Followers

Sunday 7 August 2011

Entry khas untuk si Pipi Tembam ,


Seperti Einaz !


JANGAN risau jika pipi anda tembam atau chubby! Memang ramai orang berusaha mengecilkan pipi tembam kerana terasa gemuk. Namun sebenarnya orang yang berpipi tembam harus rasa lega kerana pipi tembam itu akan menjadikan anda kelihatan muda. Tebalnya lapisan lemak di pipi akan memberi kesan wajah yang bulat. Namun lemak di wajah membuatkan orang tidak mudah mengalami kulit berkedut dan kantung mata tidak mudah mengendur. Jika lemak di sekitar mulut banyak, maka kerutan yang timbul ketika ketawa tidak mudah terbentuk.


Hasil kajian yang telah disiarkan dalam jurnal Plastic and Reconstructive Surgery menunjukkan hasil yang cukup mengejutkan. Lemak terutama yang terdapat di pipi dapat mencegah kedut dan membuatkan wajah tampak lebih muda. Kajian diketuai oleh Dr. Bahman Guyuron dari Case Western Reserve University di Cleveland ini menganalisis foto wajah 186 pasangan kembar seiras. Hasil kajian menunjukkan bahawa genetik dan faktor lingkungan memiliki pengaruh besar pada seberapa cepat munculnya kedut dan faktor penuaan pada wajah.


"Pasangan kembar ini bermanfaat dalam kajian penuaan kerana si kembar memliki genetik yang 'diprogram' dengan usia yang sama, sehingga perbezaan penampilan pada pasangan kembar dapat memberikan petunjuk tentang faktor lingkungan dan gaya hidup," kata Dr Bahman Guyuron, Ketua Jabatan Bedah Plastik di University Hospitals of Cleveland dan Case Western Reserve University.


Pengkaji mengemukakan teori bahawa lemak terutama di bahagian pipi dapat menangguhkan kedutan. Teori ini dikuatkan dengan hasil kajian pada pasangan kembar yang berusia di atas 55 tahun. Memiliki BMI 8 poin lebih tinggi pada usia di atas 55 tahun membuat salah satu pasangan kembar menjadi jauh kelihatan lebih muda.


Namun Dr Guyuron tidak mencadangkan supaya orang ramai menambah berat badan hanya kerana ingin kelihatan muda. Selain berat badan dan BMI, gaya hidup sihat sangat penting buat menjaga wajah agar tetap kelihatan muda.


horaiiiiy.. ceq dah tak kisah sekarang, orang nak kata muka cheq besaq macam pipi doraemon. Sebab pipi cheq yang besaq ni la membuatkan cheq kelihatan awet muda tau, ang ada ?

korang yang pipi kurus ni mesti jelez kan? kan? :P dan korang mesti rasa nak lebar kan pipi macam cheq, tak dapat den nak tolong. Sebab faktor genetik juga punca muka anda tembam. Tak caya? hah tengok ni.


alolololo, geram gila tengok pipi dia kan? rasa macam nak cium puloh ribu kali. Cousin paling bongsu aku, HANIS! hasil benih Mak usu dan Pak usu aku yang lahir pada berat 3.6 1/2 kg dengan kelebaran pipi luar biasa dari pipi baby yang lain. Tahniah diucapkan. ;D



dan cousin aku hasil daripada anak Pak utih dan Mak utih aku NURUL BASHIRAH . Pipi yang semakin melayut . cian ko asyik kena cubit jer kan . ok la untuk perkembangan pipi yang sihat saya perlu tidur . bye korang asalamualaikum and selamat bersahur untuk puasa yang ker lapan ;D


6 comments:

shura shushi said...

ai pipi tembam =)

Einaz Shah Rizal Thomas said...

hai , eh haiii ;D

ChiTot ChiMot said...

i follow~~

Einaz Shah Rizal Thomas said...

@chitot chimot .


thanks folow einaz . ;D

❤~Emma Abduh~❤ said...

saya suka!!!!;)

Sholihah said...

i like juta2 kali entry ni... hehehe.. sy antara yg berpipi tembam yg teringin nk kuruskan pipi.. tp lps bc entry ni, tak jd dah nk kuruskan pipi.. lgpun mmg takleh rasenye nk kuruskan pipi.. hehehehe