tetiba jer tak ada angin apa, dia delete ? sedih tak ? sedih tak ? opcoz la sedih kan .

alasan keduanya , aku malas nak delete . heee

siapa jer dalam 2nd acc fb kau ni ?

suka hati aku la nak letak siapa pun . haha . tak, tak . aku sekarang just approve dengan orang yang aku kenal kawan yang pernah aku cakap walaupun ssepatah pun aku anggap dia kawan aku, lagi dengan orang yang aku rasa nak tahu perkembangan terkini. macam orang yang hot and spicy jer :PPP

habistu 1st acc tu , ko delete la ek ?

eh tak delete pun cuma aku akan deactive ASAP , nanti kalau aku nak cari member -member lama . kan senang lagipun 2nd acc ni baru sangat so ramai lagi member yang aku kena cari balik.

kalau korang rasa , aku kenal korang ker ? korang rasa korang kenal aku ker . boley la add 2nd facebook aku kat sini.

okay rasanya da jawab semuanya soalan - soalan tapi kalau ada yang tak puas hati boley la tanya lagi yer , aku memang suka jawab bila orang tanya lagi -lagi bila korang yang tanya hohoh.
bobai !


dah habis baca boley like and coment sekali.
terima kasih daun keladi,kalau sudi datang la lagi.

Wednesday, 12 January 2011

Can i remove friend from my friend's list at FB??

update laju-laju sebab mencuri masa busy gila. satu tutorial akaun yang sengaja aku buat-buat lupa nak buat, kedua esok ada kuiz bab empat for subject operation, ketiga mini project. dan keempat juga kerja aku rasa aku perlu update blog. itu pun salah satu tanggungjawab seorang yang telah mempunyai personal blog, kalau tak ! baik tak payah buat. aku rasa ayat aku dah tonggang-terbalik sebab terlalu kelam kelibut.

gambar tiada kena mengena bermaknsa . iklan jap !


cair siut tengok bila lelaki pakai baju melayu. betul ! lagi-lagi bila hari jumaat ;)


adoiy jatuh cinta dengan pak lebai ni.

ok iklan sampai disini sahaja. kita kembali ker seri pentas utama . dush ! ;D


sebenarnya macam ni . macaman ek nak bagitahu ?? ha macam ni la korang dah baca kan tajuk tu. sebenarnya ka. Aku bukan lah orang yang popular setiap hari orang request nak jadi friend sampai beratus-ratus kan. paling banyak pun 1-2 orang jer sehari . Kadang-kadang tak ada langsung pun. haha tipu. Tapi bukan semua orang aku akan approve sebagai friend. Kenapa?

Sebab pertama aku tak approve friend request


sebab profile facebook tu adalah profile yang digunakan untuk bisnes. Mungkin ada yang tak kisah dengan profile macam tu tapi aku tak suka. Facebook Pages kan ada. Ok lah mungkin sebab dorang tak reti nak guna Pages tu. Tapi still aku takkan approve


Sebab kedua


profile tu tak ada profile picture dan aku tak tahu dia siapa. Macam mana nak approve kalau tak tahu siapa. Entah-entah korang nak stalk aku ke, rompak aku ke siapa tahu kan? Tak kisah lah kau dan aku ada mutual friend banyak macam mana pun kalau aku tak tahu siapa kau aku taknak approve. Macam kat bawah ni. Dah lah macam tak update, tak ada gambar pulak tu.

Sebab ketiga

bila yang add tu foreigner mana entah. Dah lah pakai baju macam tak cukup kain. Kalau lawa tak pe la jugak. Kang tak pasal-pasal je.


Sebab keempat

bila aku tahu yang add aku tu aku kenal dan dia memang psiko. Serik dah dengan sms, call. Facebook sorry. It’s my world. Jangan kacau!



Tapi kadang-kadang aku buat exception gak approve sebab sekarang ni aku approve je semua tapi still bukan kategori yang kat atas tula. Aku buat asingkan friend aku mengikut list (lihat gambar bawah), so profile aku bukan untuk semua orang even Facebook is a social utility that connects people with friends dan sekarang walaupun aku cakap aku tak approve semua orang tapi tetap friends list aku semakin menimbum. padahal bukan aku kenal pun mereka-mereka ni. pelik kan? perlu ker aku delete jer orang yang aku tak kenal ni ?? korang rasa macamana ek ?ok lah mahu sambung kerja yang tertangguh.korang pergi tidur yer ! babye.

Wednesday, 5 January 2011

pergh aku kena maki dan patut pilih orang yang sesuai..

PENGUMUMANGGG! ENTRY ni adalah penulisan tanpa graphic dari hati suci gebu einaz shah rizal thomas. selamat membaca sayauunnkk !


sebenarnya cerita ni aku dah alami dua hari lepas. ya ampun aku kena maki dengan lelaki yang aku dah anggap tak ada kena mengena lagi dengan aku, tapi tiba-tiba dia maki sebab aku terlepas cakap yang "lelaki suka cakap diri dia gay, padahal dia playboy!" tula orang cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padan muka kena maki!. tapi aku tetap nak pertahankan hak aku yang aku sebenarnya bukan nak cakap kat dia sorang jer. aku bercakap secara umum,yang dia terasa lebey, kenapa kan..benci aku ! cis kau.



sekarang kau lelaki yang selamba badak suka maki ,mencerca sumpah seranah perempuan.. sungguh memalukan..
ha mesti korang da biasa kan dengar pasal lelaki yang suka hati maki perempuan, yang ni paling aku pantang. dalam seumur hidup aku belum penah lagi kena maki, tapi pasal aku cakap dia playboy damn! terus dia maki. ha ko pehal mat!"bukan nama sebenar" if ko bukan playboy? cakap jer la tak payah nak maki-maki aku. huh sabar lagi lagipun aku dah maafkan kau pun LELAKI!


terselit juga..


erm susah,susah. tapi sebenarnya kan Hidup taklah sesusah mana kan? Kita saja yang selalu menyusahkan diri. Kan? aku pun sama. Kadang-kadang hal kecik, kita fikir mati-matian. Inikan pula, hal besar. Sampai ada yang sanggup nak bunuh diri. Macam gampang gila!Lainlah, kalau lepas bunuh diri. Confirm masuk syurga! Then, i will do the same thing. hehehe.

lagi kan...

sejak dua menjak aku single mingel ni ramai mintak pendapat. ceh ingat aku ni pakar motivasi ker apa tah kan.yang aku baca tentang orang yang tak berfikir dulu, bila Putus cinta. Tak fikir panjang, terus telan panadol berbelas-belas biji. Tak berjaya, ambil panadol masuk dalam coke dan teguk. . Kerana lelaki, perempuan kalah. Kerana lelaki perempuan murahan. Macam-macam dia jual. Apa? Fikir sendiri. " berita di ambil dari berita semasa." ha okla jangan finiing-fining la. cool jer dow! berlambak lagi lelaki yang baik-baik kat dunia ni

sekarang azam 2011 kalau boley kan. kalau la boley, tapi kalau tak boley aku nak boley kan juga. kalau la bolehh.. alahaiy malu la pulak nak cakap yang kalau boley aku tak nak lelaki yang...

dalam konteks aku ni aku ni sama jer macam perempuan lain yang kalau boley tak nak lelaki..

PENIPU - Dah tentu la para hawa nie tak suka akan penipu.. Itu dah kompem.. Siapa yang nak ada pasangan yang menipu kan..

TERLALU MENGAMBIL BERAT – Adeh.. Jangan poyo sangat.. Si dia pon tau menjaga diri.. Nanti si dia ingat kau terlalu mengongkong dia pulak.. Perbataskan kerisauan kau tu.. Dia pon dah besar panjang..

KAU PEROKOK - Mesti dia akan cakap bila ditanya “i tak kesah, tapi kalau boleh berenti la.. kan tak elok ntuk kesihatan” Itu maknanya dia tak suka la.. Berhentilah kalau boleh.. Dia pon mesti ada terpikir dengan kesihatan anak2 nanti bila berkeluarga..

TIDAK LUPAKAN CINTA LAMA – Tak habis2 kau cerita kisah kau ngan awek lama kau.. Pas tu kau banding2kan pulak.. Marah la dia beb.. Simpan @ buang memori lama tu.. Jangan sesekali ceritakan depan dia.. Nanti dia ingat kau masih belum mencintai dia lagi..

TIDAK SOLEH – Bukan la si dia nak kau tu sampai jadi imam, tapi cukuplah kau punya ilmu asas dalam agama.. Tidaklah dia risau bila mendirikan rumahtangga nanti.. Sama2 membimbing.. Jika dia salah kau boleh tegur dan begitulah sebaliknya..

SENSITIF – Adui.. Jantan beb!! Pebarang sensitif nie.. Takkan nak si dia pujuk kau pulak.. Tunjukkan kejantananmu itu.. Walaupun benar kau bengang, direct cakap kat dia.. Dia pon akan suka dengan kejujuran kau itu..gua suka la sama lu. gua kan ROCK! haha.

TAK SERIUS - Tunjukkan kesungguhan kau.. Nanti dia ingat kau main2 dalam bercinta…Cukuplah katakan sayang sebelum kau tidur.. [call jer bg yg belum kawen] aku memang reject awal-awal orang yang da berpunyer ni. termasuk lelaki yang baru 5/6 bulan clash dengan gf dia.. AKU TAKNAK DI CHOP PERAMPAS !

KAU PERALATKAN DIA – Kau bercinta ngan dia sebab dia cantik, kau bangga.. Dia banyak duit, kau boleh cukur.. Yang paling sadis bila kau bercinta ngan dia sebab kau bosan!! Kau takde cinta tapi hanya ada dia yang nak bercinta dengan kau.. Tapi kau tak ikhlas.. Jangan mainkan perasaan perempuan..



Hidup ini bukan selamanya bersama kita. Jangan sekat diri untuk dapat bahagia dengan cara kita sendiri. Berusahalah! BYE!



Friday, 12 November 2010

class bermula. ready one to go! (:

ASSALAMUALAIKUM WBT!.Harini adalah hari pertama aku register semester akhir aku di kolej dan dapat result Alhamdulillah result yang tak disangka –sangka buah menjadi nangka walapun!. mengikut intonasi azwan haji ali tak adalah se OK semester lepas dan lepas tapi syukur sebab tak KO ;D ! eh Haiy tan srik kolej.. sampai hati tan srik kolej suruh aku register padahal aku tak puas lagi bersuka ria dekat rumah dah kena masuk kelas. Sub.sub. harini masih lagi bersenang lenang dan esok bermula la bersenang susah bersama-sama rakan sekelas.



click untuk tumbesaran gambar !

Gambar ini dilukis oleh encik bob ! class mate aku time dia rasa dah pandai sampai dah malas nak dengar lecture then dia terus lukis gambar kedudukan kami di class . cantik kan.. angguk kepala cepat kalau tak aku suruh bob sekeh! Haha tak gurau jer. Cepat cari nama dan tempat duduk aku dalam class! Cari kalau jumpa nama aku suruh bob belanja. ;D



Ok la mahu bersenang-senang bersama kawan-kawan ketika senang dan susah sebab dah sebulan lebey tak jumpa mereka. have a nice day. And selamat bercuti kepada bani! kerja baik-baik iyer dapat gaji jangan lupa ;p sedap tomyam malam tadi. Eh bukan bani jer kepada mereka yang sedang bercuti juga..

Bye!







ps: terima kasih kepada yang dah belanja makan brrk seminggu aku tidak mengeluarkan duit poket yang dah bagi hadiah tu.. nanti sayer pakai kasut, baju-baju , tudung yang cantik , beg yang selama ini sayer idam-idamkan dan terompah surau tu ;p yang dah buat kad tu akan ku frame kan. haha lagi -lagi badi sesiapa yang dah buat suprise yang tak berapa menjadi tu, haha tapi menitik peluh eh bukan air mata juga la. ;'D terima kasih banyak-banyak muah banyak-banyak kat korang !


Friday, 15 October 2010

kawan baik dan kawan jahat.

\

Assalamualaikum..

Kawan bila susah dan senang

dalam hidup aku ni aku baru jumpa two groups buddies yang aku rasa diaorang yang cuba buat hidup aku ni sentiasa tersenyum walaupun aku sememangnya suka senyum ;p

1) My devil!

Bila aku sedih diaorang ni tak pernah Tanya napa aku sedih. Tapi diaorang tahu yang aku memang tengah sedih, and Diaorang ni terus buat aku happy macam nak gila. Benda yang dia selalu buat ialah memalukan aku. Aish gila tak aku ?? bila orang lain malu kan aku and aku happy. Diaorang tak malu kan aku teruk-teruk pun. Benda yang diaorang selalu buat ialah pasang lagu kuat-kuat kalau lagu biasa-bisa tak palah ni lagu remix macam dekat club tu. * eh aku tak masuk club tapi aku tahu la ;) pastu diaorang boley berjoget kat dalam kereta si myvi hitam turbo diaorang tu sambil bukak tingkap just belah aku punya je,and joget macam orang gila and bila orang nampak jer kereta kami ni macam berlakunya gempa bumi! Shit. Malu gila bila kereta sebelah nampak aku. Walaupun malu tapi aku happy sebab masih ada orang lagi faham apa yang aku rasa tanpa perlu cakap “hey korang tak tahu ker aku tengah sedih ni.? ;p” Aku rindu sangat kat tasya,shima,shahrul,eddy ;’D naik semester ni tolong la jangan buat spoil lagi yer…..

2) my angel

Bila aku sedih dengan diaorang jer la aku boley cerita,walaupun benda tu memalukan aku, diaorang banyak support aku. Bila aku rasa down dalam class diaorang juga yang banyak membebel ;p sebab diaorang akhirnya aku sampai in final year. Sebab aku seorang yang cepat patah semangat bila ada sesuatu perkara sedih yang tiba-tiba datang dekat dalam hidup aku. Alhamdulillah allah kurniakn aku sahabat yang baik seperti mereka.


Kawan bila senang ramai,kawan bila susah jarang kita jumpa kan.

Bye!

Monday, 11 October 2010

sesi menggemukkan badan edisi kenduri kahwin ;D


Assalamualaikum buddies!
Entah!

Selamat hari isnin. Hari ni hari isnin yang kedua aku cuti maknanya aku ada lagi 4 kali isnin sebelum semester baru, maknanya aku kena habis kan kesemua masa sebelum menyesal dengan mengisi masa dengan mengikut bon*** emah ayah aku. Haha tak la gurau,gurau. Cuti ni aku hanya duduk diam-diam di rumah dan jika emak or ayah aku bersiap jer mula la Tanya. Eh nak pergi mana tu?einaz nak ikut! Haha. Kalau dulu jangan harap la aku nak ikut. Tapi tu dulu sekarang aku nak masa aku sentiasa dengan emak dan ayah aku. Masa ni la aku akan ingat sebab lepas jer dah kahwin nanti dah tak dapat da macam ni kenala ikut bon*** laki aku pulak kan. Ops gatal nya hang ni einaz, u only 21 da fikir pasal kawin.
Ahad yang semalam, Aku dengan rajin nya ikut parents ke kenduri kahwin sepupu emak aku dekat jementah segamat johor. Ala dekat jer dengan rumah aku dalam 15 minit dah sampai rumah pengantin.


Tengok muka budak pemalas yang pakai tudung yang tak bergosok dan akibatnya tekemek sana sini ;p

Memperkenal kan my driver tuan inspector shah rizal Thomas ;D


Dan bersama power puff girls! Kak ira, erin dan aku!

Pelamin dia buat kat luar, jarang kot aku tengok pelamin ada kat luar. Tema dia oren,pink! Cantik sey jarang orang buat warna ni. Striking gila gua cakap sama lu beb!

Masa untuk makan! Ada of cause la nasik minyak minyak kan,pastu daging, ada ayam masak merah, sayur apa tah! Haha and ada French fries class ko.. ;D yang penting semua lauk aku letak dalam pinggan ;) yok makan…

Driver pun kena makan baru ada tenaga kan ayah..*blink-blink kat ayah yang tengah baca blog ;p


Ok dah habis makan bagi penghadaman yang baik kami lepak-lepak dulu. ;D with superwomen pn foziah said.love you!

Sebelum balik kena la salam kaut dulu, emak aku dengan her cousin merangkap sepupu emak dan emak kepada pengantik perempua. ;D
*bagi adat johor salam kaut diamalkan,dia macam ni orang yang datang kenduri kawin tu masa dia nak salam dengan parents pengatin tu,kat gengaman tangan dia ada sampul yang berisi duit seikhlas hati dia bagi kat keluarga pengatin.

Kitaorang tak dapat pun jumpa dengan pengantin sebab kitaorang kena balik awal,encik driver kena kerja tula tugas seorang superman! Haha ampun ayah.. ;D



Dapat souvenir lagi..;D


Ok dah jom balik..

Minggu depan ada dua lagi jemputan kahwin hari sabtu dekat taman sebelah and ahad pulak dekat air mawang negeri sembilan..ada siapa-siapa lagi nak jemput pergi kenduri kawin,aku sedia berkhidmat untuk menghabiskan makanan anda. ;D

BYE!



Tuesday, 14 September 2010

Aku la bibik yang terpelajar (:

ASSALAMUALAIKUM WBT.

haiy selamat pagi muka busuk! semoga aku yang bangun pagi ni dilimpahi dengan rezeki dan aku doakan korang yang bangun pagi ni pun sama ok.. yang bangun lambat tu buat-buat la taubat hahahah. ceh padahal pagi tadi emak aku da jadi macam tarzan kejut kan aku " EINAZ BANGUNN SEMBAHYANG,DAH PUKUL BERAPA DAH NI!!" ha ambik ko sakit telinga,tapi suara ni yang aku kana rindu bila cuti dah habis T_T . ok dah-dah emo pulak pagi-pagi ni kan..Bangun pagi dengen seribu senyuman yang cuba diukirkan untuk mendapat semangat semula selepas mengalami simptom ubat batuk yang amat dasyat malam tadi,aku tidur seawal 1030 malam. dan pagi ni dengan satu kekuatan bangun pagi,pagi terus ON latop terus update blog hahah gila padahal dah set kat mind bangun tidur nak kemas rumah,basuh kain,lipat kain yang dah bertimbun macam gunung everest. haish dah macam bibik dah aku rasa. hahah tak pa kalau kita buat dengan ikhlas dapat pahala tau.. ;p ya allah, tiba-tiba aku rasa dada aku nak tercabut bila aku rasa yang aku ada satu lagi tangungjawab selepas aku menjadi bibik ni aku kena kembali ke alam nyata yang aku akan mengalami final exam isnin hadapan. ini tahun pertama aku exam lepas raya sebelum ni pengerusan kolej aku pandai jer aturkan jadual exam sebelum raya, tiba-tiba jer tahun ni aku kena exam lepas raya tak syurga langsung raya tahun ni. T_T ni aku nak tempek sikit jadual exam aku..semester ni aku just ambik enam subject.

monday - 20 september 2010 - busines law - 9-11.30 am
wednes - 23 september 2010 - english general - 9-11.30 am
friday - 24 september 2010 - islamic studies-9-11.30 am
saturday -25 september 2010 - quality management - 9-11.30 am
monday - 27 september 2010 - entrepreneurship - 2.30 - 5 pm
tuesday - 28 september 2010 - e-commerce - 2.30 - 5 pm


ha dah tengok kan. semester ni juga kesemuanya subject teori dan maksudnya cair la otak aku menghafal kan huargh.. ok relax sudah ni bukan exam SPM pun haha, ayat nak sedap kan hati jer kan. ok masa dah habis untuk online,bibik nak buat kerja yang tertanguh dulu yer. jumpa lagi eh jangan lupa doakan bibik punya final exam, nanti bibik doakan korang punya pulak ok.
sekali lagi aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang mengenali aku yang hina ini ;')



HA ni kan bibik tengah doakan ni. brkkk kenyanng nya haha.;D

BYE!

Sunday, 12 September 2010

Ucapan Hari Raya ;D



ASSALAMUALAIKUM WBT..

Aku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim ;)
semoga hari yang penuh keceriaan di dapat dikongsi bersama dengan orang tersayang..



mood: demam di hari raya T_T

harini dah masuk hari ketiga kita beraya kan..sekejap jer mana tak nya kan sepanjang dua hari aku hanya beraya di depan latop dan tv.haha bagus kaan.... jangan tiru ok saya sangat la tak sengaja sebab, yang pertama minggu depan adalah final exam huargh dan yang kedua disebabkan final exam yang sangat la dekat menjawab la aku deman exam plus.plus demam raya dan dengan itu diishitharkan saya telah di tahan di rumah tidak boleh beraya sehingga baik demam dan berakhirnya final exam.. haha


Jadi dikesempatan ini, aku selaku pemilik blog ini dengan rasa rendah dirinya ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung ataupun tidak langsung telah melakukan kesalahan kepada pembaca blog ini.terkutuk,ter ngata atau segala yang ter.ter lagi la.. secara tidak sedar aku ada menyingung mana-mana pihak. kepada Encik Muhammad Rabani si herm eherm saya yang perasan handsome tapi dia cute ;p yang sibuk nak hantar MMS gambar kat aku, cik girlfriends ku dila,ana,eva,alysa, cayok! cayok our final exam sahabat yang dirindui cik Darma, cik Balqis kapada cik housmate yang best gila, Encik Sharul Azlee yang suka cari gaduh dengan aku ;p, Encik Edan ;D, kawan sekolah rendah STAR Segamat, sekolah menengah SMAKS, rakan di kolej MSU mahupun PTPL , jiran-jiran di taman sulir ;p dan pada sesiapa yang kenal aku dengan rasa rendah dirinya, aku memohon ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.kita 0-0 yer... T_T

"Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada.."


Saya NORSYAFINAZ BINTI SHAH RIZAL THOMAS dan sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ampun maaf di pohon sekiranya ada salah silap dan TERKASAR BAHASA.

Semoga kita semua diberkati dan segalanya selamat semasa dan selepas menyambut AidilFitri
dan aku tinggal kenangan raya pertama bersama keluarga tersayang


acara bermaaf-maafan
*gambar bergegar sebab semua mengigil nak mintak maaf haha ;p











t


abang dan adeq. ;D love.



aku dan abang ngah ngok.ngek ;p

with adeq ;D


aku bersama dengan orang yang penat menjaga aku sepanjang aku demam di hari raya.
dengan kerenah aku yang merengek-rengek gedik sebab aku mengalami demam yang agak teruk. i love u mum ;'(



sedara mara dari johore ;D



hujan berkat pada raya pertama.alhamdulillah...;D


family first.



da sweet couple ;)

semoga berjumpa di aidifitri akan datang.
insyallah... ;D

ok bye!