Followers

Friday 29 January 2010

esok adalah hari yang menakutkan bagi mereka yang penakut seperti saya!=D

ada pada dengan hari esok???






ok even semua orang dah tau.tapi einaz tetap nak bagitahu juga.

selamat hari thaipusam

esok adalah hari perayaan yang disambut oleh penganut hindu.bukan islam bukan iban mahupun budha..=D

ok mari kita kembali ke subject yang paling digemari ramai.
hahahha.
hari ini dalam sejarah:

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.


Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.



Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.




ok time ni la yang menakutkan ni!!
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.




tapi yang ni lagi takut!!.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves.



Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya.


Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.









OK SEKALI LAGI TERPAKSA BERHENTI DISINI.akibat terasa loya yang amat melihat gambar-gambar yang menakutkan ini..


BYE!

18 comments:

cikCOKLET:) said...

takutTAKUT!!



ttp mata!erkk:/

Einaz Shah Rizal Thomas said...

takut kan..
mey baca n3 ni dgn menutup mata..
mcmmn tu??=D

Einaz Shah Rizal Thomas said...

takut kan..
mey baca n3 ni dgn menutup mata..
mcmmn tu??=D

talkIZcheap! said...

thanx for blogwalking to my site =D

kesakitan sbg satu cara penebusan dosa bukan sesuatu yg asing sbenarnya...

dalam Islam sdiri pun diberitahu stp kesakitan dan kesusahan yg dialami Umat Islam merupakan satu bentuk pengampunan dosa...

Lagipun, bg Hindu, ini cara meditasi yg hebat, sama konsep digunakan pelatih kungfu Shaolin, utk mencapai tahap meditasi yg tinggi, mind over the body...

Bagi umat Islam, caranya ialah solat... huhu

oh, thanx again!

annfrendly said...

hye einaz..cute la einaz nih.. selamat berkenalan..

aiyoyoooo.. ngeri woo ann tengok...
cucuk sana cucuk sini...

Einaz Shah Rizal Thomas said...

to talk cheapzip.:
betul tu thanks..;)

Einaz Shah Rizal Thomas said...

to ann.
to la einaz smpi nk terloya wowo...;)

STKHDJH. said...

yeahh , nak join la esok. haha

fafa said...

yup.
takot nye nk tgk.
huhu
:(

Iznie said...

awak di tagged!!!

hehe

:D

sy follow blog nie... :)

thaipusam??
woooo
takut tgk...ngee~~~

norsakinah zainol said...

selamat hari thaipusam .ahah :)

nice blog sysy;)

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiyt thanks!!..
happ thaipusan even thugh kita x sambut.
;)

Amirah Jafri said...

yupe tawu xpe . menakotkan .

eeei

Unknown said...

sangat takut tgok muke pempuan tu..isk3...

Suraya I. said...

kite tgk dorg mmg ngeri..tp dorang buat tu cm xd prasaan je..slambe je -_-"

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy thanks all..
mmg mengerikan..
sgt trajis jerk.
tpi diawong mcm xda persan jer kan..
;)
xpala da adat kan??

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy thanks all..
mmg mengerikan..
sgt trajis jerk.
tpi diawong mcm xda persan jer kan..
;)
xpala da adat kan??

athrh lani said...

gelinye gamba tuu
:D